Maaf kerana lama menyepi. Sudah 2 bulan ruang ini ditinggalkan. InsyaAllah kembali...
Saya tiba di Damascus pada 28 November setelah bercuti di Malaysia hampir 4 bulan. Setiba di Syria saya sibuk dengan urusan kelas yang tertinggal kerana kelewatan kembali dari bercuti. Sibuk juga dengan pendaftaran tahun baru di 2 tempat pengajian yang sedang saya ikuti. Sibuk
lagi dengan urusan meperbaharui Visa dan sampai sekarang urusan masih tidak selesai. Sekarang pula saya sedang hadapi peperiksaan penggal pertama. Doakan saya yaa..
InsyaAllah, selepas ini saya akan sentiasa melihat ruangan ini kerana usaha membawa masuk internet ke rumah saya di sini telah pun berjaya...internet cuma di hujung katil..hehe.
Sebenarnya, banyak yang terbuku di dada dan di desktop komputer saya untuk saya kongsikan. Terutama Isu Gaza...
Semoga Allah memberi kemenangan terdekat kepada mujahidin di Gaza.
"Allah menurunkan Fitnah kepada Ummat dengan maksiat yang dilakukan oleh kita, jadi marilah bersama kita bertaubat..semoga dengan Taubat kita, Fitnah dan Bala kepada Ummat segera diangkat oleh Allah swt.."
2 ulasan:
Semoga awak berjaya insyaAllah.... terus bersama jemaah!! Takbir!!!
Salam Bayu,
Banyak perkara yang berlaku namun banyak pula perkara yang hendak difikirkan .. semoga sukses selalu ye?
p/s: teratak baru akak ni
Catat Ulasan