Selamat Datang

Ahad, 10 Ogos 2008

Dulu zaman Umno dapat, La ni zaman pas tak dapat..

Kerajaan Pas Kedah sekat Zakat?!!!


Zakat merupakan isu paling hangat di kalangan penuntut di luar negara sekarang. Pelbagai cerita telah di bawa dari mulut ke mulut.

Sebagai kesimpulan awal yang telah dibuat oleh kebanyakan individu bergelar pelajar di luar negara sekarang ialah "TAK ada beza kerajaan pas kedah dan Umno kedah dulu" yang melihat pengagihan zakat negeri tidak menyeluruh kepada mereka yang sepatutnya, kerana apa yang kita dengar, sahabat-sahabat yang belajar di Yaman tidak menerima zakat dari zaman Umno dulu dan pas sekarang.

Selain itu apa yang lebih dahsyat ialah laungan "Baik lagi kalau Umno perintah.. Umno dulu dapat juga zakat, pas la ni tak dapat apa.." yang menggambarkan kekecewaan pelajar kedah di Syria yang melihat Slogan Kedah Sejaheta itu seakan tidak diisi. ini adalah suara-suara yang sangat kecewa bila mendengar berita bahawa pelajar Maahad-maahad(Institut-institut pengajian) di Syria tidak lagi layak menerima zakat.

Bayu yang sedang bercuti di Malaysia sekarang bersama dengan rakan2 lain tengah berusaha dan mendapatkan penjelasan yang tepat berkenaan isu tersebut.

Dari segi kesahihan dakwaan tersebut, bayu percaya kepada khabar dari seorang rakan (sdr. Zahir Abd. Halim - Mantan exco KKDS) yang menceritakan sudah 3 kali dia berulang alik ke pejabat zakat negeri di Alor Star untuk urusan tersebut dan keputusannya memang pelajar maahad di Syria akan diberhentikan pada tahun ini.

Zakat kepada pelajar Maahad di Syria telah disalurkan bermula tahun 2004 lagi sepertimana yang diceritakan kepada bayu. Oleh yang demekian, pemberhentian menyalurkan zakat kepada pihak tersebut sekarang ini tidak lebih hanya akan meninggalkan kesan pandangan serong (pelajar dan waris) di sana kepada pentadbiran Kerajaan baru (Pakaan Rakyat dan pas khususnya) di negeri Kedah.

Zakat ini, sebenarnya seperti yang dimaklumkan berada di bawah bidang kuasa Menteri Besar yang juga memegang portfolio hal ehwal agama negeri. Jika benar zakat kepada mereka yang layak menerimanya sebelum ini (kerajaan BN) sudah ditarik balik oleh Kerajaan Pas sekarang, maka implikasi yang lebih buruk kepada imej kerajaan pas di bawah pentadbiran beliau akan berlaku. Pelajar-pelajar yang sebelum ini mengharapkan kerajaan pas lebih memahami dan membela nasib pelajar-pelajar agama yang sering disisihkan oleh kerajaan Barisan Nasional, jelas akan lebih rasa dikhianati jika hal ini benar-benar berlaku.

Apa pun, selepas beberapa usaha dibuat bayu dan rakan-rakan yang lain, kita mula mendengar pelbagai alasan dan respon kepada isu tersebut. Antaranya ialah hal ini berlaku disebabkan penyelewengan duit zakat oleh BN sewaktu PRU-12 baru-baru ini. Dakwaan ini tidak dijelaskan kepada kami melalui bukti-bukti yang kukuh. Oleh demikian kami menyerahkan hal tersebut kepada pihak berwajib untuk menyiasat kesahihan dakwaan tersebut.

Selain itu, maklumat yang diterima dari beberapa orang dalam yang rapat dengan sumber kerajaan negeri memberitahu bahawa sampai sekarang, Pejabat zakat sahaja merupakan satu-satunya naungan kerajaan negeri yang tidak memberi kerjasama yang baik kepada kerajaan negeri Kedah sedangkan zakat merupakan tanggungjawab langsung kerajaan negeri. Apa yang dimaklumkan kepada kami, Dato' Ghazali yang mengetuai jabatan zakat ini merupakan orang kuat umno yang paling kecewa dengan kekalahan BN cuba mencetuskan pandangan tidak baik masyarakat kepada kerajaan baru pas. Hal tersebut solah-olah dizahirkan dalam majlis penyerahan zakat kepada pelajar2 mesir baru2 ini apabila diceritakan kepada bayu beliau memberitahu bahawa zakat ini di bawah kuasa beliau dan tidak ada kena-mengena dengan Menteri Besar yang tidak dijemput pada hari tersebut (berita ini perlu ditashih semula). Beliau juga dikatakan cuba mengambil kesempatan ini dengan alasan pejabat zakat berada di bawah naungan terus DYMM Tuanku Sultan Kedah dan bukan di bawah kerajaan Negeri Kedah untuk cuba memprotes kerajaan negeri dalam hal tersebut.

