Selamat Datang

Selasa, 30 September 2008

Tazkirah Aidil Fitri.

Hari ini adalah hari seluruh umat Islam bersatu melaungkan kebesaran Allah Azza wa Jalla . Ia merupakan laungan kesyukuran dan penghambaan kepada Tuhan yang satu yang telah mengurniakan segala bonus lumayan di sepajang Ramadhan. Laungan yang penuh dengan tahmid dan tauhid ini adalah sebagai menyatakan kesyukuran setelah umat islam berjaya menjadikan Ramadhan yang telah kita lalui sebagai madrasah yang mengembalikan kita kepada asal fitrah kita sebagai hamba yang akhirnya membawa kita mendukung segala tanggungjawab kita sebagai hamba di hadapan Allah s.w.t.

Oleh sebab itu, hari ini umat Islam dianjurkan untuk berpakaian yang baru, berkunjungan, berpesta dan berhibur untuk menghidupkan suasana ceria dalam sambutan hari besar umat Islam ini. Namun hiburan dan keceriaan yang kita maksudkan bukanlah hiburan melampau dan sesat seperti yang disediakan oleh kebanyakan media dan televisyen saban tahun. Pengisian raya yang menderhakai Allah dengan rancangan2 yang tidak mengajak kepada kebesaran Allah dan rancangan mungkar yang tidak ketahuan telah mencemarkan sambutan kita meraikan kemenangan kembali kepada fitrah dalam menjunjung segala perintah dan menjauhi segala larangannya

Firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 185:

Ertinya : dan supaya kamu menyempurnakan puasa di hari-hari Ramadhan, lalu kamu hendaklah membesarkan Allah dengan takbir dan tahmid kerana telah mendapat petunjuknya di bulan Ramadhan. Semoga kamu bersyukur.


Rasulullah saw dalam hadis riwayat At-tobarani menyebut;

Ertinya: hiasilah hari raya kamu dengan laungan Takbir membesarkan Allah.

Eidul Fitri ini sangat besar dalam erti menghidupkan jiwa kehambaan kepada Allah. Rasulullah saw bersaba di dalam riwayat ibnu majah:

Ertinya : Sesiapa yang menghidupkan malam hari raya dengan penuh mengharapkan keredhaan Allah maka hatinya tidak akan mati sebagaimana matinya hati-hati mereka yang kufur dan ingkar pada hari dimatikan hati-hati manusia.


Oleh itu, janganlah Eidul Fitri kali ini kita mencemarkan ibadah raya ini dengan tertipu dan terpana dengan rancangan mungkar yang disediakan oleh media. Media dan televisyen seharusnya bertanggungjawab menghormati hari raya dan umat islam itu sendiri dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.

Launagan takbir dan tahmid yang kita sorakkan sempena Aidil fitri ini juga merupakan laungan kemenangan Islam Agama suci ke atas gabungan musuh yang menentang Islam. Sebuah kemenangan yang berpaksi kepada ajaran tauhid , mengesa dan mengagongkan Allah Jalla wa A’la .

“ Tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah Tuhan Yang Maha Esa , Tuhan Yang Telah benarlah JanjiNya , Tuhan Yang Telah Memberi Kemenangan kepada HambaNya dan Tuhan Yang telah Memberi keperkasaan kepada TenteraNya dan Tuhan Yang telah Membinasakan Tentera Ahzab dengan segala keEsaanNya .
Tiada Tuhan Yang layak disembah melainkan Allah dan Allah adalah Tuhan Yang Maha Agong……….. Allah Tuhan Yang Maha Agong dan kembali kepada Allah segala Kepujian “.


Selain itu laungan ini juga mengajak kita menginsafi hakikat kejadian manusia di muka bumi selain mengajak manusia kembali kepada asal fitrah manusia sebagai hamba yang sepatutnya menjunjung segala amanah dan perintah Allah selain menjauhi segala larangan Tuhan Sang Pencipta.

Sedarkah kita bahawa umat semakin tenat?

Ibubapa sibuk memburu kemewahan dunia sehingga anak terabai tanpa didikan dan asuhan yang sempurna. Hilang kasih sayang , lekang kemesraan dan hancur adab susila . Keluarga sedemikian hanyalah melahirkan anak yang liar tanpa kawalan , isteri durhaka tanpa rasa hormat kepada suami dan ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab dan dayus tanpa rasa bersalah.

Golongan remaja pula mereka hanya dilingkari hiburan dan rakan sebaya yang tidak membantu pertumbuhan jati diri yang berwibawa dan bertaqwa . Masa depan mereka tidak terarah kepada positif. malah ramai yang terjebak dalam dunia maksiat yang keji dan jenayah yang jijik. Mereka menyumbang kepada peningkatan taraf index jenayah yang menggugat rasa aman dalam Negara.

Bukan kata golongan remaja sahaja yang bermasalah, tetapi golongan tua dan veteran yang diharap sebagai pembimbing juga terlalu banyak yang terlanjur dengan gejala yang membimbangkan. Pendek kata, semua lapisan masyarakat berhadapan dengan keruntuhan akhlak dan krisis agama yang sangat membimbangkan. Jika keadaan ini tidak disedari dan diberi perhatian oleh kita semua, kita bimbang keadaan ummat islam yang semakin tenat ini akan bertambah hancur.


Bersempena eidil fitri kali ini, marilah sama-sama kita menginsafi segala ketelanjuran kita di hadapan Allah dan saling merenung kesilapan kita sesama makhluk Allah.

Eidul Fitri ini bukan sekadar harus dipupuk semangat bermaafan sahaja, Malah bagi mereka yang mampu dianjurkan membantu golongan yang kurang senang untuk sama-sama menyambut Eidul Fitri dengan penuh kegembiraan. Namun harus diingat, lebih dari itu marilah bersempena Eidul Fitri tahun ini kita menghidupkan kembali suasana Amar Makruf Nahi Munkar dalam kehidupan bermasyarakat. Sesungguhnya adalah tanggungjawab dan amanah kita bersama membetulkan segala kesilapan masyarakat kita.

Apakah kita layak menyambut Sambutan Besar umat Islam kembali kepada asal fitrah sebagai hamba Allah yang suci bersih dengan rahmat, pengampunan dari segala dosa dan pembebasan dari Azab neraka Allah yang kita telah dilatih sebulan Ramadhan ini?

Marilah bersempena Eidul Fitri ini, kita merenung suatu kaedah dan cara yang boleh kita ambil dalam pelbagai ruang dan kesempatan untuk mengembalikan masyarakat Islam kepada ajaran Islam yang betul. Marilah sebagai ibu atau bapa, sebagai guru, pendidik atau seumpamanya, sebagai anak-anak dan adik beradik, sebagai teman-teman dan sahabat-sahabat dan sebagai anggota masyarakat, kita berfikir bagaimana untuk kita bersama mengangkat maruah Islam yang kita sendiri telah rendahkannya. Marilah kita berfikir bagaimana mahu menyelamatkan anak-anak, saudara mara, sahabat handai, jiran tetangga dan masyarakat kita dari terus hanyut sesat dalam kancah gejala sosial, akhlak dan aqidah umat akhir zaman hari ini.


Akhirnya, marilah sempena Eidul Fitri kali ini sama-sama kita merenung sepotong ayat Al-Quran untuk mengisi sambutan dan pesta manusia kembali kepada fitrah insani sebenar yang tidak tercemar.

Toha ayat 124 – 128.

" Barangsiapa yang berpaling tadah dan tidak mengikut Preingatanku (ALLAH) dari kitab Al-quran maka baginya kehidupan yang pincang lagi kelam kabut. Dan Kami (Allah) akan himpunkan orang tadi pada hari kiamat nanti dalam keadaan buta.
Lalu berkatalah orang tersebut : Wahai Tuhanku mengapakan engkau bangkitka aku dalam keadaan buta sedangkan dulu di dunia aku dapat melihat?

