Selamat Datang

Rabu, 20 Ogos 2008

Harga minyak dunia dah turun.. Malaysia bila lagi??!!

Mengapa MUDAH DAN CEPAT NAIKkan Harga Minyak, Tetapi SUSAH dan LAMBAT nak TURUNkan??

Bila harga minyak dunia naik baru-baru ini, dengan tidak berfikir panjang pimpinan BARISAN NASIONAL langsung saja menaikkan harga minyak tanpa berlengah dan memikirkan nasib rakyat yang derita.

Namun bila kita mendengar khabar, harga minyak dunia sudah menurun..Kerajaan Barisan Nasional tidak pula segerakan penurunan harga minyak mengikut perkembangan harga minyak sedunia. Alasan yang diterima adalah teknikal dan mungkin memerlukan kajian. Sudah berapa hari harga minyak dunia turun? kenapa perkembangan yang sama tidak dirasai oleh rakyat Malaysia yang dipimpin oleh BARISAN NASIONAL yang tidak peduli nasib rakyat?

Di mana keikhlasan BARISAN NASIONAL dalam membantu rakyat. Kenapa biarkan rakyat menderita menanggung harga minyak yang tinggi sedangkan rakyat di negara lain sudah mula menikmati harga minyak yang diturunkan.

Di sini jelas, matlamat asal harga minyak dinaikkan oleh Barisan Nasional dahulu ialah untuk mendera rakyat yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihanraya ke 12 baru-baru ini.

Kenapa BARISAN NASIONAL menjadikan kebajikan rakyat sebagai kambing hitam dalam kepentingan politik mereka?

2 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Kalau dah nama BN, jangan harap-Lah akan turun. Makin naik lagi ada-Lah.

Hmmmmmmm....

Izariza berkata...

Sebab bila jatuh rasa sakit :P