Haul Tarikh pemergin Almarhum Syeikhuna, As-Syeikh Niamat Yusof akan tiba lagi pada 13 rejab yang akan datang. Tahun ini 13 rejab jatuh pada 16 julai 2008.
Ayahanda Syeikh Niamat telah kembali ke rahmatullah pada 13 rejab 1425 hijrah yang lalu.
Bayu masih ingat lagi hari pemergian beliau ke sisi Allah s.w.t. waktu itu kebanyakan pelajar balik bercuti. Seminggu lamanya cuti yang diberikan oleh sekolah. Waktu Dhuha pada hari 13 rejab tersebut, bayu mendapat panggilan dari seorang kawan memaklumkan kewafatan Tuan Guru kami tersebut. Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Alor Setar.
Sejurus dapat panggilan tersebut, bayu teus bersiap dan bergegas dengan motor kris milik abang yang baru seminggu dibeli. Selalunya kalau pergi ke Derag dari Sungai Petani dengan meniki motor secara biasa yang dibawa oleh bayu, mungkin mengambil masa hampir sejam setengah. bayu agak kurang berani memecut sebab terlalu ringan untuk ditolak angin :) Tetpi 13 rejab itu, bayu tiba di Derang hanya hampir sejam sahaja dari Sungai Petani. Air mata tak putus semasa menungguang motor ketika itu. Mujut helmet yang dipakai ada cermin hitam. Tidaklah pengguna jalanraya lain nampak esakan bayu ketika itu.
Sesampai bayu di Derang, jenazah baru juga sampai ke rumah beliau. Maka berpusu-pusulah murid-muridnya, kenalan dan orang rmai masuk memberi peghormatan terakhir. Dan tak kuang ramainya yang sempat mengucup dahi jenazah Tuan Guru. dengan hanya mendapat berita dari sms dan telefon dari kawan-kawan sekolah Kampung Derang dipenuhi ratusan malah hampir mencecah ribuan orang. Murid-murid yang balik bercuti semuanya bergegas ke Derang.
Petang itu, sekolah mula dipenuhi oleh pelajar2. Mereka yang di Selangor, Perak, Kelantan dan sebagainya sudah tiba dengan keluarga masing-masing. Suasana sekolah seakan bukan di hari cuti. Hampir semua pelajar ada di sekolh ketika itu.. Demikianlah bukti cinta dan kasih kami kepada Tuan Guru kami, Almarhum Ayahanda Syeikh Niamat Yusof.
Terkenang bayu kepada siri-siri kelas mantik dan tauhid beliau. Terkenang juga pengajian Talaqqi bliau pada setiap hari ahad dengan kitab "siarus salikinnya", masih terkenang kukuh ingatan bersama beliau dalam program2 lain. Masih segar wajahnya yang manis. Masih segar guraunya yang mencuit hati. Masih terkenang rupanya yang garang pada waktu-waktu tertentu. Masih terkenang kisah minum petang bersama beliau. Ayahanda Tuan Guru sangat meminati bubur qasidah....
semuanya sekarang dalam kenangan.
Beliau pergi ke sisi Rabbul Izzati di tahun bayu menjadi ketua pelajar di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang. Bayu sentiasa berdoa agar bayu diberi kekuatan, kemampuan dan jalan untuk meneruskan perjuangan yang telah beliau asaskan di Maahad Tarbiyah Islamiah Derang...
Jasadnya sudah tiada lagi, tetapi roh perjuangannya masih segar mengalir dalam uarat-urat generasi seterusnya..
Alfatihah untuk roh Ayahanda Tuan Guru, Syeikh Ustaz Niamat Yusof..
4 ulasan:
Al-Fatihah. Moga aman di sana...
P/s: Bayu dah pulang ke tanahair ka?
tinta,
bayu masih di syria..
akan pulang bercuti dan insyaAllah akan kembali ke syria kembali :)
Alfatihah.
Bubur Qasidah? Kegemaran akak juga. Semua tinggal kenangan bila mak saudara yang tukang masak bubur qasidah pun baru meninggal dunia juga. Sob..sob..
Catat Ulasan