Allah menjawab : Begitulah jadinya. Sebenarnya telah dating kepada kamu peringatan dan ayat-ayatKu tetapi kamu sengaja melupainya. Maka sepertimana kamu biarkan dan tinggalkan ayat-ayatku, hari ini kami pula yang akan membiarkan kamu. Demikian juga kami akan membalasi sesiapa yang melampau dan tidak mempercayai peringatan Tuhan-Nya.

Sedarlah azab Allah itu sangat pedih lagi berkekalan.
Adakah mereka mereka tidak mengambil iktibar dan mendapat petunjuk tentang sudah berapa ramai golongan-golongan kufur dan ingkar dahulu yang telah kami binasakan sedangkan mereka itu berjalan dan melilau di tempat yang sama pernah dijalan oleh golongan yang dimusnahkan terdahulu.

Ingatlah, sesungguhnya itu semua merupakan petunjuk kepada mereka yang ada akal."


Selamat Menyambut Eidul Fitri
Kullu Am wa Antum bi Khair.
Maaf Zahir dan Batin.

Sabtu, 27 September 2008

Kenyataan NGO Islam dalam konflik Negara Hari ini.

PENDIRIAN NGO ISLAM TERHADAP ISU SEMASA DALAM NEGARA

Kami mengambil perhatian serius terhadap perkembangan politik semasa dalam Negara . Dengan percaturan dan persaingan yang sangat sengit diantara parti politik sekarang kami sangat prihatin terhadap masa depan dan prospek perubahan yang diinginkan oleh rakyat jelata yang semakin menyerlah.

Kami menginsafi betapa sistem pemerintahan yang sedia berjalan di Negara ini adalah sistem yang sedemikian lama berlanjutan dari peninggalan penjajah sejak 51 tahun yang lalu.

Sistem pemerintahan ini telah mengekalkan model yang diperkenalkan oleh penjajah. Ia telah meliputi berbagai aspek ketatanegaraan dalam hampir semua bidang kehidupan rakyat : pendidikan , ekonomi , sosial , budaya , politik , undang-undang dan sistem kehakiman , pentadbiran , teknologi dan pembangunan.

Berasaskan corak dan jenis pembangunan yang digunapakai di Negara ini termasuk soal penggubalan dasar dan mekanisme perlaksanaan dasar Negara , kami merumuskan sistem pemerintahan sekarang sejak 51 tahun yang lalu adalah sistem yang maseh menggunakan paradigma yang sama seperti yang diujudkan bermula zaman kolonial lagi.

Menggunakan premis ini kami meneliti perjalanan pembangunan dan pemerintahan Negara . Jelas dalam banyak hal ia telah diwarnai dan dicorakkan oleh sebuah sistem politik berdasarkan kepentingan kaum yang sempit , terpisah dari asas dan nilai kebenaran dan keadilan dalam Islam . Pada realitinya sistem ini hanya menguntungkan segelintir golongan elit berkepentingan dikalangan kaum masing-masing .

Sementara itu sistem pemerintahan yang lebih bersifat sekular iaitu pemisahan antara negara dan syariat Islam menjadi ciri yang dominan dan dikekalkan sehingga hari ini.

Sejak dari 1957 kewujudan parti politik berdasarkan kaum telah memberi pengaruh kepada corak dan dasar pemerintahan yang diamalkan dalam berbagai aspek pembangunan.
Namun walaupun acuan perpaduan antara kaum cuba dipupuk , sikap chauvinis melampau yang sempit dan berakar lama dalam sistem politik yang ada sering mendedahkan negara kepada potensi pertembungan dan konflik antara ras dan antara agama.

Kami juga meneliti bahawa berdasarkan perkembangan dan perubahan besar yang telah berlaku pada pilihanraya ke 12 yang lalu , jelas menunjukkan semakin ketara angin perubahan untuk menuntut reformasi sistem politik yang sedia ada di Negara ini.

Dengan kesedaran , bahawa sementara kejayaan yang dicapai dalam Negara berbilang kaum dan agama ini secara relatifnya boleh dibanggakan , namun berbagai kepincangan yang telah berlaku terlalu lama dalam sistem pemerintahan yang sedia ada telah menghakiskan keyakinan rakyat. .
Kepincangan itu termasuk soal penyelewengan dalam guna kuasa , monopoli kekayaan , pembangunan yang tidak seimbang , politik sogok dan opportunisme , salahguna sumber dan khazanah Negara , dasar pengswastaan yang mengkayakan kroni dan penggunaan kuasa keselamatan untuk menyekatkan kerasahan rakyat .

Kepincangan tersebut pada hakikatnya adalah berpunca dari amalan budaya feudal dan patronisme yang dijadi asas pencaturan dikalangan politik elit dalam Negara ini. Lebih parah lagi ia yang membiakkan amalan rasuah , kronisme dan nepotisme dalam pentadbiran negara.
Kesan yang parah kini ditambah burukkan lagi dengan terheretnya Negara dalam kancah krisis ekonomi yang menyebabkan rakyat bawahan sedang melalui kehidupan yang perit dan semakin tertekan. Salah urus dan lemah dalam menggariskan ekonomi untuk manfaat rakyat terbanyak , telah menghumban Negara kepada kelesuan dan porak-peranda ekonomi
Dipihak yang lain pula polisi yang digubal dan dilaksanakan oleh pemerintah kelihatan terus memburukkan lagi keadaan sehingga implikasi negatif mulai dirasai oleh rakyat .

Dampak sosial akibat kepincangan ini semakin kelihatan dalam bentuk penambahan kadar jenayah yang meningkat terus-menerus dan gejala sosial yang meruncing. Ini mengakibatkan Negara berhadapan bukan sahaja dengan krisis ekonomi malah krisis juga kepimpinan yang serius.

Berlanjutan dari itu , pemerintahan yang ada kini dijangkiti dengan berbagai penyakit ketidaktelusan serta penyalahgunaan kuasa yang melibatkan salahguna wang rakyat , pencerobohan kepada institusi kehakiman , pengkhianatan kepada budaya dan bahasa bangsa , keruntuhan akhlaq dan terongkainya sosio-budaya umat termasuk semakin terjejasnya penghayatan Islam dan syariah dikalangan masyarakat Muslimin.

Sebagai akibat jangka panjang , kedudukan agama dan bangsa kini sering berada dalam keadaan tidak menentu dan terdedah kepada tekanan dan cabaran dari pihak yang mahu mengikis dan mempersoalkan hak dan wibawa umat Islam itu sendiri.

Semua hal ini telah menyebabkan kami merumuskan bahawa sebuah perubahan besar dan holistik perlu dilakukan segera jika rakyat mahu menyelamatkan dan menjadikan Negara ini sebagai Negara contoh dan disegani.

Kami berpendapat perubahan yang mendesak yang perlu segera dilakukan ialah perubahan dalam sistem pemerintahan. Ini bukan semata-mata dalam isu peralihan kuasa akan tetapi juga suatu anjakan yang jelas dalam tadbirurus (governance) yang menetapkan pembangunan negara berlandaskan kebenaran dan keadilan mengikut Islam.

Dalam hal ini kecenderungan pemikiran dan sikap politik rakyat kini jelas menunjukkan kesedian untuk menerima dan menyambut perubahan. Desakan kepada perubahan ini menjadi sangat ketara bila majoriti rakyat mengikut survei sebuah badan kajian bebas , Merdeka Center bersetuju supaya peralihan kuasa dilaksanakan.

Akibat dari kehilangan keyakinan yang semakin menonjol terhadap kepimpinan maka kami berpendapat demi kepentingan Negara , sudah tiba masanya untuk pemerintahan yang sedia ada menghormati kehendak rakyat yang menuntut kepada perubahan yang lebih murni dan tulin.

Kami merumuskan bahawa sebarang peralihan kuasa yang mungkin dan bakal berlaku tidak boleh dilihat sebagai suatu petaka dan gugatan kepada keamanan dan keselamatan Negara. Asalkan perubahan itu dapat menjaminkan segala prinsip kebenaran dan keadilan berdasarkan tuntutan Islam sebagai dasar tidak dikompromikan .

