Dah selesai sehari penamaan calon, 13 hari berkempen, satu hari pilihanraya dan sekarang sudah 9 hari dunia mengetahui keputusan PRU ke 12, bayu sedang mengira hari untuk pulang ke Syria. Rasakan bagai tidak letih perjalanan yang memakan masa hampir 2 hari pulang ke Malaysia bila dapat bersama dengan rakyat negeri Kedah Meraikan dan mengalu-alukan kerajaan baru di bawah Pas dan PKR.
Pelbagai pengalaman baru yang sangat indah dapat diukir kali ini. Antaranya yang mungkin terpahat lama dalam ingatan ialah pengalaman pertama berceramah di khalayak kaum india-hindu, pengalaman orang tidak layan dan buat tak peduli bila berceramah, pengalaman mendapat tepukan gemuruh bila berceramah, pengalaman bertemu para pengundi yang pelbagai, pengalaman menyambut kemenangan setelah kian lama dinantikan, pengalaman menyambut kerajaan baru dan yang penting pengalaman melihat dominasi Barisan Nasional terhadap kuasa demokrasi negara tercalar hebat dengan rekod terburuk mereka pada kali ini.
Buat masa sekarang, badan terasa sangat letih bila terpaksa berhadapan dengan kenduri kesyukuran yang sangat banyak. Macamana la agaknya YB kami. semoga Allah panjangkan umurnya dalam khidmat dan amanah. Ini la perjuangan, kalah pun buat kenduri..apatah lagi bila menang kali ni...semuanya rasa manis :)
Tahniah buat rakyat negeri Kedah. Tahniah juga buat Rakyat Malaysia keseluruhan...
insyaAllah kita sedang menunggu suatu berita yang bakal mengejutkan Malaysia dan Dunia sekali lagi dalam masa terdekat ini....
3 ulasan:
Tahniah buat bayu kerana dapat mengutip pengalaman2 macam ni. Bagus untuk melatih diri. InsyaAllah.
kami pun sibuk membuat plan nak 'meraikan kejayaan'. Macamlah kami ni YB yang menang hahaha
salam kehidupan,
mai cepat woi....periksa nak dekat dah. barang jangan lupa beli yek...
bawa cd ceramah sekali kalau ada.
bayu nak tengok aktiviti YB? jenguklah azridulblog.
Catat Ulasan