Selamat Datang

Khamis, 26 Julai 2007

Tanahairku

Semalam tak sedar lebih 3 jam kami berborak. Rasanya, ingin bayu catatkan segala bahan bualan kami semalam. Tapi, entah bagaimana mahu diungkap...

Semalam, bayu bersama rakan menziarahi seorang rakan lain yang baru pulang dari Umrah. Bersama kami seorang rakan yang pernah aktif dalam gerakan mahasiswa di tanahair. Sedar tidak sedar, banyak perbualan kami semalam menyentuh isu di tanahair. Soalnya terlalu kronik. Isu-isunya sangat besar. Lapangannya sangat luas. Musuh dan sasaran dakwah juga terlalu pelbagai dan beraneka jenis. Persediaan dan bekalan terlalu banyak harus kami sediakan jika benar ingin kembali ke tanahair. Gambaran yang sebenarnya berada diluar sangkaan kami. Persediaan yang bukan hanya menagih kemampuan mengupas isu wudhu' dan solat atau haji dan sebagainya, tetapi perlu menyentuh pelbagai isu kontemporari. Bekalannya perlu meng'akar'.. iaitu bukan sahaja memadai kemampuan yang sambil lewa. Methode dakwahnya perlu lebih profesional dan intelektual.

Selain isu keruntuhan moral yang menjadi-jadi, isu-isu serangan terhadap aqidah dan kesatuan umat juga sangat bersifat serius. Mana tidaknya, selain perlu berhadapan dengan kumpulan kristienisasi dan globalisasi, umat islam harus menepis dan berhadapan kumpulan-kumpulan (yang kononnya) islam yang lain. Mana dengan sister in islam atau apa-apa sahaja kumpulan islam liberal yang lain, kumpulan syiah dan sebagainya sehingga akhirnya kumpulan yang menghentam sesama ahli sunnah dan mereka ini mengaku sebagai kumpulan tajdid (pembaharuan). Sebenarnya semua gerakan ini mempunyai aset-aset yang besar dalam mempengaruhi minda masyarakat selain mempunyai perancangan dan tindakan yang sangat tersusun. Penentangan terhadapnya memerlukan suatu gerakkerja yang tersusun juga. Hujahnya tidak mampu dibalas jika bukan dari orang yang melakukan persediaan rapi. Manusia yang tidak lengkap bekalnya, amat sukar untuk menghujai gerakan-gerakan ini.

aduh, letih betul sekarang.. itu baru sahaja memikirkan dan berbual tentang keadaan tanahair ku.. Hidup pasti tidak letih kalau tidak memikirkan semua hal ini. Tetapi, bolehkah kalau aku tak fikirkan hal-hal ini?!

23 ulasan:

Anne berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Anne berkata...

rasanya kalau perseorangan ataupun kumpulan pendakwah tidak cukup untuk membaiki akhlak moral dikalangan umat islam di "tanahairku"..

tgklah sajian yang dipertontonkan 24 setiap hari semuanya kelonggaran yang dihalalkan..

variasi "keislaman" pula berbagai-bagai..kalau tak ada basic tentunya tersesat..

pendidikan agama terlalu basic dan hanya dijadikan sumber untuk lulus periksa dan bukan way of life..(untuk sekolah aliran biasa)

lapangan pendakwah pula terlalu sempit hinggakan kadang2 disalah ertikan..silap2 lokap...

bukan nak memperlekehkan isu ini cuma nak bayu fikirkan idea yang lebih kukuh..mungkin buka stesyen TV kot,, hehe

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

kini rindu dengan suasana berborak macam tu sampai ke pagi. di sini kena tinggal sorang2 dalam bilik tiada teman berbual.

akirasuri berkata...

oh oh!
malaya ada banyak alkesah.
sungguh!
mudah-mudahan kembali jiwa ustat-ustat muda ke malaya nanti dapat mengembalikan kecerahan warga malaya.
jangan seperti sekarang.
para agamawan malas. *maaf*.
hanya tahu manusia mencari mereka bukan mereka mencari manusia untuk didakwahi.

*doa sentiasa dikirim untuk ustat-ustat di sana.
jaga diri. :)

BaYu SenJa berkata...

kamarsuria,
memang betul.. idea dan ruang dakwah mesti lebih luas dan menyeluruh.. alternatif perlu disediakan..

kadang-kadang bayu mearsa kagum dengan gerakan islam di Indonesia.. mereka sangat kreatif mencari jalan keluar bagi setiap isu yang timbul...
mungkin mereka telah masak dengan suasana peperangan ideologi yang telah lama berlaku di sana...
sekarang rasanya telah tiba di Malaysia...

cermindiri,
huhu.. bila nak balik sini.. cepat la.. aku dok tunggu nak gi Latakia free ni :)

akira,
amiin.. semoga doa akira dan semua rakan akan menguatkan azam kami untuk pulang mencerahkan kembali malaya

tintaHati berkata...

Salam Bayu...

Memang bila dah akhir zaman ini macam2 perkara yg berlaku. Keruntuhan akhlak, serangan akidah dan macam2 lagi...

Bukankah ini petanda kiamat makin dekat?

Risau menanti hari esok. Jangan2 kita pun blh terjebak sama! Mohon dijauhkan Ya Allah!