Kemelut politik dalam parti dan antara parti yang kini semakin tegang perlu segera diredakan dengan mengujudkan kembali kesepakatan nasional berdasarkan tuntutan Islam. Kami tidak akan bertolak ansur dengan politik opportunis dikalangan ahli politik yang hanya mementingkan diri untuk mengaut keuntungan dan kesenangan atas penderitaan rakyat.

Kami percaya jalan keluar kepada kemelut politik yang ada kini hanya boleh dirongkai dengan meletakkan asas yang betul dan tepat berteraskan formula Islam untuk semua pihak yang berkenaan mencapai suatu kesepakatan yang murni.

Pendekatan formula Islam dalam semua aspek berasaskan maqasid syar’iyyah untuk menjaga agama , akal , nyawa , harta dan keturunan perlu diaplikasikan jika hak rakjyat hendak diperjuangkan.. Jika parti-parti politik merujuk kepada kuasa sebagai sebuah amanah untuk menegakkan agama dan menguruskan politik didunia ini kami yakin kemelut yang berlaku dapat diselesaikan.

Untuk itu kami menggesa supaya pemimpin-pemimpin politik dikalangan umat Islam memberi perhatian kepada pendirian dan tuntutan kami seperti berikut:

1. Kami mengesa semua pihak bersikap rasional dan menerima baik perubahan yang dituntut oleh rakyat agar ketelusan , intergriti serta hak dan tanggungjawab bersama untuk membangunkan Negara ini tidak tergadai oleh kepentingan peribadi.

2. Kami juga menuntut supaya peralihan dan perubahan pemerintahan yang kini menjadi isu besar Negara ini hendaklah dikendalikan dengan penuh cermat dan berhemat demi kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

3. Persetujuan berlandaskan Perlembagaan Persekutuan yang disepakati sebagai kerangka membentuk dan membangunkan negara ini hendaklah dihormati . Tindakan mencabar dan mempersoalkan hak dan kedudukan kaum pribumi dan umat Islam di Negara ini perlu dihindari.Kami juga mengingatkan bahawa berasaskan komposisi pendudukan negara ini bahawa majoritinya adalah Islam maka perwakilan yang menganggotai Dewan Rakyat serta barisan kabinet kerajaan hendaklah terus menggambarkan komposisi tersebut demi menjaga kestabilan dan keharmonian negara ini.

4. Penggunaan kuasa dan undang-undang hanya untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan peribadi dan kelompok hendaklah ditolak. Kami tidak dapat menerima sebarang pendekatan menggunakan kuasa untuk menyekat hak individu dan kelompok diluar yang dibenarkan undang-undang yang sah dan adil. Kami menolak ugutan mengguna kuasa dan memprovokasi rakyat yang menimbulkan tindakan diluar batas undang-undang.

5. Kami berpendapat bahawa kepimpinan parti politik pemerintah di negara ini tidak harus terlalu ghairah untuk mempertahankan kuasa secara tidak demokratik sehingga menyebabkan rakyat kehilangan fokus dan keyakinan terhadap agenda yang hendak dibawa untuk membela nasib rakyat. Pihak yang mahu mendapatkan kuasa dan pihak yang ingin terus kekal berkuasa perlu meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

6. Kami menolak pihak yang menggunakan politik fitnah dan politik wang untuk merebut jawatan. Kami juga menuntut mereka yang telah berkuasa selama 51 tahun menerima dengan jujur kemahuan yang kuat dikalangan rakyat untuk menuntut perubahan pemerintahan .

7. Kami mengesa agar semua pemimpin Islam dikalangan organisasi politik dan NGO bersedia mengujudkan kesepakatan yang murni untuk menghadapi cabaran yang sedang mendepani umat . Perselisihan pendapat dan pegangan pemikiran politik antara pemimpin hendaklah tidak sampai merosakkan keutuhan kesatuan umat yang sangat perlu diperkukuhkan.

8. Kami menekankan bahawa perhubungan kaum di negara ini hendaklah berdasarkan prinsip kebenaran dan keadilan yang dituntut oleh Islam berasaskan panduan Al Quran ” Wahai manusia sesungguhnya kami ciptakan kamu dari jenis lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu berpuak-puak untuk saling berkenalan . Sesungguhnya yang paling mulia dikalangan kamu adalah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ( Al Hujurat : 13) . Kami mengesa agar sikap fanatik dan chauvinis kaum hendaklah ditolak.
9. Kami menuntut agar seluruh sistem perundangan yang telus dan adil hendaklah ditegakkan. Institusi kehakiman yang berintegriti dan bebas dari campurtangan kuasa Eksekutif hendaklah dijamin untuk memastikan keadilan dipertahankan. Kezaliman atas nama keselamatan yang diguna untuk mempertahankan kuasa hendaklah ditolak samasekali.
10. Kami mendesak semua pihak media massa memberhentikan pelaporan yang semakin menegangkan suasana politik negara bila terdapat media arusperdana yang cenderung menyiarkan kenyataan-kenyataan yang menambah-burukkan lagi krisis yang sedia ada dan terus mengadu-domba antara parti politik yang mengakibatkan rakyat semakin keliru..
11. Untuk menghadapi gejala fitnah-menfitnah yang kini sangat berleluasa kami mengingatkan seluruh umat Islam kembali kepada pedoman Al Quran “Wahai orang-orang yang beriman , sekiranya datang kepada kamu orang-orang yang fasiq membawa berita maka selidikilah agar kamu tidak akan mencelakakan sesuatu kaum kerana kejahilan yang akhirnya kamu akan menyesal diatas perbuatan kamu tersebut” ( Al Hujurat : 6)
12. Disamping itu kami menuntut agar semua pemimpin-pemimpin politik mengelakkan diri dari membuat kenyataan-kenyataan yang saling menuduh yang boleh memburukkan lagi konflik antara umat Islam.

13. Kami berpendapat bahawa krisis ekonomi yang sedang dihadapi oleh negara sekarang harus dianalisa secara objektif dan ilmiah , bukan dengan menuding jari dengan melulu kepada seteru politik. Seluruh pengurusan ekonomi dan dasar ekonomi yang digunapakai selama 51 tahun itu perlu dikaji semula kerana secara jelas Malaysia sememangnya mengamalkan ekonomi pasaran bebas dan liberal yang bersifat kapitalistik. Analisis terperinci (melibatkan semua dasar fiskal iaitu penentuan kadar faedah , asas perbelanjaan dan dasar pertukaran matawang ) untuk membentuk sistem ekonomi alternatif yang lebih manusiawi yang berpaksikan keadilan menurut kehendak Islam perlu dibangunkan.
14. Kami mengharapkan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Pertuan Agung segera campur tangan dalam krisis politik yang meruncing ini dan menggerakkan usaha untuk mempertemukan semua pemimpin-pemimpin politik agar mencari jalan keluar yang terbaik demi kemuliaan agama dan kelangsungan survival bangsa.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Disokong oleh :
Syeikh Abu Bakar Awang
YDP Persatuan Ulama Kedah

Hafiz Mustaffa Lubis
YDP ABIM Kedah

Ahmad Tarmizi Sulaiman
Setiausaha Institut Penyelidikan dan Pengembangan Syariah (ISRA)

Dr. Hasbullah
Jamaah Islah Malaysia , Kedah

Dr. Abdul Rahman Ahmad
Wadah Kecerdasan Umat , Kedah

Ust Aizuddin
Pengerusi Badan Bertindak Menangani Gejala Sosial , Sg.Petani (TEGAS)

Shahrizan Sazali
Pengerusi Ummah Aid

Aziz Man
Persatuan Warga Desa Kedah

Masadah Sajadi
Majlis Bertindak Wanita Islam Malaysia

Selasa, 23 September 2008

amnuu, melayu dan dot dot dot

amnuu oh amnuuu.

Berjasalah pada bangsa. Kasihanilah bangsaMu.

