Selamat Datang

Selasa, 16 Oktober 2007

bayu senja menyokong.. "Kuan Yew Memang Biadap"

saya tertarik dengan kenyataan Media Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) terhadap kebiadaban Kuan Yew... sendiri yang ada kurap mau tuduh orang lain pulak !!

di sini bayu ambil lekatkan kenyataan haji Azmi tersebut.
Semoga kita dapat berfikir dan bertindak wajar dengan negara merdeka !!

anda dapat ikuti episod2 kenyataan media Presiden Teras melalui
http://temanteras.wordpress.com/

KUAN YEW AMAT BIADAP

Kenyataan Media13 hb Oktober 2007


TERAS membantah keras kenyataan menteri kanan Singapora Lee Kuan Yew dalam sebuah temuramah beliau di Amerika yang benar-benar menunjukkan kebongkakkan beliau dan pendirian beliau terhadap Malaysia.

Beliau menyebut bahawa Singapore boleh mempertimbangkan untuk menyatu semula dengan Malaysia dengan syarat kaum Cina dan India dilayan sebagai rakyat yang sama darjat dan peluang pendidikan diberi kepada kaum tersebut. Kenyataan ini jelas merupakan suatu kecaman kepada Malaysia dengan tuduhan yang serius seolah kaum Cina dan India sedang ditindas di negara ini.

TERAS tidak berminat untuk melihat kemungkinan Singapore bergabung semula dengan Malaysia . Kenyataan Kuan Yew bahawa Singapore ditendang keluar dari Malaysia itu sendiri adalah suatu kenyataan yang sangat bebal dan salah samasekali. Pada hakikatnya Kuan Yewlah yang telah memberi tekanan kepada Tengku Abdul Rahman untuk meminta keluar dari Malaysia.

TERAS sebaliknya berpendirian bahawa Singaporelah yang perlu membuktikan apakah layanannya ke atas bangsa Melayu itu adil berbanding dengan kaum Cina di negara tersebut . Siapa yang tidak tahu diskriminasi terhadap kaum Melayu di Singapore dari segi jawatan dalam kerajaan , ketenteraan dan pelbagai peluang ekonomi dan pendidikan. Orang Melayu tidak dilayan samarata dengan kaum Cina di negara itu.
Oleh yang demikian apa asas Kuan Yew mengeluarkan kenyataan bahawa kaum Cina dan India di tindas di negara ini? Apa bukti beliau untuk bahawa kaum Cina sengsara di negara ini? Apakah beliau hendak menafikan bahawa orang bukan Melayulah yang sebenarnya menguasai kekayaan negara ini.Bagaimana mungkin mereka dianggap tertindas sedang pemilikan hartanah dinegara ini terutama di bandar-bandar bukan berada ditangan orang Melayu.

Celuparnya mulut Kuan Yew bukan suatu yang baru. Sementara dia tahu bahawa kekayaannya sebagai ekonomi yang kuat di rantau ini adalah bergantung dengan sumber dari jiran-jirannya. Siapa tidak tahu betapa banyak wang yang disimpan oleh kaum Cina Indonesia di Singapore. Beliau cukup mengerti betapa ekonominya akan mudah runtuh jika jiran-jirannya mengambil sikap tegas terhadap Singapore.

Sementara itu kita juga tahu strategi Singapore yang menjadi proksi kepada Amerika dan Israel dirantau ini.Keinginannya untuk berbaik dengan negara jiran adalah suatu skima yang besar dalam skima Amerika untuk mengawal kawasan ini.

TERAS dengan ini menuntut supaya sikap yang tegas terhadap Singapore perlu ditunjukkan oleh Malaysia . Malaysia tidak boleh membiarkan kebiadapan Singapore melalui Kuan Yew yang tidak pernah senang dengan jirannya.


Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS Penupayaan Melayu.
Merbok , Kedah

4 ulasan:

Pa'chik berkata...

selamat hari raya bayu..
alah.. singapura bukan best sangat pun... kalau kita berjaya amankan pattani, dan buleh potong segenting kra tuh... tau la nasib depa... tak dak sapa nak lalu..
tapi pasai oghang Islam kot sini, kughang ceghedik sikit.. termakan provokasi orang kapir dan terpedaya ngan helah amareka... tu yang sampai la ni dok huru-hara saja selatan siam tuh... ia mula bergolak hebat selepas mantan pm berura-ura nak potong segenting kra tu lah...

BaYu SenJa berkata...

tu la pa'chik...
awat la orang melayu kita ni lambat nak cerdik?!
orang islam kot la ni pun sama.. tak brapa nak kesah hal2 mcm ni...


hmm..
selamat aidil fitri :)
kullu am wa antum bi khair

Butaseni@Wan Raja berkata...

dia seoleh-oleh memberi syarat untuk kembali keMAlaysia,macam kita yang jemput.dia yang terhegeh-hegeh.ini adalah satu provokasi untuk memecah-belahkan negara kita.
negara kita kan baik hati,kalau aku....sekat ja air ke pulau tu.

BaYu SenJa berkata...

butaseni..
huhu..
sokong !!