Remuk perasaan. Kecewa. Sedih. Malu. Benci.
Apa pun, lafazkanlah syukur pada Allah. Pasti ada sesuatu yang mahu diajar Tuhan buat kita. Kita merancang. Kita berusaha. Namun rancangan Tuhan adalah yang terbaik buat kita. Allah tidak pernah zalim kepada orang yang beriman dan soleh.
11 bulan sesuatu yang sangat berharga buat Pakatan Rakyat terutama Dato Seri Nizar. 11 bulan ini memahamkan beliau erti sebenar politik. Kotornya politik. Lebih kejam dari Along. Undang-undang pun tipu. Perlembagaan pun sama taraf dengan surat khabar bungkus nasi lemak sahaja. Maknanya, politik ala zionis ini tak ada pembelaan kepada hak milik benar. Mungkin bila pengadil yang beraksi merupakan pengadil boneka ataupun pengadil dayus, maka mungkin lebih baik bertarung tanpa pengadil. Tak perlu ada peraturan dan boleh main macamana suka. Biarpun tidak beretika.
Ops, ‘pengadil’ yang saya maksudkan bukanlah Istana Kinta, tetapi SPR. Sungguh! Namun, kalau anda mengatakan ‘pengadil’ tersebut ialah pihak istana, Terserah.

Pengajaran dari rentetan kisah duka ini, saya melihat inilah merupakan silsilah (episod) ujian dalam perjuangan. Dalam entri yang lepas, Fitnah Kemenangan, saya menyebut bahawa dalam ujian mengurus kemenangan, golongan munafik dalam perjuangan akan timbul. Oleh itu, jangan tersalah memberi panji-panji kepada golongan munafik. Akibatnya, binasa.
Ya, itu sejarahnya. Inilah pengajaran penting buat Pakatan Rakyat. Tidak salah Nizar kerana melantik 2 badut itu menjadi exco kerana itu pilihan partinya. Nak tuding jari rasa bagai tidak patut. Tetapi itulah hakikatnya. PKR harus belajar dari sejarah hitam ini. Pastinya rakyat yang mahukan perubahan melihat PKR dengan pandangan yang tidak lagi meyakinkan. Mengecewakan. Belajarlah.
Sudah ramai yang menyebut kualiti dan krediiliti calon PKR. Bukan kepada kelulusan akademik sahaja, tetapi lebih dari itu ialah harus menitikberatkan prinsip, jati diri dan aqidah politik yang tidak boleh digugat dan dijual beli. PKR dilihat tidak serius memilih calonnya. Ya. Itu ajaran pertama buat PKR. Mungkin 10 tahun masih terlalu muda dengan ranjau politik Malaysia. Harapnya tidak terkubur awal seperti Semangat 46. Calon-calon seperti ini tidak faham erti harga diri, tak faham erti perjuangan, tak erti dasar perjuangan, tak faham erti ujian, tak faham erti pengorbanan. Lalu, memangmudahlah mereka dibeli bak hamba abdi. Malah lebih hina dari hamba abdi.
Dari satu sudut lain pula saya lihat proses rejim Umno menggulingkan PR di Perak ini merupakan Hikmah yang Allah mahu memperlihatkan kepada kita betapa politik Pas merupakan satu perjuangan yang penuh berprinsip. Ada akhlak. Petunjuk awal kepada PKR dan DAP. Ya, mereka ada perjuangan, tetapi aqidah perjuangan mereka tidak seperti Pas. Alhamdulillah. Pas berjuang dengan perjuangan yang sentiasa mendamba keampunan Allah. Politik yang mengharap bantuan dari Allah. Hubungan ketuhanan itu asas utama. Ahlinya ditarbiyah. Parti yang ada disiplin. Oleh kerana perjuangan Pas ada prinsip dan disiplin, Pas ada kelebihan kerana ahli-ahlinya ditarbiyah. Diri menjadi mulia.