MIC dok desak BN bebaskan pimpinan Hindraf dari ISA. MCA dan Gerakan pun minta tahanan2 berbangsa cina sekurang-kurangnya dibebaskan dari ISA. Amnuuu pulak, pi dok kalut cari bangsa melayu nak tangkap masuk ISA.


Selamat Memburu Lailtul Qadar.
Moga Semua tahanan ISA akan dibebaskan dan dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga masing-masing pada Syawal kali ini.

Isnin, 22 September 2008

Naib Presiden MCA sangsi kepada bangsa melayu.

Bagi menghadapi risiko berat realiti politik perkauman yang disemarakkan oleh hampir kebanyakan komponen Barisan Nasional hari ini, adalah sangat wajar jika kesemua parti perkauman dibubarkan demi menjamin kestabilan negara. Mungkin hal ini boleh diusulkan dalam akta hubungan antara kaum nanti..huhu

petikan dari malaysiakini.com

Bubarkan semua parti perkauman
oleh : Jimadie Shah Othman Sep 22, 08 6:33pm


Untuk kepentingan negara, “semua parti perkauman wajar dibubarkan segera” dan digantikan “dengan gabungan parti pelbagai bangsa”, kata Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

“Isu perkauman seharusnya diletak ke tepi dan tidak dijadikan agenda politik bagi mana-mana parti.

"Penggunaan sendi perkauman dalam dunia politik akan menyebabkan ketidakstabilan dan perpecahan,” kata ketua penerangan dewan itu Herman Samsudeen.

Gesaan itu sebagai susulan kenyataan Naib Presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai yang dilaporkan mengingatkan masyarakat Cina tentang “bahaya” jika semua parti kaum itu berpihak kepada pembangkang dan hanya parti Melayu menjadi parti memerintah.

Menurut Donald lagi, senario itu sudah pasti akan mewujudkan ketegangan dan mencetuskan suasana tidak baik kepada perniagaan dan ekonomi.

Ekoran itu, Herman yang menyifatkan Donald “cuba menyemarakkan isu perkauman bagi memastikan MCA sebagai parti khusus kaum Cina tidak dibubarkan”.

Beliau menuntut pemimpin kanan MCA itu menarik balik kenyataannya dan dikenakan tindakan tegas.

Dalam kenyataannya hari ini, Herman berkata:“Seandainya parti-parti kaum Cina berhijrah kepada pembangkang, negara ini bukan diperintah oleh kaum Melayu sahaja kerana ketika itu, Pakatan Rakyat yang berbilang bangsa ini akan jadi kerajaan.”

Beliau menyifatkan kenyataan Donald itu dibuat untuk memenangi hati kaum itu selepas wujud kecenderungan ahli-ahli parti komponen BN untuk bersama Pakatan.

Ahad, 21 September 2008

Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Dr. Aziz Bari

bayu tertarik dengan artikel Dr. Abdul Aziz Bari yang disiarkan oleh harakah dalam menghadapi krisis kepimpinan negara hari ini.


Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak - Aziz Bari

oleh : Profesor Dr. Abdul Aziz Bari

Cara Dato' Seri Abdullah Badawi menjawab soalan-soalan pemberita mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini menunjukan bahawa beliau memandang serius cabaran Ketua Pembangkang itu.

Sebelum ini Abdullah biasanya berkata bahawa Anwar hanya bergimik apabila mendakwa bahawa beliau mempunyai cukup bilangan ahli parlimen yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, lantas membolehkan kerajaan baru dibentuk.

Tetapi mutakhir ini Abdullah telah bertukar nada. Anwar telah dituduh sebagai pengancam keselematan dan ekonomi negara. Tuduhan ini membayangkan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mungkin akan digunapakai.

Jelas sekali kerajaan kini merasa tergugat. Selain cabaran daripada Anwar, parti pemerintah juga digugat oleh perebutan kuasa dalaman. Jika kita lihat reaksi beberapa menteri terhadap penggunaan ISA baru-baru ini, tidak mustahil jika kita katakan bahawa Abdullah tidak lagi dapat mengawal sepenuhnya kabinet beliau.

Negara kita boleh dianggap sebagai menghampiri situasi krisis. Dalam waktu sebegini, kita memerlukan sesuatu yang mungkin kelihatan sedikit 'di luar perlembagaan' (extra-constitutional) untuk menangani keadaan.

Cara-cara biasa mungkin tidak berkesan, terutama kerana kerajaan seolah-olah telah panik dan kelihatan tidak lagi berkebolehan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan mengendalikan tugas-tugas biasa dalam pentadbiran.

Negara kita berbeza dengan Thailand dan Indonesia kerana kita tidak mempunyai Mahkamah Perlembagaan untuk dirujuk. Biasanya kita merujuk kepada Mahkamah Persekutuan tetapi sepanjang 51 tahun lepas Mahkamah Persekutuan tidak pernah membicarakan perlanggaran perlembagaan.

Dan, berbeza dengan Mahkamah Agong Amerika Syarikat yang telah beberapa kali membicarakan kontroversi-kontroversi berkaitan perlembagaan, Mahkamah Persekutuan kita tidak langsung dirujuk semasa krisis perlembagaan pada tahun 1983, 1988 dan 1993. Mungkin ini merupakan tempias daripada kurangnya keyakinan rakyat terhadap kredibiliti dan kebolehan hakim-hakim kita.

Maka kita tinggal dengan satu sahaja pilihan iaitu Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mempunyai beberapa peranan dan kuasa khusus yang boleh digunapakai dalam situasi sekarang. Baginda boleh mendapatkan bantuan daripada Majlis Raja-Raja yang diberi kuasa oleh perlembagaan untuk membincangkan apa sahaja perkara yang dirasakan perlu.

Masalah yang sedang kita alami sekarang berkisar di sekeliling isu perlantikan kerajaan, yang dalam bahasa perlembagaan sebenarnya ialah isu perlantikan perdana menteri. Perlembagaan memberikan tanggungjawab ini kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan budi bicara Baginda.

Dalam situasi yang terang, contohnya jika terdapat majoriti di parlimen dan ketua yang jelas, maka Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai pilihan selain daripada melantik ketua tersebut sebagai perdana menteri dan seterusnya menerima nasihat perdana menteri dalam urusan pembentukan kabinet.

Ini boleh berlaku selepas pilihan raya umum, kematian perdana menteri semasa masih memegang jawatan, ataupun setelah berlaku perletakan jawatan perdana menteri.
Peletakan jawatan boleh berlaku dengan beberapa bentuk. Contohnya peletakan jawatan biasa seperti yang dilakukan oleh Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2003.

Dalam konteks negeri dan peranan sultan negeri tersebut pula, kita boleh melihat contoh yang berlaku setelah Dewan Undangan Negeri tidak lagi menyokong Menteri Besar mereka seperti yang dialami oleh Menteri Besar Selangor Harun Idris pada tahun 1976 dan Menteri Besar Kelantan Mohamed Nasir pada tahun 1977.

Tetapi perlembagaan negara kita tidak mempunyai klausa yang jelas dalam isu peletakan jawatan. Satu-satunya peruntukan yang menyentuh isu peletakan jawatan ialah Artikel 43(4) yang menyebut bahawa mana-mana perdana menteri yang kehilangan sokongan dewan rakyat perlu meletak jawatan.

Tetapi perlembagaan kita tidak menyebut mengenai proses menarik balik sokongan terhadap perdana menteri. Ini telah dimanipulasi oleh Umno dan Barisan Nasional. Speaker Dewan Rakyat seolah-olah berusaha keras untuk menafikan usaha Pakatan Rakyat membawa usul tidak percaya di parlimen.

Apa peranan Yang di-Pertuan Agong dalam situasi sekarang? Berdasarkan undang-undang, Yang Di-Pertuan Agong perlu bertindak mengikut nasihat kerajaan. Hakikatnya, walaupun tidak disebut secara jelas dalam perlembagaan, Baginda perlu memastikan wujud sebuah kerajaan pada setiap masa.

