Selamat Datang

Ahad, 31 Ogos 2008

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

Paling akhir bayu pernah berbuka puasa bersama keluarga ialah ramadhan hujung 2004. Alhamdulillah, semalam bayu berkesempatan berbuka bersama keluarga kembali. Namun, baba tidak bersama kerana baba sekarang 'milik masyarakat'. Biarlah baba berprogram dan bersama dengan masyarakat dalam melaksanakan amanah yang telah dipilih oleh Allah kepadanya. Walaupun tidak dapat berbuka bersama dan jarang juga bersama, Namun bayu bangga kerana punyai orang tua yang memahami amanah serta melaksanakannya dengan baik :)

Semalam pasar ramadhan masih suram.. petang ini mungkin akan bermula meriah...
Jom pi Pasar Ramadhan!!!

Ya Allah ya Tuhan Kami,
Berkatilah kami di bulan ramadhan ini,
Dan bantulah kami untuk berpuasa di siang harinya,
dan berqiyam di malam harinya,
Serta bantulah kami untuk menundukkan pandangan kami dan menjaga lidah kami...

Kullu Am wa Antum bi Khair :)

2 ulasan:

khairyn berkata...

ah! jeles dengan bayu. Kali terakhir berbuka bersama keluarga Ramadhan 2005 itupun dlm beberapa hari terakhir sebelum syawal

apa pun selamat menjalani ibadah puasa untuk bayu dan famili.

IFFAH berkata...

Erm...kalau berkesempatan ke pasar ramadhan jangan beli makanan banyak-banyak.nanti tak termakan.Masa tu semua makanan nak.maklumlah sedang berpuasa :-)

apa-apa pun jangan lupa baca doa sebelum melangkah ke pasar....

Bismillahirrahmanirahim, Ya Allah berikalah aku kebaikan dari pasar ini dan jauhkanlah keburukannya.Ameen.