Selamat Datang

Ahad, 24 Februari 2008

PAKLAH BADAWI AL-TIDURI AL-HADHARI : Tidak ada can nak jadi Ketua Pembangkang

Saya tertarik dengan berita Harakahdaily hari ini. "Jadikan Abdullah (badawi) sebagai ketua pembangkang"

Apa yang lebih tepat sebenarnya ialah "Pilihanrya 12 akan menamatkan karier politik Paklah di Parlimen" sebab kita melihat arus dan gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak dan mengajar Perdana Menteri yang suka dan banyak tidur itu. Kita percaya rakyat Kepala Batas tidak lagi akan mengizinkan paklah al-tiduri untuk menganggotai parlimen kepala batas selepas 8 mac 2008 ini. Kita percaya dengan rakyat bahawa kali ini suara rakyat akan memutuskan supaya paklah al-tiduri al-hadhari bukan lagi Perdana Menteri slepas 8 mac 2008 ini malah bukan juga Ketua pembangkang kerana rakyat akan menolak dan menyerahkan kerusi Parlimen Kepala Batas kepada orang yang boleh berjaga dan berbahas di Parlimen membawa suara rakyat. Rakyat akan mengembalikan Paklah supaya boleh tidur di rumahnya sahaja. Rakyat Kepala Batas semakin bijak untuk tidak lagi memilih wakil rakyat yang hanya makan gaji berjuta-juta dengan kerja tidur semata-mata !!!

1 ulasan:

tintaHati berkata...

alhamdulillah Kedah ditawan walaupun Kepala Batas dalam genggaman...InsyaAllah akan datang rakyat akan semakin sedar bila mana pembangkang yang memerintah Kedah sekarang dapat menjadi role model pemimpin yang baik...