Seterusnya, jika terdapat persoalan mengenai kredibiliti dan legitimasi sesebuah kerajaan, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bersikap tunggu dan lihat sahaja. Baginda wajar bertindak proaktif dan mengawal keadaan. Tidak ada institusi lain yang boleh memainkan peranan ini. Kita tidak boleh bergantung dengan kerajaan sedia ada tatkala kesahihan kerajaan tersebut sendiri sedang dipertikaikan.

Mungkin jika kita mengikut protokol dengan ketat maka Anwar tidak boleh ke Istana Negara sekarang. Dengan itu, Yang di-Pertuan Agong sewajarnya menjemput Ketua Pembangkang tersebut untuk mengadap dan mempersembahkan senarai ahli parlimen yang beliau dakwa akan menyokong beliau dalam kerajaan baru.

Yang di-Pertuan Agong mempunyai hak untuk mendengar secara terus daripada ahli-ahli parlimen tersebut, sama seperti mana Sultan Selangor dan Raja Perlis telah memanggil mengadap ahli-ahli dewan undangan negeri mereka selepas pilihan raya Mac lalu.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong mendapati dakwaan Anwar adalah benar dan Anwar memang mempunyai sokongan yang mencukupi daripada ahli-ahli parlimen, maka Baginda boleh menitahkan agar Abdullah meletak jawatan.

Bukan sahaja Abdullah boleh dititahkan untuk meletak jawatan, bahkan dalam situasi sedemikian, berdasarkan undang-undang, peletakan jawatan menjadi tanggungjawab Abdullah dan kabinetnya.

Jika diteliti perlembagaan asal yang dihasilkan oleh Lord Reid, sebenarnya memang terdapat peruntukan yang membolehkan Yang di-Pertuan Agong memecat Perdana Menteri dalam situasi sedemikian.

Tetapi peruntukan ini tidak dimasukkan dalam draf akhir yang diluluskan menjadi perlembagaan negara kita. Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa Yang di-Pertuan Agong masih mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini.

Artikel 43(4) juga menyentuh mengenai pembubaran parlimen. Tetapi Artikel ini perlu dibaca dengan Artikel 40(2)(b) yang memberi kuasa kepada Yang Di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan budi bicara dalam menentukan sama ada perlu atau tidak parlimen dibubarkan setelah diminta oleh perdana menteri.

Berdasarkan pengalaman negara-negara Komanwel, Suruhanjaya Reid mengatakan bahawa terdapat beberapa sebab kenapa pembubaran parlimen perlu diserahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong, antaranya ialah untuk mengelakkan negara kita dipaksa mengulangi pilihan raya berkali-kali oleh kerajaan yang tidak stabil.
Jika kita teliti semula situasi sekarang, maka bagi saya tidak ada keperluan bagi Yang di-Pertuan Agong membubarkan parlimen walaupun diminta. Kita baru sahaja menjalankan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan kita boleh membentuk kerajaan tanpa perlu satu lagi pilihan raya.

(Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ialah Profesor Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa) - (www.WauBebas.org)._

Tertubuhnya satu suara baru ummat Islam Malaysia - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia MAPIM.

Alhamdulillah, kelmarin diberi peluang oleh Allah menyertai rombongan Teras menjadi perwakilan dalam Persidangan Penubuhan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, Ipoh. Majlis semalam telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 30 NGO Islam seluruh Malaysia. Walaupun begitu, MAPIM buat masa sekarang telah mendapat sokongan hampir 50 NGO Islam seluruh Malaysia atas hasrat penubuhan tersebut dan dijangka akan bertambah.

Penubuhan MAPIM ini bertujuan mencipta satu mekanisma baru dalam menyatukan semua pertubuhan islam di Malaysia dalam menghadapi krisis Ummat yang semakin tenat yang berlaku di negara kita sekarang. Asas saling membantu dan saling meraikan perbezaan telah membuahkan muafakat antara semua NGO yang terlibat dalam merangka gerakerja bersama agar projek pemurnian ummat dapat digerakkan secara lebih efektif.

Apa yang bayu dapat simpulkan semalam, kesemua pertubuhan-pertubuhan yang bersama semalam (Semuanya pertubuhan bukan kerajaan), bersepakat mengatakan keadaan negara memang dalam keadaan sangat tenat. Malah mereka juga mengakui bahawa keadaan politik malaysia hari ini juga sangat kelam kabut. Krisis kepimpinan tertinggi negara juga seakan tidak ada ubatnya lagi. Namun pendekatan untuk menangani isu tersebut, pihak pimpinan tertinggi dalam semua NGO yang terbabit akan sekali lagi bermesyuarat untuk menyatakan hasrat dan suara bersama NGO islam dalam melihat suasana kalut dalam politik tanah air.

Kita bukan sahaja bimbang jika kerajaan yang kalut sekrang terus memerintah tanpa peduli kemahuan rakyat yang mahu melihat perubahan yang akhirnya kepentingan Ummat Islam semakin terhakis, tetapi kita juga bimbang apakah kerajaan yang akan ambil alih kerajaan yang sedia ada akan mampu membela nasib Islam dan Ummatnya?


P/S: sayang, kamera bayu tertinggal. banyak perkara menarik tidak dapat diabadikan dalam memori...

Ahad, 14 September 2008

DBKL jahat !!

Kecewa dengan sikap DBKL yang tidak peduli nasib warga kota yang susah.
Jelas sekali DBKL menjadi duri dalam daging kepada masyarakat kota (Kuala Lumpur) dengan tidak mahu membantu mereka yang memerlukan. DBKL yang kita tahu menjadi agen Kerajaan Persekutuan terus mahu melihat mereka yang layak terus diabaikan demi kepentingan politik sempit BN. Biar rakyat susah, asalkan dendam BN di Kuala Lumpur ekoran PRU ke 12 terbalas.

Dipetik dari sumber harakahdaily.

DBKL halang Dr Lo'Lo' bantu penduduk miskin Titiwangsa

Herman Samsudeen

Fri Sep 19, 08 5:31:22 pm MYT

Permohonan pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa bagi mendapatkan senarai nama penerima bantuan untuk tujuan menyalurkan sumbangan telah ditolak oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pada 18 September, pegawai kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Shahir Abu Hassan telah mengemukakan surat kepada DBKL. Namun tanpa berfikir panjang, pada hari yang sama Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial DBKL, Dr. Ismail Stapa membalas surat itu dan menolak permohonan yang dikemukakan atas alasan maklumat itu adalah hak milik DBKL dan tidak boleh diedarkan kepada pihak luar.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' binti Dato' Hj. Mohamad Ghazali berasa kecewa dengan sikap tidak prihatin DBKL.

"Saya nak tahu maklumat penerima bantuan yang layak kerana saya ingin turun memberikan bantuan. Saya tidak minta DBKL bagi duit."

"Saya dan ahli-ahli PAS telah mengutip sumbangan orang ramai dan ingin serahkan kepada yang layak." kata Dr Lo'Lo' lagi.

Pada masa ini Dr Lo'Lo' terpaksa meminta bantuan kakitangan beliau bersama ahli-ahli PAS Kawasan untuk turun padang bagi mengenalpasti rakyat yang kurang bernasib baik. Dr Lo'Lo' turun sendiri menziarahi rakyat dari rumah ke rumah dan masjid surau bagi mendapatkan maklumat serta menghulurkan bantuan.

Dalam masa yang sama, DBKL bertungkus lumus membantu Ahli Parlimen BN Setiawangsa yang juga Menteri Wilayah, Zulhasnan Rafique untuk mengedarkan bantuan bagi kawasan parlimen itu.

Sebelum ini Menteri Wilayah dan Datuk Bandar telah memberikan jaminan untuk membantu rakyat walaupun di dalam kawasan Parlimen yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, namun akhirnya pembohongan mereka terbongkar.

Bukan sahaja enggan bekerjasama memberikan maklumat, bantuan kewangan juga tidak dihulurkan. Sehingga kini, semua ahli Parlimen Pakatan di Wilayah Persekutuan menggunakan dana sendiri dan bantuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti bersama rakyat dalam kawasan masing-masing.

