Selamat Datang

Isnin, 25 Jun 2007

Ustaz Fadhil dalam Kenangan...

Al-Fatihah bayu hadiahkan khusus buat Idola hati Al-marhum Al-Fadhil Ustaz Fadhil bin Mohd. Noor. Pemergiannya 5 tahun yang lalu bagai masih belum temui pengganti. Keperibadiannya sebagai Tokoh merangkumi nilai Ulama', pemimpin politik, guru dan pendidik, ketua keluarga yang cemerlang serta ahli masyarakat yang sentiasa disenangi.

Beliau merupakan pemimpin yang bayu anggap sebagai idola. Fikrah dan pandangan siasinya (politik) terlalu menakjubkan. Ucapannya penuh dengan ilmu dan sinis melalui uslub mantik yang sangat berkesan. Senda guraunya dalam ucapan terlalu menghiburkan. Isi ceramahnya bisa menggelegakkan darah perjuangan. Kesanggupannya terjun bergelumang bersama keperitan perjuangan sangat mengharukan. Tuanya dan sakitnya tak pernah menghalang beliau turun ke panas remang jalanan menentang kezaliman.

Tarikh 23 jun 2002 itu, Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri. Ratusan ribu manusia hadir membanjiri bumi Pokok Sena bagi mengiringi penghantaran jasad Al-marhum kepada Pemiliknya Yang Maha Agung. Dalam kesibukan dan banjir manusia di pokok Sena ketika itu, bayu wujud di celah-celahnya. Bayu dapat menyaksikan betapa cintanya manusia dan pengikut-pengikutnya kepada Almarhum. Kedatangan ribuan manuisa yang tidak bertujuankan apa-apa kepentingan, menyaksikan keikhlasan dan pengorbanan serta jasa yang telah beliau taburkan ketika hidupnya.

Bayu semasa belajar berpidato suatu ketika dahulu pernah dipesan oleh guru, "Berpidatolah mengikut cara Ustaz Fadhil...."

Hadiahkanlah doa dan pahala bacaan ayat2 suci Al-Quran untuk roh manusia agung, Pemimpin Melayu Ulung tersebut...

27 ulasan:

izinni berkata...

Al-Fatihah untuk Almarhum Ustaz Fadhil.

Saya tidak berkesempatan untuk bersua muka dengan arwah sepanjang saya bekerja dulu. Terasa amat rugi.

Suami saya kata arwah seorang yang amat lembut dan peramah. Tapi, amat-amat tegas. Sebab tu masa zaman arwah tidak ramai dikalangan ahli partinya serta orang2 kanan dalam parti yang berani mempertikaikan yang hak atau memperkotak-katikkan perpaduan. Aura kepimpinan arwah sangat terserlah baik pada lawan mahupun kawan. Nyata sangat dihormati.

tintaHati berkata...

Al-Fatihah jua buat Al Fadhil Ustaz fadhil Mohd Noor. Beliau memang seorang tokoh islam yang saya sanjungi.

KAMARSURIA berkata...

Mengenalinya melalui pembacaan..ada yang buruk dan ada yang baik..arena politik begitu menyedihkan dengan penyebaran propaganda yang berlebihan.. begitulah hakikat yang perlu diterima..yang baik disayangi oleh allah..jika almarhum merupakan idola bayu..mungkin bayu boleh develop diri setanding atau mungkin lebig=h baik..sebagai pengganti =)...

zlaa berkata...

Salam. 23 June hari lahir akak, tapi tarikh tu selalu mengingatkan pemergian Almarhum. Sewaktu itu, kami tinggal di KL. Terkenang saat pemergian beliau, di pagi 23 June itu. Terkejut dan KL seakan berkabung.. Semuga rohnya dirahmati. Sukar mencari pemimpin seumpamanya..

ZLAA berkata...

Bayu,
Masih ramai ka pelajar Derang di sana?

Achik_Sufi berkata...

mungkin boleh digelarkan "bapa agamawan " buat almarhum ustaz fadhil noor, atas kegigihan beliau dalam dunia dakwah yang penuh ranjau ini.

khairyn berkata...

Al-Fatihan untuk Almarhum ustaz Fadhil.

Semasa arwah masih hidup saya suka ikut berita mengenai beliau. Dialah antara segelintir pemimpin zaman moden yang sangat berkaliber. Lembut dalam tegas.

Semoga ada penggantinya yang setaraf dengan beliau.

butaseni berkata...

aku tak kenal dia,tapi aku pun sedekah jugak lah.....
al-fatihah
salam

BaYu SenJa berkata...

Pn Izinni,
saya pernah beberapa kali bertemu muka dengannya.. apatah lagi bersalam dan mencium tangannya yang sangat lembut itu. Pernah juga berkunjung bersama orang tua ke rumahnya atas sedikit urusan :)

Aura kepimpinan sangat terpancar dari peribadi beliau.. memang tokoh umat di zamannya...


tintahati,
saya juga...


