Selamat Datang

Rabu, 29 November 2006

Surat buat FarSha

Menjadi pemendam rasa..

Sebulan menjadi pemendam amat memedihkan naluri dan emosi. Namun desakan dan keadaan membuatkan saya terpaksa menanggung bebanan ini.

Saya bukanlah jenis manusia yang kuat dan tabah menyimpan rasa. Bila hati berbicara pasti lidah mengungkap kata.

Sebulan ini kurang lebih saya telah bertukar rupa. Terpaksa menjadi manusia jadian lain peranan. Kalau ikutkan hati ini, mahu saja dibiar barah memakan rasa. Tapi akal menjanjikan suatu logikal bahawa selagi dipendam semakin diperkasam.. keadaan yang harum mendikit menjadi masam. bicara akal, luahkan saja..biar pedih sekarang,namun menjamin kemanisan berpanjangan.

Namun terfikir sekarang, bila keadaan sudah agak lewat, bila bebanan rasa telah diungkap kata, kadang kadang menjadi pemendam rasa adalah lebih baik dari suka melafaz kata. Biar terpaksa berpura. Kerana diri ini lemah amat menanggung derita ini. Mata yang berat pun tak mau lagi berehat. perut yang lapar juga tak dipeduli lagi. Kaki melangkah ke merata tanpa ada tujuan. Diri berasa keseorangan. Semangat melayang tak pulang pulang.

Saya menanggung duka derita bila hati terlalu berat menanggung pelbagai persoalan tanpa penjelasan.
Sekarang menanggung pula derita bila Kesal meminta penjelasan.

9 ulasan:

Indah Sakura berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Indah Sakura berkata...

memendam rasa...jiwa terseksa..hati merana..lebih baik lontarkan saja luahan rasa..
Salam blog..

nieys berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
nieys berkata...

salam perkenalan.. semoga segala perasaan akan terubat di dalam blog.. :)

http://nieyszahri.wordpress.com/

Ismi : Arjuna berkata...

Assalamualaikum..
Dekatkan diri padaNYA..pasti akan mendapat syifa'NYA..jangan putus asa..andai apa yang di alami datang dariNYA..pasti penyelesaian ju dariNYA..yakinlah!salam syifa'..

Jiwa Rasa berkata...

Salam.

Kalau FarSha tak nak, carilah TarSha ke, MarSha ke... :)

bayu senja berkata...

indah sakura,
terima kasih.. sudikah indah sakura mendengar luahan rasa?

nieys,
InsayaAllah..jika dengan bantuan kalaian.
Salam perkenalan

Arjuna,
Itulah syifa' yang paling mujarab. Semoga hati tidak terungkai ikatan dengan mahabbah Allah

jiwa rasa,
FarSha terlalu penting..
TarSha dah macam Ayam bunyinya..(Taza):)
si MarSha plak, takut hantu...

Indah Sakura berkata...

bayusenja :
seandainya luahan rasa boleh mengubati jiwa yg terseksa..ape salahnya luahkan saja apa yg terbuku didada...

bayu senja berkata...

indah sakura,
Terima Kasih, kesudian anda amat Bayu hargai. InsyaAllah..
Semoga kita menjadi sahabat sebaik saudara sendiri :)