Setakat ini kerjasama DBKL amat terhad dan mereka hanya tertumpu kepada Kawasan Parlimen Setiawangsa.

Rakyat begitu kecewa kerana ahli Parlimen yang dipilih oleh mereka tidak mendapat layanan yang adil dari DBKL, walhal rakyat telah membayar cukai yang banyak kepada DBKL setiap tahun. _

sembang-sembang morey..

Dalam perjalanan balik dari satu ceramah nuzulul quran..

A : Ait jadi ke ha PR ambil alih Kerajaan?
B : Jadi kot..

bla bla bla.....

B : Kalau jadil PR ambil alih kerajaan, Televisyen bawah PR la no?

A : ya la kot. Tapi RTM saja rasanya. yang lain tu kita buat syarat baru la..

B : peketat dan fungsikan semula penapisan filem secara lebih beretika.

A : bagu bagus bagus...

B : RTM no? hmm.. rasanya kalau PR ambil kerajaan RTM tu kena tukar nama.

A : awat?

B : tak boleh dah guna RTM. Buruk imej kerajaan baru nanti..

A : pasai apa?

B : ya la, kan RTM ni jenama fitnah !!! walaupun tukar kerajaan, jenama tu cukup sinonom dngan fitnah. Jadi kena ubah jugak nama tu. baru rakyat tau, syarikat tu yang kerajaan punya, bukan barua UMNO (termasuk BN)..

A : Setuju !!

A : Kita boh nama Televisyen Rakyat !! tak pun Media Rakyat !!

A,B : hehehehe

tiba-tiba B bersuara lagi.

" Ha, gerai tu kosong. Jom pekena morey ! "

C : Jom..

A,B : lor. Ada rupanya.

(rupa-rupanya si C ni tidur. Patut tak bersahut dalam perbualan kami tadi..huhu)

apa dah jadi dengan BN?? SAPP keluar BN

Apa cerita di sebalik pertukaran Port Folio paklah - najib? Najib yang seakan tidak sabar-sabar mahu segera menjawat Jawatn Perdana Menteri itu buat masa sekarang terpaksa mengikut rentak percaturan paklah. Walaupun terpaksa diguna-gunakan oleh paklah, namun dia tetap rela. Asalkan pelan peralihan yang dicanang paklah akan sepastinya diisi beliau bukan orang lain.

Tetapi, apa pula cerita tiba-tiba saja paklah nak pegang Pertahanan dalam musim politik seperti sekarang? Ada apa-apa ka? Kalau semalam anwar memperingati agar isa tidak digunakan dalam proses pembentukan kerajaan pakatan rakyat dalam masa terdekat ini, adakah Anggota Tentera Malaysia pula bakal menjadi benteng terakhir paklah dalam usaha mempertahankan kedudukannya? Paklah yang kita kenal, tidaklah sekejam itu, apatah lagi beliau merupakan org yang dididik dengan agama. Sejahat-jahatnya pun takkan lah asmpai sekejam itu.. Atau ini mungkin plan yang dinasihatkan oleh menantunya yang sangat terkenal dengan budaya samseng dan tak berperikemanusiaan? waLLahu a'lam :)

Tapi satu lagi suasana yang sangat positif dalam perkembangan pelan 16 september Anwar Ibrahim, SAPP baru sebentar tadi sudah mengisytiharkan Keluar dari BARISAN NASIONAL...

sama-sama kita nantikan dengan penuh doa dan harapan ke arah Malaysi Baru...

Smbungan Cinta Sang Ratu.. sudah terbit!!

3-4 hari lepas berpeluang berjalan-jalan di sebuah pasaraya di Sunagi Petani. Alhamdulillah, 1 songkok dan 1 kpoiah putih dibeli untuk persediaan Aidil Fitri. Dalam kesempatan tersebut, sempat juga melihat telatah budak2 muda remaja berpeleseran dan menghabisi puasa mereka di pasaraya tersebut. Letih dengan keterhegeh-hegehan budak2 tersevut, bayu memilih untuk beninjau-ninjau sebuah kedai buku. Alhamdulillah, ketemu novel baru yang sangat dinantikan oleh bayu dan budak2 nun di Syria...

Hijab Sang Pencinta, sambungan dan pelengkap dari trilogi "Bagaikan Puteri" dan "Cinta Sang Ratu".


Ceritanya tetap menarik dengan mesej kesufian dalam bentuk epik thriller. Saifuddin atau Panglima Sunan terus-terusan berperang dengan penyembah Taghut. Ramli Awang Mursyid Menyudahi hikayat Panglima Sunan dengan episod2 badai dan cabaran yang tak pernah henti menghambat saat-saat hidup panglima sunan. Peperangan yang terpaksa dihadapi melawan penyembah Taghut bukan sahaja di Kurun ke 15, tetapi terpaksa dihadapi oleh panglima sunan sehingga merentasi dimensi zaman yang kehadapan lebih 500 tahun darinya.


Dani salah satu watak penting di kurun ke21 akhirnya bekorban dan istikharahnya menunjukkan Haryani bukanlah isterinya tetapi Saliha. Tetapi adakah Haryani akan menjadi milik Panglima Sunan?

hehe, wahai kawan2 Syria ku.. tunggu la aku bawa mai novel ni kat hampa... sorang 2ringgit pun ok rasanya utnuk sapa2 nak baca...haha :)


P/s: bayu sangat berpuas hati dalam keseluruhan pembawakan Ramli Awang Mursyid dalam Novelnya yang ini. Sma hebat macam Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu. Cuma bayu terkilan bila disebut dalam novel ini mamali sebagai salah satu ajaran sesat di Malaysia ( terkilan jika mamali yang dimaksudkan ialah Jemaah Kg Memali, Baling Kedah dalam peristiwa sekitar awal 80an, kerana jemaah Kampung tersebut merupakan mangsa politik jahat BN. Bukannya ajaran sesat. Tetapi jika bukan itu yang dimaksudkan, harap maaf..)

ANWAR DI ANTARA 2 PERTENTANGAN DALAM PAS

pelan 16 sepetember : Anwar dan 'perpecahan' dalam Pas.

Saya melihat pertembungan yang disebut oleh Sayuti Omar sebagai pertembungan atau semacam perpecahan antara 2 puak dalam pas yang masing2 dipimpin oleh pemimpin2 utama Pas mempunyai alasan sama2 berasas. Namun kurang bersetuju jika disebut TG Nik Abd Aziz tidak harus terlibat dengan pertentangan ini. Bagi saya, penglibatan beliau adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab sebagai mursyid bila bersuara dan menasihati pemimpin2 pas agar kembali mendokong dan meneruskan sokongan terhadap Keputusan Muktamar. Keputusan Muktamar merupakan suara paling berkuasa dalam pas kerana ia seakan ijmak atau sepakatan yang telah diputuskan secara bersama selain merupakan keputusan yang wajib didokong oleh ahli apatah lagi kepimpinan tertinggi pas. Jadi, keputusan ini seharusnya tidak lagi dipertikaikan dan di letak sebelah.

Andai benar Presiden turut terlibat dengan Kumpulan Mustafa Ali (seperti disebut sayuti), saya bimbang arah tuju Pakatan rakyat akan terjejas. Kemudi utama pas (presiden) bila tidak lagi mendokong keputusan muktamar tetapi lebih lagi mengutamakan keputusan sendiri dari suku sakat Terengganu : seakan atas nama perhubungan pas terengganu (kebanyakan dari kumpulan ini didokong oleh pemimpin pas dari terengganu seperti Presiden, Mustafa Ali, Harun Taib dan pemimpin2 terengganu yang lain) maka muktamar tahunan pas bukan lah lagi suatu yang berharga, malah ia hanya akan menjadi tak ubah sepeti sidang oic atau liga arab yang hanya mengumpulkan semua pimpinan hanya untuk bercuti dan bercakap2 kosong tanpa perlu diteruskan keputusan yang dicapai. Jangan jadi diktator dengan keoutusan sendiri, tetapi kembalilah kepada keputusan bersama yang dicapai dari semua pemimpin di semua peringkat.