Tanpa Nama berkata...

ya ya.
doa sentiasa dikirimkan.
insya-Allah.
sibuk ke sekarang?
awat jarang update :)

jaga diri :)

faridmw berkata...

salam....

bayu senja borak sambil mengumpat atau borak tanpa mengumpat....

senyum selalu..

izinni berkata...

jangan putus asa. belum masuk gelanggang sebenar kalau dah ada bibit2 keluhan .. bahaya tu. hehehhee ...

kalau golongan berilmu macam ustaz bayu dah rasa begini ... inikan pula orang2 biasa macam saya ni. ilmu sikit, pengalaman apa lagi.

insyaAllah setiap dugaan tu ada jalan penyelesaian. Allah takan biarkan khalifahnya termangu dan berseorangan dibuminya ni.

Yakin, usaha, tawakkal. InsyaAllah :)

Zetty berkata...

salam perkenalan dari Dubai UAE .. mohon izin link blog ye .. harap2 dapat menjalinkan ukhwah di Tanah Arab nieh .. tqvm ..

Tanpa Nama berkata...

Salam Bayu,

Moga kita semua tidak mudah terfelincir dari landasan yang sepatutnya.

Moga sihat selalu ya! :)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Salam,

Kalau bukan kita yang fikirkan itu semua, nak harapkan siapa?

Sayangnya buah fikiran kita mungkin menjadi sia-sia saja kalau tiada yang mendengar apatah lagi untuk dipraktikkan.

Izariza berkata...

Bayu,

Rencamnya akhlak, bejatnya tingkahlaku dan tutur masyarakat Islam adalah hasil pemisahan antara Ad-Deen dan ilmu-ilmu lain. Meski Penerapan Nilai-nilai Murni termasuk dalam agenda pendidikan, namun sejauh mana ianya disebatikan. Semua orang mengharap guru agama yang bertindak untuk mentarbiyah. Guru subjek lain pula dikatakan tiada kena mengena dalam soal tarbiyatul aulad.

Islam itu syumul, tetapi akibat kejahilan manusia, kesyumulannya diinjak-injak, dibahagi-bahagi sehinggakan tugas dakwah hanya dilihat sebagai tugas ustaz.

Eh .. semangat pulak bercakap soal ini :D

Semoga baik2 aje :)

Salam

khairyn berkata...

salam bayu,

semoga menjadi seorang ustaz yang berwibawa, berani dan pro-active.

Golongan bijak pandai lah yang sering tergelungsur aqidahnya akibat menerima pedidikan sekular. Memisahkan pengetahuan duniawi dengan agama.

Semoga kita dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa

BaYu SenJa berkata...

tintahati,
jangan risau menanti esok, tapi bersedialah menanti esok..

akira,
bayu penuh jadual dengan program sekarang ni... banyak masa perlu diperuntukan :)

faridmw,
mesti senyum selalu...

izinni,
moga tidak terkena penyakit cepat berputus asa....

BaYu SenJa berkata...

yatie,
ahlan wa sahlan..
terimakasih :)

indahsakura,
moga-moga macam tu la hendaknya :)

blackpurple,
kalau bukan kita yang memikirkannya... siapa lagi?!!!!

izariza,
penerapan unsur dakwah dan tarbiyah melalui sistem pendidikan negara memang dilihat tidak berjaya sama sekali.. mungkinkah langsung tidak pernah terfikir unsur tarbiyah tersebut?!
mungkin....

khairyn,
ya.. sekarang yang menjadi halangan utama ialah orang-orang yang berpendidikan..
sekarang sudah tiba zaman peperangan hujah...

SoFie NuR berkata...

salam,

memang x dinafikan suasana di Msia makin lama makin hanyut dibuai arus kemodenan...bila memikirkan suasana di Msia,rasenye lebih selamat hidup di negara lain...

BaYu SenJa berkata...

sofie nur

rasanya begitu lah...
tetapi, tanah itu ita yang punya.. kita lah yang kena jaga :)

Tanpa Nama berkata...

Salam.

Butut lo lu tulis. Mau cakap pasat agama aa kena belajar lalam-lalam lo itu ilmu. Bahaya ma kalu cakap tapi tatak ilmu...! Butut ka wa cakap?

Ok lo. Tumpang lalu ho! Wa balu sampai. Telima kasih ho!

tintaHati berkata...

Bayu kemanakah hilangnya hembusan mu tika ini? Jangan biarkan ruang ini gersang biarpun terik mentari membakar tulang belulang mu...hembuskan sedikit bayu di sini biar damai selalu... ;)

kieron berkata...

salam...
kian lama sy tak menjejakkn kata2 di sini...rs rindu plak utk mendgr rintihan hati bayu yg begitu prihatin terhadap keadaan sosial n semasa.baguslah bayu prihatin perkara ni.wlwpn tdk mampu lakukan dgn perbuatan,kite boleh berdoa..kan?kadang2 sy tak pernah fikir pn perkara ni tp segala entry bayu menjd peringatan buat sy...thanx..teruskn perjuangan dakwah bayu!

Butaseni@Wan Raja berkata...

malaysiaku serba boleh.
kecuali bola ja yang tak boleh hehehe
salam

BaYu SenJa berkata...

ahkim
waa.. lu punya bahasa manyak comey maa ;0

tintahati,
terimakasih... bayu memang terkalutan dengan pelbagai program cuti ni... ingatkan kita dah tak jadi exco, boleh rehat sikit.. tapi macam2 plak org dok cari kita...

insyaAllah, awal bulan depan bayu akan semula aktif dalam dunia blog ini...
insyaA;;ah :)

khairunnisa,
sama-samalah kita saling memperingati...kan?!

butaseni,
memang bola hagham tak boleh.. memalukan rakyat mesia di Syria je :)