Selamat Datang

Jumaat, 15 Jun 2007

Meroboh Tembok Pemisah

Agamawan merupakan aset paling penting dalam membina masyarakat harmonis dan islamis. Hidup yang penuh dengan kebahagiaan dan kesaksamaan di bawah Kerajaan Islam Madinah di zaman Nabi dulu pastinya menjadi suatu sejarah agung kehidupan umat terbaik walaupun Kerajaan Islam tidak pernah mengisytiharkan Islam Hadhari. Satu faktor penting yang perlu disedari terhadap kejayaan pembinaan Masyarakat Islam ketika itu ialah keberkesanan peranan yang dilakukan sentiap individu muslim dalam membina Ruh Islam dalam kehidupan terutama oleh mereka yang bergelar Agamawan.

Namun suatu pahit yang terpaksa ditelan sekarang ialah apabila melihat realiti Agamawan sering duduk terpelosok dalam kepompong sendiri. Sikap mudah bersuka hati dengan kerja agama sering menimpa individu-individu bergelar ustaz dan tok lebai. Tidak menyertai banyak bidang sosial juga seakan sinonim dengan agamawan.

Dengan keadaan umat yang semakin meruncing kini, para agamawan harus segera sedar akan peranan dan penyertaan yang ditagih masyarakat kepada mereka untuk memimpin proses pemulihan. Peranan para ustaz dan tok lebai bukan hanya di dalam sempadan kawasan masjid-masjid atau surau-surau sahaja. Wadah mereka bukan hanya isu haidh nifas, isu nikah kawin, atau isu-isu kenduri tahlil tetapi sebenarnya ruang lingkup perbatasan perbahasan dan penyertaan para ustaz dan tok lebai harus menjangkau isu-isu yang lebih global. Isu-isu sosial lain seperti alam sekitar, kemiskinan, politik pemerintahan, moral, sukan, kebudayaan, dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan harus disertai. Semua jenis masyarakat harus digauli.

Para Agamawan harus mula bersedia menjadi jaguh dalam semua aktiviti kehidupan manusia demi memurnikan semula kekaratan pelbagai bahaya pemikiran liberal sekarang. Kepesongan yang berpunca dari tiupan halus dakyah kristianisasi dan liberalisme bersama fahaman-fahaman lain yang berbahaya dalam semua detik kehidupan masyarakat Islam, menjadikan keadaan terlalu memerlukan para agamawan memimpin proses meneutralkan kembali keadaan seperti kehendak syariat.

Misi meroboh tembok pemisah antara agamawan dan masyarakat harus bermula, dan segera menjadikan title ustaz dan tok lebai sebahagian dari masyarakat biasa yang akan tanggung semua kisah hidup. Segala tribulasi sama-sama hadapi. Segala susah senang sama-sama rasai. Waktu yang 24 jam sehari itu, berikanlah sebahgian untuk berkongsi kisah masyarakat. Bukan setakat mendengar, tetapi lebih dari itu bersama-samalah membuka jalan penyelesaian.

Bayangkan betapa puluh-ribuan lepasan Universiti Al-Azhar dan seluruh Universiti Islam Timur Tengah selain Ribuan lepasan jurusan agama pusat-pusat pengajian tempatan yang ada di Malaysia sekarang. Namun keadaan masyarakat tak pula menjadi baik, malah semakin kronik pula. Dengan sebegitu banyak bilangan lepasan jurusan agama yang berada di malaysia, keadaan masyarakat Malaysia sepatutnya tidaklah berada dalam suasana hadhari yang menakutkan lagi menggubrakan. Tetapi sayang, keadaan memang begitu.

Bermula dari diri seorang agamawan yang mengerti batasan pergaulan dan hukum hakam kehidupan, segeralah menuju ke hadapan memimpin perubahan. Seharusnya lepasan jurusan agama malu dengan pengorbanan dan kesanggupan individu yang tidak mengkhususi pengajian Islam tetapi terlalu ghairah bersama gerakan perubahan. Sepertimana keperlukan golongan profesional dalam jentera dakwah, sebenarnya Islam dan Haraki Dakwah lebih memerlukan penyertaan semua orang dari golongan lepasan agama dengan pelbagai pengkhususan berada dalam satu saf yang jitu.

Tidaklah senang bekerja untuk Islam. Tetapi sedarilah, kesusahan itu natijahnya di Syurga nanti. Islam tidak memerlukan kita untuk menang kerana sudah dijanjikan kemenangannya. Tetapi kitalah yang rugi jika tidak langsung menjadi sebahagian batu bata kejayaan Islam yang dijanjikan tersebut. Para Ustaz, keluarlah menjengah luar kepompong anda. Robohkan tembok pemisah antara anda dengan aktiviti masyarakat. Kehadiran kita sebagai penyumbang kepada keharmonian gerakan dakwan amat diperlukan. Janganlah bersikap cepat berpuas hati dengan kerja Islam kita...


Papan Iklan : bayu mengucapkan Selamat Pulang dan Selamat dengan segala aktiviti untuk semua tetamu bayu yang berada selama 4 hari di sini. Tetamu seramai 16 orang tersebut terdiri dari 4 student Malaysia di Jordan dan 12 di Ireland. bayu memohon maaf kerana tak banyak ruang masa yang sempat diluangkan bersama mereka. Hanya mengurus mereka sekadar yang mampu. Tetapi apapun, 4 hari tersebut terlalu menyenangkan hati bayu. Menjadikan hidup bayu gembira dalam gusar. Gembira dengan cerita karenah2 mereka menyebabkan hati terhibur dalam keadaan gusar berperang dengan peperiksaan yang sangat genting.. hehehe

Pesanan Penaja : Bayu sekarang sedang berehat selepas tamat separuh masa pertama musim peperiksaan. 19hb jun akan kembali ke separuh masa ke dua... semakin GENTING !!!
alahai.....

16 ulasan:

khairunnisa berkata...

salam...
hehe...1st time nk wat kaco kt blog ni..
tanda kewujudan diri ini..
pjg sgtlah awk post..
sy baca separuh jln je sbb mcm complicated utk sy faham...hehe.jgn marah ye..
nway,gud luck n all da best utk exam awk kali ini.

tintaHati berkata...

berjuang sama yok! tinta pon bakal berjuang 19hb ni.

Pa'chik berkata...

kat sini ada juga... 18 jun... ujian buat badan kehakiman dan perundangan melaya...

khairunnisa berkata...

kpd yg lain pun selamat berjuang..
sesaje je buat kaco kt blog si bayu ni...hehe
maklumlah,muka tak malu..harap yg lain tak kisah..kte nk berkenalan..
salam perkenalan!=)

Iman Mawaddah berkata...

Salam Bayu,
Kata-kata Bayu banyak benarnya. Jika ikut pengalaman semasa pengajian dahulu, kelompok agamawan lebih senang berdakwah sesama sendiri, bersikap tertutup dan menyendiri. Ini membuatkan kelompok sekular sering memandang negatif pada kelompok agamawan. Hanya beberapa kerat sahaja yang berani keluar dari "kepompong" bercampur dengan orang lain, berdiri atas prinsip agamanya dan menyampaikan risalah dakwah yang dipegang.

Maaf jika ada yang terguris. Tetapi itu lah hakikatnya sekarang.

IndahSakura berkata...

Salam Bayu,

Dalam rehat jangan lupa buku.
Moga dipermudahkan
segalanya nanti ;)

bang_gugar berkata...

salam,

oit!..

tengah masa kosong ni..

jom la gi jalan2 rumah org..

hehehehehe

(",)

zlaa berkata...

Salam. Betul apa yang Bayu tulis. Diharap apa yang diusulkan ini menjadi kenyataan.

BaYu SenJa berkata...

khairunnisa,
ahlan wa sahlan ke blog ni... tak pe je tak larat nak baca habis pun..
tapi kalau baca sikit-sikit sampai habis lagi bagus...
hehe.. tak gitu?


tinta,
Selamat Berjuang...

pa'chik,
ujian?! isk.. boleh cerita lanjut? dah lama tak nengok dunia luar ni.. hehehe

iman,
itu la pasal, rasa sedih je.. Selalunya, kelompok ini lah yang akan menimpa kejutan budaya bila selesai zaman berusrah dulu...

indahsakura,
hehe.. doakan saya tau :)

bang,
ait..
baru nak ajak ka?
sekarang dah 'lori' dah sampai mana? huhuhu

zlaa,
hmm.. usul ini cuma sebagai ingatan kepada diri.. semoga dapat juga manfaat kepada mereka yang terlibat.

akirasuri berkata...

ustat bayu..
selamat berjuang ;)

oh oh! kelompok agama suka orang mencari mereka bukan mereka yang mencari orang untuk didakwahi. zaman Rasulullah dulu, baginda yang berdakwah dari pintu ke pintu tanpa bayaran. la ni. depa tunggu kita pi kat depa. depa menjauhi orang yang patut didakwahi...

BaYu SenJa berkata...

akira,
huhuhu...
betul cakap akira tu.. Kelompok agama harus menggauli semua jenis golongan manusia.. Mendekati, bukan menjauhi. Bukan juga mengelak diri..

hehe, bayu rasa macam kena tembak je :)

khairyn berkata...

salam bayu

akira betul tu. Yang berilmu ni kenalah lebih proaktif bukan menunggu orang datang jer. Skop pemikiran pun kena luas sebab manusia ni pelbagai jenis.

InsyaAllah bayu mudah menjawab soalan periksa

Mak Su berkata...

agamawan kena ler turun padang, kan?

BaYu SenJa berkata...

khairyn,
hm.. memang betul apa yang khairyn cakap..

Amin.. ya rob !!

maksu,
betul tu..
sepatutnya lebih dari 'padang' kena turun.. hehe

KAMARSURIA berkata...

assalamualaikumm..betul para agamawan perlu meroboh tembok pemisah..tetapi pada pandangan mata kaser yang dapat saya lihat adalah para agamawan bersikap ambil jalan mudah dengan menjalani kehidupan sendiri kerana tak mahu terlibat dengan masalah..cuba lihat jikalau mereka campurtangan mereka pula mendapat musibah..hanya mereka yang betul2 mahu berjihad ke jalan allah sahaja yang mampu menjalankan tugasan itu..soalnya siapakah orgnya itu??

BaYu SenJa berkata...

kamarsuria,
betulapa yang dikatakan tu...
Berbanding orang lain, para agamawanlah yang paling teruk ditimpa dengan pelbagai fitnah bila saja turun serius dalam arena dakwah.
Mungkin itu lah sebabnya Allah mahu naikkan darjat hambanya yang mendalami ilmu agamanya. Allah akan menunjukkan rasa sayangnya dengan menguji hamba yang disayangi-Nya. Jika Ahli agama tidak bisa melepasi ujian tersebut, maka mungkin dia tidak layak untuk digelar kekasih Tuhan...

Apa pun, para penuntut ilmu wahyu semestinya adalah yang lebih memahami hal ini. tetapi sayang, sangat kurang yang memilih jalan ini..