Tetapi bila melihat di sebalik keadaan kurang sihat ini, saya merasakan semuanya terletak kepada Anwar Ibrahim. Kumpulan yang disifatkan sebagai Kumpulan Mustafa Ali dilihat seolah hilang kepercayaan kepada Anwar Ibrahim dan seperti masih berdendam dengan Anwar terhadap sejarah hitam politik pas vs Anwar dan Umno suatu ketika dahulu. Mereka juga seakan mengkhuatiri dasar pas akan tersasar jika pembentukan negara pakatan rakyat akan dipimpin oleh Anwar Ibrahim selain kebimbangan lain bila melihat kepentintangan Islam seperti kurang mendapat perhatian Anwar dalam gagasan pembentukan kerajaan pakatan rakyat pimpinan beliau. Bagi kumpulan yang satu lagi, saya merasakan mereka berpegang dengan keputusan yang dicapai bersama dari semua peringkat dalam muktamar baru-baru ini dan pakatan rakyat harus diperkasakan selain harus sama-sama mendokong kesepakatan yang telah dicapai dalam perbincangan peringkat tertinggi pemimpin2 pakatan rakyat. Jadi, dengan mendokong dan bersama2 berkerja dalam meneruskan keputusan ahli ini, mereka lebih bersikap positif dari segi dhzan (husnuz dhzan) dan moral dalam erti pakatan dan pemuafakatan. Apakah gagasan 'memperkasakan pakatan rakyat' akan tercapai jika masing2 dari kalangan pemimpin pas melontar sindiran terhadap usaha pakatan ke arah gagasan tersebut yang mereka sendiri mengisi ruang di dalamnya. Hal ini kurang bermoral dalam permuafakatan yang telah dimetrai bersama. Jadi kumpulan kedua ini mengambil pendekatan memberi kepercayaan penuh kepada keputusan yang dicapai dalam Pakatan Rakyat.

Apa pun, saya melihat di antara 2 kumpulan ini (yang su'u dhzan dan mempertikai usaha Anwar serta kumpulan yang memberi kepercayaan dan mendokong bersama usaha anwar) ada titik tengah di antara mereka. Semuanya bertitik atas dasar islam dan perjuangan islam secara syumul. Satu kumpulan membimbangi dasar Islam yang didokong pas dari dahulu akan terjejas dengan kepimpinan Anwar dan satu lagi mengharapkan Anwar tidak lagi mengulangi sejarah hitam tersebut dan harus memberi ruang kepada pas menjulang dasar islam jika berpeluang membentuk kerajaan persekutuan.

Semuanya kembali kepada Anwar. Harapan dari kedua kumpulan ini hanya satu iaitu dasar Islam secara syumul jangan disekat dan disisihkan oleh Anwar. Jangan sekali-kali cuba mengkhianati pemimpin2 pas yang telah memberi kepercayaan kepada anda wahai Anwar. Jika Anwar menolak dan meminggirkan prinsip2 Islam yang syumul yang menjadi asas perjuangan pas yang didokong selama ini, pastinya pas tidak akan teragak-agak berbulat suara untuk bersendiri dalam perjuangan.

di sebalik pelan 16 september

Hmm..
Kita menantikan Pelan 16 September untuk melihat kejatuhan Barisan Nasional. Persoalannya sekarang, apakah pelan 16 september yang dicanang anwar itu yang akan meruntuhkan keangkuhan Barisan Nasional?

Bayu melihat pelan 16 september dengan faktor memikat Ahli2 Parlimen Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat bukanlah terlalu konkrit. Tetapi bayu melihat kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional pimpinan badawi akan ditumbangkan melalui anai-anai yang sudah mula menyerang tiang seri Umno dan Barisan Nasional itu sendiri.

Faktor anai-anai inilah yang paling kuat menyatakan Umno dan Barisan Nasional memang tersangat nazak dalam politik tanahair. Kelemahan ekonomi negara, kegawatan politik tanahair serta krisis perkauman yang timbul semuanya gara-gara krisis yang berlaku di kalangan pemimpin umno dan barisan nasional. Jelas sekali!! Jadi tak usahlah khairy menyalahkan kelembapan ekonomi negara angkara pelan 16 september Anwar Ibrahim. Seharusnya kelembapan pak mertuanya paklah dan najib yang harus dituding dalam krisis keruntuhan negara yang berlanjutan sekarang.

Selepas kekalahan teruk Barisan Nasional dalam PRU 18 mac baru-baru ini, rentetan perpecahan di kalangan ahli BN semakin ketara. Pertelingkahan antara pimpinan BN dan umno juga tak dapat diselindungkan lagi. Ia berlanjutan sehingga kini. Sekarang dengan desakan Mahyudin yang di sokong ramai tokoh di kalangan pimpinan umno termasuk rais, cek det, pak syed dan najib sendiri meletakkan perebutan kemudi bahtera BN semakin hangat sehinggakan bahtera terumbang ambing dan hampir melemaskan anak-anak kapal BN yang sudah tidak dihiraukan lagi.

Perletakan jawatan oleh Zaid Ibrahim satu lagi tamparan hebat buat paklah dan Najib. Perkelahian antara syed hamid albar dan zaid ibrahim serta beberapa pemimpin Umno dan komponen BN yang lain berikutan tahanan ISA mungkin akan membenarkan penyertaan beramai2 MP BN ke kem Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

2 isu pertentangan hebat dari kalangan pemimpim Umno, Hamid Albar vs Zaid Ibrahim dan Muhyidin vs paklah mungkin akan mempercepatkan lagi keruntuhan kerajaan barisan Nasional. Selain banyak lagi anai-anai dalam BN yang semakin rakus meratah tiang2 keutuhan BN. Rakyat dan ahli bawahan Umno-BN sudah muak dengan krisis di pucuk pimpinan..

Sekarang semakin ramai yang yakin, Umur kerajaan BN dalam keadaan nazak. Bukan sebab pelan 16 september, tetapi perkelahian di antara anai-anai dalam BN lah yang akan menentukan peralihan Kuasa kepada Pakatan Rakyat dalam masa terdekat ini.

Munajat Ramadhan...buat diri yang jenuh dosa

Rasanya beban betul hati ini meronta bantah,
Namun kerap saja mutmainnah jiwaku dikalahkan ammarah,
Aku acap berucap sendirian,
Apakah bekalanku bila bertemu-Mu wahai tuhan,
taat ku asyik kubilang-bilang,
namun ingkar ku dari tegahan sudah aku tak sanggup membilang,

Berterus terang saja,
jika tanpa rahmat mu,
amalku terlalu kerdil mahu menebus diri dari jahannam itu,
Aku terlalu hina,
bila asyik dipandu gelora hati muda,
Siapa aku di Depan Mu ya Tuhan...
Aku malu dengan Mu...
Tapi aku terpaksa mengampu mu ya Tuhan,
Andai pejuang agama mu yang ikhlas lagi disoal di Mahsyar nanti,
Siapa pula aku jika mahu ke syurga mu dengan hati sanubari dibaluti kotoran dosa..

Wahai tuhan,
kali ini aku bagai gagal di madrasah ramadhan mu,
Aku sering saja berdaoa agar ku diberkati di Bulan mulia ini,
Namun aku asyik saja alpa dari menghalobai ibadah kepada Mu,

Aku sering berdoa agar dijaga pandanganku yang manusiawi,
Namun, aku kerap tewas dengan tipuan ammarah dan Syaitan berwatak manusia..
Aku hanyut dengan pandangan nikmat sementara,
Aku terlupa bahawa kedua mata ini dengan terik mentari saja sudah tak tertahan,
apalagi kalau nanti dijilat Jahannam yang sangat menyeksa itu.

