Selamat Aidil Adha untuk kalian semua. Semoga ruh Pengorbanan Saidina Ibrahim dan Saidina Ismail alaihimasSalam akan menyaluri urat nadi kita.
Bayu menyambut Aidil Adha kali ini dengan tidak mendengar suara mama dan baba. InsyaAllah 3 - 4 minggu nanti bayu akan kembali mendengar suara kasih dari mereka:)
Bukan itu sahaja, bayu rasakan agak lain juga raya kali ni..
Selalu pagi raya, ada orang istimewa akan hantar sms mengucapkan "Selamat Hari Raya.. Maaf Zahir dan Batin", tapi kali ni tidak. Agaknya kredit tak sempat nak top up kot.
Raya kali ni, bayu tidak berasa sangat susana raya. Mana tidaknya.. banyak hal yang selalu bayu siapkan untuk raya, bayu langsung tak kisah kali ni.
Bayu tak pun kemas rumah untuk raya, kesian rumah tu..macam tak raya jugak jadinya..tetap macam rumah bujang yang malas :)
Kali ni bayu jugak tak potong rambut..awat tak tau? mungkin malas.. ataupun mungkin jugak, kot kot orang suka kite berambut panjang.. ntah la:)
Bayu tak bercadang nak pakai baju raya kali ni, walaupun baju coklat pemberian istimewa.. mungkin tak ada mood nak beraya kot. Baju baju baru, seluar seluar baru semua dalam almari.. buat tak reti je:)
Selalu pagi raya bayu akan ambil sunnat mandi sunnat raya, tapi pagi tadi.. Wow!! cuaca sejuk sangat, air pula lambat sangat nak panas.. jadi terpaksa la korbankan mandi sunnat:) semalam bila tak sempat mandi sunat jumaat disebabkan kawan dengan selamba menghabiskan air panas yang bayu panaskan, bayu bercadang biarkan saja supaya boleh mandi sunnat pagi sabtu ni.. sunnat raya.. tapi dua dua bayu tak dapat. maka tak mandilah bayu untuk dua hari ni :)
Untuk teman teman di Malaysia, Selamat Aidil Adha.. sambut hari ahad kan? maknanya kami makan daging dulu la noo ;)
9 ulasan:
Selamat Hari Raya Qurban dan Selamat Tahun Baru ya.. :)
Salam untuk bayu,
Ahhhh... alangkah seronoknya dapat bertemu dengan bayu di alam maya ini.
Selamat Aidil Adha untuk bayu. Semoga dikurniakan dengan kekuatan hendaknya...
Tidak terlewat untuk ucapkan Salam Aidiladha buat Bayu..semoga beroleh ketaqwaan dari setiap pengorbanan yang dilakukan
Maaf untuk semua sahabat yang memberi komen, saya cuti seminggu tapi cc buat hal..semua tutup sambut raya:) jadi tak juga berpeluang nak mengembara ke alam internet selama cuti ni..
selamat tahun baru juga untuk nieys..
indera kencana,
saya juga seronok dapat berkawan dengan anda..
iman mawaddah,
semoga doa anda dimaqbulkan :)
Baru ini saya pergi rumah terbuka Bayu Senja, memang best sangat.
salam kenal utk bayu
Macam mana keadaan baba dan mama bayu? Selamat semuanya ?
semoga Bayu sentiasa dalam sihat dan dibawah rahmatNYA,
salam perkenalan dari (bang)
salam bayu...
Catat Ulasan