Alhamdulillah, pengkhianatan yang menumbangkan kerajaan Perak bukan disebabkan Wakil Rakyat dari Pas. Semoga PKR belajar Tarbiyah. Memperluaskan keahlian baru itu penting, namun mengawal dan membentuk ahli yang sedia ada untuk taat dan berprinsip itu lebih penting. Pengajaran buat Pas, Tambahkan kualiti tarbiyah. Titikberatkan calon yang memang berkualiti dan kemas pegangan prinsip perjuangannya.
Saya juga ada sebut, Tak usahlah bermain politik angkuh dan riuh. Ungkap pelbagai rancangan. Sekian-sekian tarikh akan berlaku sekian-sekian kejadian. Sudahlah tidak tepat dengan ajaran Tuhan supaya sandarkan segala perancangan kepada izin Allah, Malah mendedahkan stratetegi kepada umum itu bukanlah tindakan cerdik kerana ia seperti memberi peluang musuh bersedia. Sebab itu saya sebut, Tak perlu amalkan POLITIK ANGKUH DAN RIUH.
Lagi, kejadian ini juga mengajar Dap supaya tidak lagi angkuh sebaliknya belajarlah menghargai pandangan orang dan menghargai jasa orang. Hormatilah prinsip rakan dalam gabungan. Hari ini anggota Dap sendirilah yang merosakkan dan merobohkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Pantang ada kerajaan cadangan Pas yang baik tetapi berwajah Islam, pasti Dap bersuara garau membantah. Dap tak lagi dilihat memperjuangkan Malaysian Malaysia, tetapi Chinese Malaysia dalam isu-isu berbangkit termasuk isu Kuota perumahan di Kedah. Saranya Tidak menghormati dan beradab dalam bersahabat.

Dalam pada itu, saya pula berfikir sendiri, adakah ini merupakan strategi Anwar yang dikatakan ahli politik terhebat di Asia? Atau strategi yang menyebabkan pisau makan tuan? Wallahu a’lam..
Kenapa entri ini tak kata kat Umno?
Sudahlah, yang jahat tetap jahat walaupun tidak disebut. Tak guna dok sorak depa jahat. Sebab mereka rasa mereka baik. Benar perumpamaan Adun Wakaf Mempelan (Abd. Wahid Edut) dalam siding dewan ketika Pas menjadi kerajaan Terengganu tempohari, Umno-Bn ni macam Israel / yahudi. Ya, Yahudi /Israel sanggup membunuh ribuan umat Islam kerana mereka anggap kerja itu baik dan taat. Begitulah Umno-BN. Mereka sanggup guna taktik yang paling busuk kerana pada hidung mereka itu sangat wangi.

Saya sebenarnya semakin takut menunggu mac ini. Benarkah Najib bakal menjadi PM. Bagi saya biar saja Paklah terus menjadi PM. Sekurang-kurangnya beliau masih ada jiwa manusia. Paklah dan lain kepimpinan BN nampaknya tidak gembira dengan rampasan kuasa di Perak. Parti komponen lain pun sepi saja. Yang beriyanya cuma Najib, SPR, Polis dan sekadar dua tiga kerat pimpinan Umno di Perak. Saya amat bimbang orang yang didakwa penjenayah menjadi PM. Paklah walaupun Umno, tetapi beliau serahkan kerja jahat ini kepada Najib. Sebab Paklah masih bersifat manusia. Tidak sampai hati melakukan kerja jahat. Najib, mungkin kerana memang tabiatnya bekerja jahat, maka urusan ini sangat mudah.. Tidak tuduh. Sekadar telahan.
Hebatnya Najib. Baru beberapa hari menjadi ketua di Perak, sudah dapat tumbangkan Kerajaan yang sah di Perak tanpa etika. Hebat sungguh Najib menggunakan seluruh jentera. Polis yang sudah menjadi barua umno selama ini semakin menjadi-jadi rasa bongkak menjadi Barua. SPR pun turut jadi Barua. Mungkin Najib patut membayar saguhati lebih mahal kepada Pengerusi SPR daripada harga yang ditawarkan kepada 4 orang pengkhianat yang menyertai mereka. Jasa SPR dalam menumbangkan Pakatan Rakyat di Perak sangat besar dan berkesan. SPR pun turut bertarung dengan PR. Tahniah.
Saya syorkan SPR didaftar sebagai sayap Umno. Nanti PRU 13, kita bertarung secara sihat.
P/S: kalau anda pula ingin mencadangkan supaya Istana Kinta, Perak juga didaftarkan sebagai sayap Umno, Mungkin boleh kita fikirkan semula...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan