Selamat Datang

Jumaat, 10 April 2009

Kematian yang mendekati...

Kalau benar yakin dosa pahala, pertimbangan akal manusia pasti waras. Orang yang yakin ada pahala pasti akan terlalu tamak mengejar kebaikan. Orang yang yakin ada dosa pasti seribu kali berfikir pun takkan berani melakukannya. Itu hakikat dosa pahala. Kita meyakini ada roqib atid di kiri dan roqib atid di kanan mencatat segala laporan umur manusia. Sesaat pun tidak terkecuali. Biarlah isi buku catatan itu berbahasa indah ketika dibentang. Semoga layak mengambilnya dengan tangan kanan.

Manusia tahu sudah hidupnya adalah mati. Mati manusia bukan penamat. Tetapi permulaan kehidupan yang abadi. Mahu senang abadi atau celaka abadi.

Ya Allah, Ku pohon tidak tersentuh tubuh ini walau sepercik azab neraka Mu!

Kematian itu pasti. Ia pasti akan datang. Setiap yang mendatang itu adalah dekat.

Malaikat Maut pasti tersenyum sinis melihat nama-nama yang berada dalam list kematian di sisinya masih bersenang-senang melakukan dosa. Berfoya-foya. Sedangkan roh sudah terlalu hampir meninggalkan jasad. Malaikat itu tepat dan amanah dengan tugasnya. Mencabut roh dari jasad. Tidak terawal dan tidak tertangguh walau sesaat.

Andai kata terkasyaf senarai kematian pada setiap bulan, pasti tidak ada manusia yang buruk penghabisannya. Tetapi senarai kematian cuma terkasyaf kepada Malaikat. Malaikat pula berkira-kira, polan ini bila polan ini pula bila..
Namun sayang, ammarah manusia sentiasa merasakan diri mereka tidak ada dalam senarai itu. Benarkah? Pastikah?

Adakah kita dalam senarai kematian Bulan ini?!

Bersedialah…
لا إله إلا الله

Tiada ulasan: