Selamat Datang

Ahad, 17 Disember 2006

Gerimis ini..

Tabahi saja gerimis yang menitis,
menjadi resam maya,
cerah pasti bertamu mendung jua..
sekuyup mana pun kita,
masih ada mentari nan memberi sinar..
biarlah aku pimpinMu tempuhi jua,
bersama meredah mewaja,
kerana kita mahukan pelangi di sana...

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pelangi mmg indah bayu..tapi sayang hadirnya seketika cuma..

IFFAH berkata...

Salam,

Hari sabtu lepas baru je tengok pelangi...Cantik!Dah lama tak tengok pelangi, last sekali masa kecik2 dulu,tak ingat darjah berape....

Bila cakap pasal pelangi ni masa kecil-kecil dulu, ada timbul satu isu kurafat...kawan-kawan selalu cakap.."sesape tunjuk kat pelangi tu, nanti kudung tangan"...Tapi itu pemikiran budak2.Cepat aje nak terima apa orang cakap...:-)

BaYu SenJa berkata...

indah sakura,
ye tak ya jugak kan..
tapi sekurang kurangnya gerimis dah berhenti pun kira dah ok la.. pelangi..
maknanya tak boleh nak tuju ke pelangi.. betul tak?
biar bayu merubah hala.. ke sesuatu yang lebih kekal :)

iffah humaira..\
ye la, zaman budak budak selalu kena tipu.. bila dah besar jangan kita pulak yang menipu budak2 betul tak? :)

AKMA berkata...

ya...moga ketemu pelangi...di sana...di bumi Kencana...

Di sini kau kecewa,
Dengan mainan kata,
Meragukan, memesongkan,
Tak perlu harta dunia,
Hanya apa yang ada,
Percayalah kekasih,
Pasti kau akan gembira,
Di sana di Pulau Kencana...


M. Nasir : Inang Pulau Kencana

Tanpa Nama berkata...

assalamualaikum

apa khabar bayu? semoga sihat selalu dan sesegar bayu yang bertiup. biar jadi angin sendalu yang bertiup perlahan namun tetap meninggalkan kesan yang mendalam pabila di saat memerlukan!
:)

hakim dirani berkata...

Kalau pelangi datang juga seketika itu sudah kira baik kerana saya dah lama benar tak melihatnya.

BaYu SenJa berkata...

akma,
moga mogaan begitu la.. pelangi yang yang bertamu dikala jiwa memerlukan :)

Nieys,
saya lama tak menyapa awak kan? terimakasih sbb ingat jugak kat saya.. minggu ni dua kali je saya on internet.. biasa la, sibuk nak exam :) doakan saya ok?
semoga bayu bertiup perlahan menusuk kesan kedalam jiwa.

hakim,
begitu la..
benda yang tiada akan dirindui..
tapi kalau selalu sangat nampak pelangi.. tak ke akan jemu?
tunggulah pelangi datang ketika hati merindui..