Kurang lebih tak sampai lagi sebulan saya akan hadapi peperiksaan semester pertama tahun ini. Semua doktor pensyarah sedang bertungkus lumus menghabiskan sukatan dan sedang bersiap siaga untuk menyediakan soalan soalan untuk peperiksaan kali ini. Pelajar pula saya melihat sedang sibuk menelaah dan mengulangkaji pelajaran. Bagi pelajar yang tak pernah nampak muka masa kelas berlangsung pun sudah mula kelihatan bermundar mandir di kawasan kelas untuk sibuk mencari dan bersoal tentang soalan soalan ramalan. universiti tempat saya belajar tak wajib hadir ke kelas.. peratus kedatangan langsung tak ada.
Dalam keadaan bahang peperiksaan yang terlalu dekat ini, saya pula lain ceritanya. Saya mulakan sesi pengajian tahun ini dulu dengan penuh semangat dan saya fikir.. sayalah pelajar melayu terakhir serajin ini..
namun sekrang, entah mengapa.. Semangat yang dikendong selama ini telah pun melayang.. melayang yang dinanti kepulangannya..
Ini lah semangat saya di bumi bertuah ini.. ini lah inspirasi saya.. ini lah peransang pemberi motivasi kepada saya selama ini.. Semangat yang teramat penting ini telah pergi.. kuharap perginya hanya sementara.
7 ulasan:
sentiasa berdoa dan mohon petunjuk dariNya..hanya itulah jalan trbaik utk beroleh ketenangan..semoga semangat yang hilang dpt dikembalikan..
AKMA juga kehilangan semangat yang sama kebelakangan ini. Barangkali musim sejuk yang kunjung tiba 'membekukan' api perjuangan.
AKMA mencari detik bangkit.
Ayuh!!! Semarakkan.
Saya sahaja yang masih rajin hingga ketika ini. ha ha ha
Salam di bayu berhembus,
Saya juga pernah mengalaminya. Insya-Allah perasaan itu hanya perasaan yang sementara sahaja.
indah sakura,
terima kasih.. semoga apa yg didoakan anda, sama2 dapat kita rasai
akma,
ayuh bersama!!!
hakim,
bagus la...
indera kencana,
memang diharapkan hanya sementara..
terimakasih
Salam,Allah bersama kita!..kejayaan,kegagalan,kefahaman,kecemerlangan..semuanya daripada ALLAH..jangan putus asa...ana yakin sangat dengan anta..dekatkan diri padaNYA..doakan ana sama..salam syifa'..
terimakasih untuk semua...
semoga si semangat kembali bersama dalam menerus perjuangan yang jauh belum selesai..
Catat Ulasan