Selamat Datang

Jumaat, 30 September 2011

FORUM 60 TAHUN PAS - Ada Sesuatu Yang Boleh Kita Fikirkan




Berikut adalah beberapa petikan yang sempat saya catat daripada Forum Sambutan 60 Tahun Pas di Dewan Millenium Kepala Batas sebentar tadi (saya olahkan dengan bahasa saya sendiri). Forum diisi oleh Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Salehuddin Ayub, Dr. Asri Zainal Abidin serta Idris Hj. Ahmad sebagai ahli panel dan dipengerusikan oleh orang yang saya tidak kenali:

1. “Sejarah gerakan islam banyak menunjukkan yang berjuang itu pejuang mereka, yang mati itu pejuang mereka, yang ditimpa susah derita itu pejuang mereka, namun orang lainlah yang menyambut obor dan mengisi kejayaan itu. Pas perlu melihat dan berhati-hati dengan fenomena itu.” – Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

2. “Setiap detik dalam setiap era Pas menjadi penentu, mendidik dan mengajar untuk melangkah masa hadapan” – Salehuddin Ayub.

3. “Pas perlu melahirkan pemimpin berwajah Malaysia yang diyakini oleh semua pihak” – Dr. Asri Zainal Abidin.


4. “ Firman Tuhan- ‘ Sesungguhnya sebaik-baik orang yang bekerja itu ialah orang yang ada kekuatan dan ada amanah’. Mengulas ayat ini Ibnu Taimiah mengungkap kebimbangannya jika ummat memiliki orang yang ada kemampuan tetapi tidak beramanah atau bermanah tetapi tidak berkemampuan. Dalam keadaan itu maka lihatlah siapa yang lebih bermanfaat dalam suasana-suasana tertentu tersebut” – Dr. Asri Zainal Abidin.

5. “Kena mewujudkan sokongan rakyat kepada Pas adalah atas kesedaran, kepercayaan dan harapan besar mereka terhadap Pas. Bukan sokongan mereka kepada Pas hanya kerana membenci Umno” – Dr. Asri Zainal Abidin.


6. “Kajian menunjukkan hampir 20% mahasiswa sekarang tidak pedulikan lagi soal politik” – Dato Tuan Ibrahim Tuan Man.

7. “Selama 50 tahun ini orang mengundi Pas kerana mahu melihat Pas membawa Islam. Mungkin apabila kita beralih kepada selain Islam orang tidak akan mahu lagi kepada Pas” – Tuan Ibrahim Tuan Man.


8. 3 perkara yang perlu ada pada setiap ahli dan anggota gerakan Islam. 1- Istiqamah. 2- Sabar. 3- Jangan Jauh dari Allah swt.

Nota hujung : Ada seorang teman memberitahu saya yang dia balik awal. Sebabnya pengerusi kurang menarik dan sebab lainnya pengisian lebih banyak puji diri sendiri (banyak sangat ungkap pas hebat itu ini..)

Tiada ulasan: