Selamat Datang

Khamis, 26 Mei 2011

Tazkirah Jumaat; Kempen buat baik terang-terang

Uzlah itu dari kejahatan bukannya dari kebaikan – (Ibn Al-Jauzi- Soidul Khothir)

Nabi saw pernah bersabda, “Harta yang baik itu adalah milikan orang yang baik” (HR Bukhari, Ahmad)

Nabi juga sebut “bahawa kamu meninggalkan waris kamu dalam keadaan mereka kaya lebih baik dari engkau tinggalkan mereka meminta-minta” (HR Bukhari, Muslim)

Oleh itu, Ummat Islam harus menguasai dunia. Menjuarai urusan Dunia dengan pengurusan yang mengimani hari pembalasan.

Saya mohon untuk orang-orang yang baik meneruskan agenda-agenda baik di tengah khalayak. Justeru menjadi kempen untuk ummat kembali kepada hal Islam.
Bukanlah berbuat baik itu harus disembunyikan. “meninggalkan baik kerana manusia itu riyak, dan membuat baik kerana manusia itu syirik”.

Marilah kita menzahirkan kemuliaan Islam dengan Akhlak ummatnya menguruskan dunia.

1 ulasan:

Bunga Rampai berkata...

Salam,

Redup hati membaca tulisan ini. Alhamdulillah.

Marilah kita menzahirkan kemuliaan Islam dengan Akhlak ummatnya menguruskan dunia.

Mulakan langkah dengan memahami maksud "Akhlak" - jasmani dan rohaninya.