Selamat Datang

Khamis, 7 Disember 2006

Bayu Sambut Hari Lahir..

6 hb Disember, Bayu sekali lagi diberi anugerah Tuhan menyambut ulang tahun kelahiran untuk kesekian kalinya. Bayu diberi rezeki untuk mengadakan sedikit kenduri kesyukuran secara kecil kecilan buat teman teman terdekat di sini. Alhamdulillah, kenduri ini Bayu khaskan buat mensyukuri Nikmat Umur yang diberi Allah kepada Bayu dengan harapan umur yang mendatang akan sentiasa disuluh jalan dengan cahaya ilahi di samping Allah kafaratkan segala dosa dosa yang telah Bayu lakukan selama dan sebelum ini. Kenduri tersebut juga Bayu adakan sempena memohon kepada Allah supaya diselamatkan perjalanan pergi dan pulang baba dan mama Bayu ke Tanah Suci Mekah dan selamatkan mereka sepanjang berada di sana disamping anugerahkan kepada mereka Haji yang mabrur dan dimaqbulkan segala doa mereka di tempat tempat yang dijanjikan akan dimustajabkan doa. Baba dan Mama akan bertolak pada 10 hb Disember ini. Mama akan menyambut ulangtahun ke 55 kelahiran beliau di tanah suci Mekah pada 11 hb disember. Harapan benar agar doa baba dan mama buat anak anak ini akan diberi segala kebaikan dan jadikan kami anak anak yang soleh, dan mama cakap akan doakan juga buat menantu menantu dan bakal bakal menantu agar diberi kekuatan membawa anak anak mama dan zuriat seterusnya ke arah ridho Tuhan semesta Alam.

Di sini sempena ulang tahun 6 Disember, tarikh kelahiran Bayu semenjak lebih 20 tahun lalu, bayu akan mengungkap sedikit Perutusan Terbuka buat teman teman sebagai janji dan luahan suara hati diri sendiri:

"Alhamdulillah, semoga umur yang diberi Allah kepada saya tidak dibiar saja malah diberi petunjuk yang berpanjangan dan di suluh jalan kebenaran serta dibimbing dalam menentukan setiap keputusan.

Sempena ulangtahun kelahiran saya pada tahun ini, saya mengucapkan terimakasih buat semua yang telah berkorban dan berfikir demi kehidupan saya, terutama kepada mama dan baba, adik beradik serta seluruh sahabat yang sentiasa bersama saya senang dan susah. Sebenarnya ucapan terimaksih khas harus saya tujukan kepada seorang insan yang seakan telah mengambil tempat mengganti mama dan baba semasa saya berada di bumi Syria ini. walaupun tak mampu menandingi kasih mama dan baba, tapi cukuplah buat saya rasa ditemani di kala saya amat memerlukan mama dan baba dengan kehadiran insan ini. Kepada semua sahabat yang amat menghargai saya, andalah teman saya. saya bersyukyur kerana dikenalkan tuhan kepada anda.

Dikesempatan ini, saya sesungguh sungguh hati memohon ampun dan maaf buat semua yang mengenali diri ini. Dan saya mohon maaf khas buat inan yang paling rapat dengan saya..kerana bila semakin rapat semestinya semakin banyak dugaan dan semakin hebat pula rintangan. sudah pasti terlalu banyak kesilapan.

Andai kata tahun ini adalah ulangtahun terakhir kelahiran saya, saya memohon kepada Allah agar tamatkan tempoh umur saya pada tahun ini dengan taqwa padaNya. Andai kata tahun hadapan tiada lagi sambutan ulangtahun kelahiran saya, saya mintak maaf buat semua insan. Saya juga memohon agar dihalalkan segala galanya. Jika ada saya berhutang tuntutlah dengan waris nanti. Jangan dibiar Saya kembali kepada Tuhan dengan penuh berhutang kepada kalian samada berbentuk material mahupun kesilapan fizikal. Ampunkanlah segalanya. Jika benar saya tak berpeluang lagi menyambut ulangtahun kelahiran selepas ini, saya harap kalian takkan lupa diri ini untuk disedekahkan doa dan pahala kepada roh yang amat lemah ini. Sentiasalah ingatkan saya dalam doa kalian.
Kepada insan insan tersayang, iringlah nanti pemergianku dengan kudus doa dan mungkin itu taqdir terbaik buat kita..

teman yang saya sayangi,
saya juga mengharapkan doa khas dari teman untuk mama dan baba saya yang akan berangkat menunaikan Haji pada 10 hb Disember ini. Pandulah mereka dan peliharalah mereka sepanjang perjalanan pergi dan balik serta selamatkanlah mereka dari segala keburukan sepanjang mereka berada di sana dan setelah mereka pulang ke Malaysia. Kurniakan mereka haji yang mabrur dan terimlah segala doa mereka.