Oleh itu, kita mengharapkan Kerajaan Negeri Kedah cuba mengambil serius perhatian tersebut supaya imej Kedah Sejahtera itu dapat diisi dengan baik.

Bayu bersama 2 orang rakan hari ini akan ke Alor Star untuk berbincang dengan seorang YB yang mempunyai suara mendesak untuk membantu kami dalam hal ini. Kemudian kami juga bercadang mengadu hal ini untuk perhatian kepada pegawai MB yang bertugas menyelesaikan masalah hal ehwal agama. Selain itu, kami juga bercadang membuat rayuan melalui exco pendidikan yang walaupun beliau tidak terlibat langsung dengan proses zakat ini, tetapi sekurang-kurangnya sebagai maklumat untuk perhatian beliau dan tindakan yang sepatutnya beliau ambil untuk membantu pelajar-pelajar yang didakwa cuba 'disishkan' oleh Kerajaan Pas (kalau benar dakwaan tersebut).

Kita mengharapkan Kerajaan Pas dapat menyelesaikan isu ini dengan tidak meminggirkan mereka yang sepatutnya. Kita juga harap kerajaan negeri yang baru tidak menghentikan pembahagian zakat negeri kepada mereka yang sudah layak menerimanya di zaman kerajaan UMNO dulu. selain itu, turut menjadi harapan kita agar semua dakwaan yang tidak baik kepada kerajaan negeri dapat dijelaskan oleh pihak kerajaan negeri dengan sebaiknya.
Kita juga mendoakan semua tohmahan itu tidak betul dan kita harapkan Allah akan memberi kekuatan dak kemampuan untuk Pas mentadbir dengan lebih cemerlang berbanding Barisan Nasional dulu. Kita harap Allah berikan ketegasan kepada kerajaan negeri untuk menepis dan menjauhi apa yang tidak sepatutnya dilakukan oleh sebuah kerajaan yang berkonsepkan kerajaan Islam.

Apapun, sampai sekarang bayu dan rakan-rakan lain sedang menunggu keputusan dan pengumuman rasmi dari pihak pejabat zakat negeri. Semua berita dan dakwaan masih tidak kukuh kesahihannya.


Papan Iklan : Bayu tidak memohon dan menerima zakat kerajaan negeri. bayu juga tidak bercadang untuk memohon pada musim depan atas beberapa faktor. Namun, bayu berusaha demi rakan-rakan dan cuba membersihkan imej Kerajaan Pas Kedah dari dakwaan2 tersebut. Oleh itu, suara bayu ini tidak mewakili pandangan dan kepentingan peribadi tetapi mewakili pihak2 yang memohon zakat (dalam satu keadaan) dan mewakili kerajaan negeri untuk memberi jawapan (pada satu keadaan yang lain dalam usaha menenangkan dan menjelaskan hal sebenar kepada rakan-rakan di Syria)


2 ulasan:

Mak Su berkata...

wah! macam-macam

Sis Deena Rebutia berkata...

fitnah itu lebih dahsyat dari membunuh...akhi lebih arif ttg hal ni..dahsyat sungguh fitnah yang akhi buat..
saya sokong sepenuhnya pemberhentian agihan zakat untuk antum bila saya tahu faktor2 nya..secara rasionalnya antum KURANG berhak ke atas pengagihan zakat berbanding asnaf2 yang turut berada dalam asnaf fi sabilillah yang lain..jika benar dahagakan ilmu hingga menuntut di luar negara, buktikan dengan kecemerlangan akademik antum..kalau belajar tak sampai mana lebih baik antum belajar di maahad2 atau pondok2 di dalam negara sahaja..jika masih memilih untuk belajar di luar negara gunakan saja wang ibu bara antum..antum membuat pilihan..bertanggungjawablah dengan pilihan antum..ramai org lain yang belajar perubatan diluar negara dengan kos yang tinggi tetapi tidak mendapat mana2 tajaan..sedangkan mereka lebih berbakti kepada negara berbanding golongan antum yang tak pernah saya dengar ada menjadi ulama' tersohor negara kerana belajar di maahad di syria..yang pernah saya dengar adalah mengajak orang islam di kedah untuk tidak membayar zakat kepada zakat kedah kerana kononnya zakat kedah mengagih secara tidak adil..perbuatan yang AMAT TIDAK MENGENANG BUDI..maafkan saya..itu perkataan paling lembut saya boleh gunakan...renunglah menggunakan akal dengan petunjuk wahyu..bukan hati dengan petunjuk nafsu...dapatkan dari sumber yang sahih..nampaknya akhi ZAHIR gagal melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang baik...berhentilah dari mengharapkan bantuan orang lain..belajarlah membangunkan diri sendiri..maaf sekali lagi