Selamat Datang

Ahad, 6 September 2009

ziarah 'ahli syurga' - mereka perlukan bantuan Anda!

Apa perasaan anda melihat anak ini?

Alhamdulillah. Berasa insaf. Tingkatkanlah kesyukuran kita kepada Allah swt.
Kita doakan waris dan penjaga mereka diberikan ketabahan. Dalam kesusahan menjaga dan mengurus mereka yang kurang berupaya ini. Ingatlah sebenarnya mereka adalah ahli syurga kerana bersihnya mereka dari segala dosa. Semoga mereka akan memberi bantuan di akhirat nanti kepada orang yang telah membantu mereka di dunia ini.. Pasti bagi penjaga mereka yang tabah dan redho dengan Tuhan ini akan dijamin dengan kesenangan di akhirat Nanti.










Kelihatan ADUN bersama Isteri melawat keluarga ini


Adik ini berusia 18 tahun. Lelaki. Kelihatan tubuhnya tidak berisi. Ayah sudah tiada. Mak bekerja membawa lori sayur (kalau tidak silap dengar). Di jaga oleh neneknya (bertudung putih dalam gambar di bawah).



inilah ruang rumah mereka, dapur yang bersambung dengan 'ruang tamu' ditambah satu lagi bilik tidur kecil!


Bayangkan nenek yang usianya sudah lanjut, sepatutnya hanya perlu memikirkan dan menguruskan diri sendiri sahaja tetapi terpaksa menanggung sendiri cucunya ini. Terpaksa menyalin lampin si adik ini. Bayangkan, beliau akan mengusung adik ini ke bilik mandi! Si tua terpaksa menarik tikar yang melapik adik tersebut kerana kekurangan kudratnya yang sudah tidak seberapa.

Malangnya, kita mendapat berita dari nenek ini, bantuan zakatnya dihentikan. Alasan tidak tahu. Bantuan kebajikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk adik yang bergelar OKU seperti ini juga tidak diberikan.

Wallahu a'lam. Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Pantai Merdeka dan Pihak ketua kampung Hujung Matang sedang mengkaji laporan tersebut. Apa pun, bantuan peribadi segera telah dihulurkan oleh ADUN Pantai Merdeka Yb. Abdullah Jusoh setelah mendapat berita ini. Pas cawanganlah yang sedang membantu sekadar kemampuan. Namun, adik dan nenek ini masih memerlukan bantuan Anda! Tanpa mengira fahaman politik!

Tabah dan Redho sungguh nenek ini. Hanya senyuman memanjang dalam melayan kehadiran kami. cuma sesekali, terlihat kelopak matanya yang tua itu berkandung air jernih, tetapi cepat ditahannya dari menitis. Bayangkan 18 tahun si nenek tua ini tabah mengasuh dan menguruskan adik tersebut.

Di mana kita? Tidak bolehkah kalau sedikit bantuan dihulurkan kepada adik dan nenek ini?

Mana mereka yang kaya raya? Jutawan? Badan-badan kebajikan dan zakat? Syarikat-syarikat yang untungnya berjuta-juta?

Saya pasti ramai yang terdetik bersempena Ramadhan ini akan menghulurkan bantuan terus kepada beliau. Alangkah gembiranya nenek ini, jika ada orang datang menziarahi beliau.
Alangkah bagusnya kehidupan mereka ini jika boleh ditaja oleh mana-mana syarikat yang ehsan kepada hidup mereka. Alangkah baiknya kalau Pejabat zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat dapat datang melihat sendiri keadaan kehidupan mereka.

Sila hubungi Ketua Kampung Hujung Matang atau PKWR Dun Pantai Merdeka atau ADUN Pantai Merdeka sendiri untuk maklumat lanjut.

6 ulasan:

Mak Su berkata...

insaf melihat keadaan mereka, mereka selayaknya mendapat bantuan , moga tiada sekatan lagi

Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Merdeka berkata...

Salam,

PKWR bersama MKK Hujung Matang telah merujuk perkara ini ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dan alhamdullilah, bantuan bulanan JKM telah disambung semula sebanyak RM300 bagi memenuhi keperluan asas adik ini.

PKWR akan merujuk sekali lagi kepada Pejabat Zakat Negeri Kedah, masalah nenek ini yang dulunya pernah memperolehi bantuan zakat tetapi telah diberhentikan.

sekian,
PKWR Pantai Merdeka

Muhammad Iz'aan Bin Azalan berkata...

Salam ziarh kembali, selamat menjalani ibadah puasa..

IFFAH berkata...

Salam, terima kasih kerana menziarah.Selamat beriktikaf pada 10 malam terakhir ramadhan.Semoga diberi taufiq untuk bertemu lailatul qadar.Ameen.

Bunga Rampai berkata...

Salam Bayu,

Semoga Dia permudahkan segala urusan menjaga adik ini.

Tingkatkan ibadah 10 malam terakhir ini. Mudah-mudahan ketemu Layla. Amiin.

BaYu SenJa berkata...

Alhamdulillah,
Adun telah mengumumkan bahawa adik ini diambil menjadi anak angkat PKWR Pantai Merdeka.

Namun, bantuan dari org ramai masih diharapkan...