Selamat Datang

Khamis, 14 Disember 2006

Bayu tersegar dek Ruqaya

Walaupun Bayu masih tak sesegar bayu bertiup.. tetapi bayu terpanggil mengungkap tahniah buat pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara dalam sukan Asia tahun ini. Beliau begitu menarik mengungkap sirah sukan dunia dengan membuka mata kelompok pelekeh islam. Saya yakin kalian telah pun baca petikan akhbar di Berita Harian seperti yang telah saya iringkan tulisan saya ini. Semoga kita juga tidak silu untuk perjuangkan agama kita di setiap pelusuk pentas hidup di dunia biar apa ketika sekali pun..
Tahniah buat Ruqaya al-Ghasara!!

Petikan dari Berita Harian Khamis 13Disember 2006..

Ruqaya buktikan memakai tudung bukan masalah untuk berjaya dalam sukan

PADA zaman wanita Muslim kian mendapat perhatian kerana memakai tudung penutup kepala, pelari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara membuktikan hijab bukan penghalang untuk memecut di trek.

Ruqaya yang memenangi gangsa acara 100m Sabtu lalu selepas melakukan pelepasan semula, memastikan emas Sukan Asia acara 200m kelmarin, mencipta larian hebat di 10 meter terakhir bagi menamatkan saingan dengan catatan 23.19 saat.

Penonton di Stadium Al-Khalifa bergema ketika Ruqaya bergerak ke garisan, kepala terhangguk-hangguk ketika dia memerah setiap inci kudratnya daripada berat badan 65kg untuk memenangi perlumbaan berkenaan.

Sebagai seorang Muslim yang patuh, dia segera sujud di trek selepas melepasi garisan dan menyentuh bibirnya sebelum kembali ke trek, memakai hijab putih yang menjadi tanda kehadirannya – menampakkan tanda jenama barangan sukan Amerika Syarikat – yang diikat kukuh dengan pin dibawah dagunya bagi perlumbaan itu.

Kaki dan tangannya juga ditutup sepenuhnya dengan pakaian berwarna merah dan putih Bahrain selain singlet di bahagian atas badannya.

“Syukur kepada Allah saya menang,” kata pelajar berusia 24 tahun itu, yang tidak seperti atlit import lain dalam pasukan olahraga Bahrain yang sebenarnya berasal dari Negara Teluk yang lain.

“Saya memang berhak menang emas acara 200m. Saya adalah yang terkuat dan terbaik,” kata Ruqaya sambil menambah dia tidak bermasalah memakai penutup kepala.

“Saya memiliki keinginan hebat untuk menunjukkan tiada masalah apabila memakai pakaian seperti ini,” katanya.

“Saya mahu katakan saya amat bertuah kerana menjadi seorang Muslim – ia satu rahmat. Memakai pakaian konservatif memberi galakan kepada saya. Memakai hijab membuktikan wanita Muslim tidak berdepan halangan dan menggalakkan mereka untuk menyertai sukan.

“Ini adalah kemenangan buat semua wanita Muslim.

“Saya menasihatkan semua wanita Muslim untuk menyertai sukan. Ia amat bagus untuk kesihatan dan negara anda.”

Ruqaya yang dilatih oleh jurulatih Algeria, Nooruddin Tajin, berkata emas Sukan Asia miliknya adalah kemenangan terbesar sepanjang kariernya.

Dia memenangi tiga perak dalam acara 60m, 200m dan 400m Kejohanan Dalam Dewan Asia di Tehran pada 2004, dan berlari dalam dua acara pada Kejohanan Pan-Arab di Amman setahun sebelumnya.

“Harap-harap saya akan dapat memenangi sesuatu pada Kejohanan Dunia di Osaka, tahun depan,” katanya. – AFP

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya hanya sempat melihat siaran lansung ketika Ruqaya mendapat tempat kedua dalam saringan 100 m. Kemudian gembira bila mendapat berita dia mendapat gangsa dalam final. bertambah gembira bila dia dapat emas 200 m.
mengapa saya gembira?
dr yusof nor (PHD tasauf), ketika jadi menteri di jabatan perdana menteri mengatakan tidak salah wanita islam memakai pakaian sukan (ala bikini)seperti yg dipakai oleh lain-lain atlet wanita. hujahnya, berpakaian mestilah sesuai dgn aktiviti. aduhai...

BaYu SenJa berkata...

aduhai..
seorang takhasus doktor dalam ilmu agama terlalu mudah menyatakan sebegitu?!
kenapa jadi macam tu ya?
sebab dia menteri kot:)

BaYu SenJa berkata...

terimakasih zizie, satu info kepada saya.. dan Salam dari saya

senandung malam berkata...

Bayu...
Bukan sebab dia menteri, sebab dia UMNO kot. maaf kalau ada yang tersinggung

BaYu SenJa berkata...

senandung malam,
mungkin jugak...
selamat bertandang)

Iman Mawaddah berkata...

Salam Bayu,
Membaca kisah Ruqaya buat saya teringat akan kejadian di akhir zaman dalam Al-Quran.Islam akan dijulang kembali setelah teruk ditindas habis2an.Dan kejayaan Ruqaya mungkin satu antara agen kegemilangan Islam..wallahuallam..

BaYu SenJa berkata...

iman mawaddah,
mungkin juga