Kamarsuria,
arena politik sangat mencabar. Ruangnya sangat luas. sifatnya tidak menentu. Jika murni ideologi perjuangan, maka bersihkal erti politik.. jika busuknya fahaman politik nescaya akan dibawa kearah politik yang 'shit'...
rasa kerdil diri bila disebut nama ust. Fadhil..
terimakasih, tapi macam mustahil je nak jadi sehebat beliau.. hehehe

akak zlaa,
bukan kata kl saja.. malah seluruh Malaysia terasa begitu...

pelajar derang di sini ramai juga.. lebih kurang 50 orang :)

BaYu SenJa berkata...

achik sufi,
tak salah...
tapi 'bapa agamawan' sebenar ialah Rasulullah.. kerana dialah sebagai sumber agama buat ummat :)

Khairyn,
saya juga sering mengikut perkembangan beliau.. sehingga kini, saya suka membaca kisah hidupnya yang dikarang oleh Hj Subky Latif ketika keadaan lemah.. dan saya kalau dah tak ada kerja, akan ulang2 melihat rakaman kepetahan hujahnya di Dewan Parlimen ...


butaseni,
Tak rugi mengenali orang yang soleh. Tak rugi mengkaji seorang tokoh..
Disebalik kehidupanya yang telah ditelan sejarah, terungkap ribuan manfaat untuk kita yang masih hidup pula membina sejarah sendiri...

ukhti27 berkata...

as-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah
ya akhi al-kareem...


masya`ALLAH,
setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati.

moga rohnya dilimpahi Rahmat dan Rahim NYA
dan ditempatkan bersama2 para Shalihin,
Syuhada' dalam MardhatiLlah.

ALLAHumma amiin...
al-Fatihah...

fi amanALLAH.

Pa'chik berkata...

almarhum presiden pas paling best best best... err... tak kenal presiden selain almarhum dan tg hadi sebenar nye.. hehe...
al-fatihah untuk almarhum

dulu, masa keja kat otel, tak tau kata almarhum ada.. tidak memang dah pi jumpak almarhum, dah balik baru ada orang bagi tau, almarhum ada menginap kat situ.. rugi sungguh.

err.. bayu.. husam dah tak update sangat cetusan hati.. dia sekarang kat www.husammusa.com

bang_gugar berkata...

salam,

al-fatihah buat almarhum..

aku ingat lagi apa yg org BN buat lepas pemergian beliau..

depa buat satu iklan apa ntah.. depa tulis 'mendiang' kata kat almarhum..

apa punya otak depa tu aku tak tau..

takbir!..
(",)

IndahSakura berkata...

Al-fatihah buat almarhum. Moga rohnya dilimpahi Rahmat.

Dan tak lupa, moga bayu lulus dgn cemerlang dalam imtihan :)

BaYu SenJa berkata...

ukhti,
hm..
amiin ya rob !!

pa'chik,
tg hadi sebenarnya...?!
hehehe..

o, ye ke?!
patut la pun...
terimakasih


banggugar,
tak mudah lup rupanya melayu cam hang ni no..?!
semoga semangat dan perjuangan almarhum masih mengalir dalam urat nadi kita :)

indahsakura,
terimakasih :)

denai berkata...

saya ke mari

akirasuri berkata...

al-Fatihah untuk almarhum.
mudah-mudahan dicucuri rahmat. amin..

ketika beliau meninggal. saya masih merangkak di diploma lagi. uh! sangat terkejut dengan berita tersebut. apapun. perginya almarhum tiada ganti....

nota: ustat dah habis periksa ke? :)

BaYu SenJa berkata...

denai,
ahlan wasahlan....

akira,
hehehe.. tinggal 2 subjek je lagi :) hari khamis ni bayu dah boleh meloncat tinggi !!!!

ya, memang berita pemergian beliau menggemparkan...

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

teringat kenangan waktu bersesak untuk sembahyangkan jenazah beliau.

"biarlah kelahiran kita disukai dan biarlah kematian kita ditangisi"

tintaHati berkata...

BAYU, kamu di tag. Kamu di tag! hehe... ;P

KAMARSURIA berkata...

a.kum ..
minta kebenaran add link awak..
suka lepak sini

ukhti27 berkata...

bismiLlah wal HamduliLlah,
as-Salamu`alaikum wa RahmatuLlah...


salam penghulu segala hari
ya akh al-kareem...

masya`ALLAH,
persinggahan ana kali ini
dengan membawa oleh-oleh,
tafadhdhol au tafadhdholi
kepada sesiapa sahja yang sudi :)

-> pertama, -> kedua

fi amanALLAH wALLAHu a`lam bisawab.

BaYu SenJa berkata...

cerminhati,
hmm.. biarlah pemergian kita ditangisi :)
hehehe.. cerminhati pi qatar kami tak nangis pun

tintahati,
ha? baru je habis periksa kena tag plak.. hehe, nanti bayu selesaikan insyaAllah :)

kamarsuria,
terimaksih.. dialu-alukan :)

ukhti,
terimakasih.. oleh2 yang sangat menarik :)

ZLAA berkata...

Salam Bayu,
Apa e-mail personal bayu? Ada hajat sikit

ZLAA berkata...

Salam Bayu,
Boleh hantar e-mail Bayu pada zlaa00@yahoo.com

bunga rampai berkata...

Al-Fatihah.

Salam.

BaYu SenJa berkata...

akak zlaa,
bayu dah hantar email kat akak

bungarampai,
hmm..
salam