Kenduri merupakan sesuatu yang dituntut oleh agama. Malah amalan menjamu makan ini antara hikmahnya adalah untuk membina hubungan yang lebih harmoni dan masyarakat penyayang. Ia juga merupakan aktiviti sosial yang merawat penyakit ananiah (individualistik) dalam diri manusia. Namun, kadang-kadang atas nama kenduri jugalah hubungan antara manusia semakin terenggang.
Betul kata orang, “perkara makan ni jangan dok buat main..sensitif lebih”
Bila anda mengenali seseorang dan anda berasa rapat dengannya dan mungkin anda rasakan dia adalah sebahagian dari diari hidup anda yang terpaksa anda catitkan namanya setiap hari.. tiba-tiba, di dalam satu hari yang teristimewa buatnya dia tidak mahukan anda tercatit dalam diari hidupnya..
Dalam kendurinya ada lain-lain orang yang rata-ratanya atas nama kawan...jika anda menganggapnya sebagai kawan anda pasti terrfikir adakah aku ini kawan baginya? Atau anda punyai talian kekeluargaan, dan dalam kenduri tersebut dijemput ahli-ahli keluarga yang lain, sedangkan anda tidak..pasti anda terfikir, adakah aku ini bukan keluarganya?
Bila dia berkata “Cuma kenduri kecil2 saja. Keluarga dan kawan rapat ja..” maka kita tentunya faham, baginya kedudukan kita Cuma kawan yang bukan rapat, atau kita cuma keluarga yang tak rapat.
Bila dia berkata “ ala.. yang mana sempat ingat ja..” faamlah kita bahawa, kita ni memang bukan dalam ingatannya. Malah mungkin jarang-jarang atau ada waktu-waktu ‘tertentu’ saja kita diingati.
Bila dia berkata “ tak sempat nak jemput sapa-sapa pun” , ketahuilah yang kita ni mungkin di senarai terakhir dalam list kenalannya. Atau pun di luar list tersebut.
Adakah salah jika anda terasa hati bila seseorang yang boleh dikatakan setiap hari ke rumah anda, makan di rumah anda, bergelak ketawa di rumah anda, tukar pakai di rumah anda, tidur juga kerap di rumah anda, selain bersama anda bermurajaah kitab seminggu 3 kali di rumah anda juga, malah nak buat kenduri tersebut pun, ada barang anda dipinjamnya..tetapi bila dia kawin dan adakan kenduri katanya-kecil-kecilan, anda tidak dijemput bersama..
Huh! Kita bukan kelapaq nak makan.. tapi nilai sebenar erti persahabatan.. Anda baru tahu berapa sen anda bernilai di sisinya....atau mungkin tidak bernilai!
Namun, berbaik sangkalah... maniskan juga senyumanmu...kalau boleh!
4 ulasan:
Bayu sape yg lupa nak jemput kamu tue? Tak per nnt akak jemput kenduri akak...jangan tak mai tau...huhuhu...
salam kehidupan,
xpela... jgn terasa sangat. kita pernah alami bersama. nnt kenduri cermin, orang sana x dilupai.
susah kalo dapat kawan
yang jenis
kawan lupa kawan
slm kenal.. slm ziarah dr teratak ungu violet.. ade mase, singgahla ke rumah mar yer.. anyway, really nice site!! congratss..
Catat Ulasan