Selamat Datang

Isnin, 9 Februari 2009

Tak ada apa yang mahu diungkapkan. Pening dan celaru dengan hiruk pikuk, huru hara, kacau bilau politik tanahair.
InsyaAllah, apa yang berlaku dapat dilihat oleh rakyat. Semoga rakyat bijak menilai siapa sebenar pejuang. Siapa yang betul siapa yang tidak.
Saya ucapkan Takziah buat keluarga dan kenalan keluarga MP Bukit Gantang. Semoga Allah mencucuri rahmat dan maghfirah ke atas ruhnya. Matinya beliau dalam memegang panji perjuangan Islam. Alhamdulillah. Bagaimana pula kita yang masih hidup? Fikirlah... Baikkah penghujung hidup kita atau sebaliknya.
Untuk kerusi Bukit Gantang ini, saya juga bersetuju jika Pas melantik YAB DS Nizar sebagai calonnya. Dan adalah lebih wajar jika BN meletakkan Dato Dr. Zambry sebagai calon mereka. Alangkah hikmahnya Allah mengatur. Kita serahkan kepada rakyat samada rakyat mahu Nizar terus memerintah atau bersetuju dengan MB Haram yang baru dilantik dengan pertarungan yang diatur oleh Allah. Jika Dun tidak mahu dibubarkan, maka sekarang, nah, Allah memberi satu medan yang terbuka secara sah dan tidak dapat tidak mesti diisi. Ayuh wahai Pas dan BN, letakkanlah Nizar dan Zambry untuk kita melihat siapa yang diperkenankan oleh rakyat. Petanda jelas jika Nizar dan Zambry dapat bertanding. BN jangan jadi pengecut untuk tidak meletakkan Zambry. Pas pula berpeluang menilai samada rakyat masih berpihak kepadanya atau sebaliknya.
Akhirnya, Saya juga ingin mengucapkan syabas kepada Arumugam kerana mengambil tindakan yang paling tepat. Tindakan yang tidak menggadai maruah. Untuk makluman semua, rumah saya terletak di dalam dun Bukit Selambau. Namun, kami sekeluarga bukanlah pengundi di Dun tersebut.
sebelum terlupa, Selain dari ADUN Bukit Selambau, semua ADUN lain harus dipertingkatkan kawalan keselamatan terhadap mereka. Pastikan jentera parti bertugas sebaiknya. Pastikan isu keselamatan yb-yb kita tidak lagi mengganggu urusan parti dan kerajaan untuk mentadbir. Kerja BN yang jahat ni, tak lain hanya untuk mengganggu kestabilan pentadbiran.

4 ulasan:

CerminDiri berkata...

salam kehidupan,

rasanye tak sesuai letak nizar, ni gelanggang taktik dan perancangan. bukan gelanggang membalas dendam.

walid_umi berkata...

mungkin selepas ini masyarakat semakin mahu mengambil peduli apa yang terjadi di depan hidung sendiri...

Muhammad Hafizan bin Abd Hamid berkata...

ada hikmah di sebalik kejadian..
smg kmanangan terus berpihak kpd Islam..amin..
slm juang

mohdariqsalem berkata...

hi,can we exchnage our banner,if u done have banner i still can post yur link,please let me know after it done,thank

http://www.riqzmiecreation.blogspot.com/