Ya Allah.. dengan amanah umur ini, aku pohon kepada Mu berikanlah umur yang barakah kepadaKu dengan diberi umur ini dalam taat dan Ibadah tanpa sebarang kesyikiran dalam aqidahKu kepada Mu dan Agama Mu. Ya Allah jika hidupku terlalu menyusahkan hamba hamba mu yang lain terutama menyusahkan insan yang teramat bermakna dalam hidupku dan jika ilmu Mu mengatakan adalah baik untuk aku dikembalikan ke samping Mu, Aku ridho. dan aku pohon kau Matikanlah aku dalam aqidah yang masih bersih dan matikanlah aku dengan semulia kematian. Matikanlah aku dalam husnul khatimah.
Ya Allah berikanlah kekuatan untuk terus berjuang dengan umur yang masih berbaki entah berapa detik lagi, dan berikan aku pertolongan dari Mu dalam menempuhi umur mendatang. Ya Allah, jika sudah tiada lagi sebarang kekuatan untuk hidup, kau berikanlah aku kekuatan tersebut. dan jika aku terlalu lemah untuk hidup di Alam ini, Kau pindahkanlah aku ke Alam yang kekal dengan penuh maghfirah dan rahmah dari Mu.
Ya Allah, selagi umur bersama diri ini, Kau berikanlah aku semula segala semangat yang telah terbang melayang.. Capaikanlah segala cita cita Ku. Berikan aku segala kebaikan dan jauhi aku dari segala Keburukan.
Ya Allah terimalah doa hambaMu ini.. Amin.

Saya mengharapkan saya menjadi orang baik dan memahami orang lain serta pandai menghargai orang lain di samping difahami juga oleh orang lain.
Saya terlalu bercita cita agar diberi segala kejayaan.. tapi terus terang saya mengatakan melihat orang yang tersayang berjaya sebenarnya dah cukup menggembirakan hati ini.

Terimakasih kepada semua..
Kullu Am Wa Antum Bi Khair Jami'an..
Wassalamu Alaikum Warahmatullah Wabarokatuh.."

3.30 petang,
6/12/2006 ,
Bilik peribadi,Mujtahid, Damascus, Syria
sempena ulangtahun kelahiran Bayu.

17 ulasan:

AKMA berkata...

Selamat Hari Lahir Bayu Senja. Usia beranjak...moga makin hampir kepada DIA. Insya-ALLah.

Salam dari Bumi Tulip

IFFAH berkata...

Selamat Hari Lahir Bayu. Semoga dipanjangakan usia didalam keberkatan dan sentiasa mendapat Rahmat-nya.Ameen.

17 Zulkaedah 1427

INDERA KENCANA berkata...

Selamat menyambut hari lahir. Mudahan-mudahan bahagia dan rahmat ilahi akan mengiringi perjalanan bayu setiap masa.

Moga Baba dan Mama beroleh haji yang mabrur..

Nieys Zahri berkata...

Bayu, selamat hari lahir.. semoga berkat kehidupanmu.. :)

p.s: nieys dah pindah ke laman yang baru. jemputlah bertandang ke :

http://www.nieyszahri.com/

-tukarlah 'setting comment' ni.. supaya orang yang bukan blogger juga boleh berikan komen.. :)

Tanpa Nama berkata...

Selamat hari lahir yer Bayu.. semoga sentiasa dirahmati dan diberkati hendaknya..

BaYu SenJa berkata...

terimakasih buat semua..
Doakanlah kelangsungan umur saya dalam iman dan mati nanti juga dengan iman yang tidak tergugat.

insyaAllah, saya akan cuba perbaiki blog ini. terimakasih..
memang saya harapkan teguran teguran anda memandangkan saya orang baru di dunia blog ini:)

hakim dirani berkata...

Mudah-mudahn Allah panjangkan umur anda dalam rahmat dan maghfirahnya. ameen!

Tanpa Nama berkata...

ha.. dah tukar pun setting.. Bayu, Nieys pun dah masukkan link awak dalam list weblog kawan Nieys..

awak nak buat shoutbox tak.. ? kalau nak nanti beritahu saya ya.. :)

Ismi : Arjuna berkata...

salam..
selamat hari lahir..tak habaq kat ana noo..klu habaq awal dapat hadiah..hakim-dirani,kalau anta punya birthday, bgth awal2..k..
Bayu, moga hidup anta akan sentiasa dihiasi kebahagiaan..jangan ditangisi segala masalah yang mendatang..kerana masalah bukan untuk ditangisi,tapi untuk diselesaikan!..
salam syifa'..

Ismi : Arjuna berkata...

lupa nak habaq..ana dengan anta nie..ape je..halal belako..selagi tak langgar syariat la..sebenaqnya,radio blog tue..ana copy orang punya gak..hehe..k.

BaYu SenJa berkata...

terimakasih untuk semua..
arjuna. bukan xnak bgtau tarikh tu, sepatutnya anta tau dan tak perlu ana buat pengumuman.. ye tak? baru nama member :) xpela sebab takut anta bagi hadiah hebat2 tu ana tak kabo ke anta..

Neys,
terimakasih banyak2.. bersyukur saya berkawan ngn awak. Boleh jugak kalau awak nak tolong saya buatkan shoutbox tu. tu pun kalau tak nyusahkan.. kalau susah, nanti nati pun xpe la :)

Tanpa Nama berkata...

ha.. saya dah hantar invitation email msjbox tu.. awak ikut arahan dia nanti. ok.. :)

Iman Mawaddah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Iman Mawaddah berkata...

Selamat Hari Lahir.. Semakin meningkat usia kita semakin hampir kita kepada kematian..Semoga tidak alpa menunaikan tanggunjawab sebagai hamba-Nya. Terima kasih kerana berkunjung ke iman mawaddah.Salam ukhuwah

BaYu SenJa berkata...

terimakasih nieys,
insyaAllah nanti saya akan ikut. mungkin sari dua lagi kot.. :)

Salam mawaddah juga dari bayu untuk iman mawaddah

Unknown berkata...

Salam ulangtahun kelahiran.

Moga tercapai segala hajat dan impian.

BaYu SenJa berkata...

jiwa rasa..
terimakasih. Jiwa rasa bila pulak sambut ulang tahun kelahiran??