Aku acap saja berdoa agar lidah tidak bicara mazmumah,
Namun tidak juga kubasahinya dengan zikrullah,
Aku berlindung agar tidak menabur fitnah, aku bimbang jika terungkap tohmah dan terhambur seranah,
Itu dosa lidah,
di dunia kan lagi membawa padah..
Mana mungkin di akhirat nanti mau ke jannah...
Busuk mulutku ini wahai Tuhan,
adakah bauan kasturi di sisi Mu,
atau hanya longkang dosa dari kerja cela lidahku ?

Aku mahu bertaubat ya Allah..
Aku mau kembali ke Sisi mu..
Aku tau taubat itu punya syarat,
Aku sudah tinggalkan dosa itu,
aku sudah azam tak mau mengulangi dosa itu,
aku sudah pupuk benci kepada dosa itu,
Sungguh!!
Aku betul bersungguh mau bertaubat..
Ya Allah, Pimpinlah agar aku tidak tersesat,
Ya Allah, Aku tak mampu bertahan,
Ku pohon bimbingan Mu dalam segala ujian,
Ya Allah, Pimpinlah gerak hidup Ku..
Sinarkanlah hidayahMu di hati Ku,
demi mencantas segala serakah nafsu,
Jangan biar ku semakin jauh dari rahmat Mu,
panggillah ku pulang ke dakapan kasih sayang mu..

Ya Allah, Ampunkan segala dosa ku,
Sesungguhnya engkau maha pengampun,

Aku manusia hina,
sering saja mengingkari Mu,
namun tauhid ku masih satu,
hanya engkau harapan ku,
Jangan biarkan ku sendirian mencari jalan bertemu Mu Tuhan,
Bersihkanlah bekas hati Ku dari karat dosa,
Simbahilah dengan zamzam makrifah dan mahabbah kepadaMu ya Allah,
Bentangkanlah di hamparannya khauf dan roja' yang tidak palsu,
Tamatkanlah hidupku dengan nota 'husnul khatimah',
Dan berikanlah aku Cinta mu, Pimpinlah aku agar aku tidak menjadi pengkhianat kepada cinta-MU


- coretan munajat di keheningan malam-malam Ramadhan

alahai dunia sekarang..

akhbar metro hari ni (ahad 14 september 2008) melaporkan seorang artis wanita melayu islam tempatan kita menafikan dirinya terlibat dengan kumpulan ajaran sesat. Dengan alasan "logik ka dia telibat dengan kumpulan (agama) sesat sedangkan dia pakai seksi-seksi...."

Aduh nak garu kepala ka nak geleng2kan kepala pun tak tau... Tapi sedih la, bila org islam tak kenai apa itu sesat. Akhirnya apa yang dia buat, dia tak rasa itu bercanggah dari Islam. Mungkin org kita nampak yang kata ajaran sesat tu ayah pin dan kahar sahaja... pakai pelik2, upacara pelik2, mengaku pelik2...

Sebenarnya takrif sesat tu lebih luas dari apa yang kita sangka. Apa yang bercanggah dari fahaman dan ajaran yang Rasul s.a.w bawa, itulah makna sesat. Pakai seksi tu pun dah sesat wahai cik adik. Islam ajar wanita dilarang bertabarruj. Islam mewajibkan wanita menutup aurat. dan aurat wanita itu, seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan. Selain itu, Aurat wanita juga tidak boleh menampakkkan bentuk tubuh. Walaupun pakai baju, tapi bila pakaian tu ketat, ia masih tidak menutup aurat kerana menampakkan ketul ketul bentuk tubuh... tak kena tu !!

Inikan pula seksi dari segi pendedahan anggota tubuh dan cara pakain yang bila orang lelaki tengok, dia bukan nampak pakaian tersebut, tapi lebih dalam pandangannya dari itu...huh!
Asraghfirullah al-azim!

Papan Iklan : Umno tu pun sesat sebab berjuang macam jahiliyah bila menjadikan bangsa sebagai dasar perjuangan utama dan islam letak nombot dua. Dahla tu, bangsa melayu pun koi tak terbela... lagi bertambah sesat la nampak gayanya.

Rabu, 10 September 2008

lawak menteri dalam negeri : pak syed, pak syed...huh

\Lapuran \Utusan... huhu \(lawak bangang \!!\)

Katanya, tangkapan tiga individu itu merupakan mesej jelas bahawa semua pihak termasuk ahli politik, organisasi atau individu tertakluk kepada undang-undang negara.
“Kita mempunyai bukti-bukti kukuh sekiranya polemik terbuka ini tidak ditangani, ia akan mengancam keselamatan negara.
“Oleh itu, ingin saya tekankan kita akan ambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mencetuskan polemik perkauman dan mengancam keselamatan negara,” katanya pada sidang akhbar khas di Bukit Aman di sini petang ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.


eleh, yang hampa cakap tu habuan muhong rakyat saja.. kalau betul ahli politi tertakluk pada undang2, dakwa pemimpin2 umno dulu.. dah bertimbun fail.. hampa bakaq ka apa?

kalau betoi organisasi terlibat dgn undang2, hantar surat tunjuk sebab tu kat umno.. depa yang dok timbulkan isu perkauman ni.

wahai encik menteri dalam negeri, yang cetuskan polemik perkauman baru ni ahmad ismail.
pasaipa ahmad ismail lawan koh tsoo koon, orang lain plak kena tangkap? Depa yang dok tengkar pasai perkauman ni, alih2 konon nak reda isu perkauman org berkelai tak kena tangkap org lain plak dok pi caghi...
Kalau kata depa salah pon, awat tak dakwa di mahkamah? kata ada bukti... takut bukti tak lut ka? atau bukti tu, bukti umno sedang tenat...

Ni nak habaq mai, kot2 lupa... keselamatn negara kalau teghuih dok bawah tok najib yang hampa dok ampu tu, sampai sut pun takkan terjamin. Orang suruh jaga keselamatan dok pi jaga benda lain ( tak berniat menyentuh skandal2 tok najib ). Mana taknya, kapai kita hat kena tawan tak lepas2 lagi. Tentera kita banyak mati waktu latihan.
Satu lagi, awat capoi sangat pemimpin2 umno ni dok pi tiup api permusuhan antara kaum? mulut hampa yang hebiaq, badan orang lain yang tanggung binasa...

Awat menteri dalam negeri ni memang gheja dia tangkap orang masuk isa ka haa? huhu
kira aman dah la noo negara ni bila gheja menteri dalam negeri, dia dok atuq sapa nak isikan sel2 di bawah ISA... huhu, tak la payah sangat jaga keselamatan negara kalau camtu.

celaru betoi menteri2 hat dok takut 16 sept...

kesian kat hampa. Tan Sri Timbalan ketua polis tu pun nak cepat popular gamaknya.. tak pasai2 terlibat dalam percaturan politik BN yang terdesak... nak sama2 jaga Umno kot?


P/s: Kita membantah keras penggunaan ISA. kalau kata salah, dakwa di mahkamah sebagai anak jantan !!!
Lawan dengan pompuan pun main cagha jahat ka?

Ops Lalang era badawi

Kenapa pencetus isu perkauman Dato' Ahmad Ismail hanya diberi hukuman penggantungan keahlian Umno selama 3 tahun sedangkan dialah orang yang paling bertanggungjawab mencetuskan api perkauman baru-baru ini.

Kenapa dalam kegawatan perpaduan yang sengaja dibangkitkan oleh UMNO akhirnya mengheret 3 orang lain ditahan ISA. Kenapa orang lain yang buat salah, orang lain yang dihukum ISA.

Apakah operasi lalang era Badawi akan kembali dicetuskan???

Mana laporan polis yang dibuat oleh kaum cina terhadap Dato Ahmad Ismail.. Apakah kerana dia pimpinan Umno, maka polis tak perlu bertindak terhadap beliau.

Laporan dibuat terhadap Dato Ahmad Ismail, tetapi polis ambil tindakan terhadap Teresa Kok dan Tan Hoon Cheng (wartawa) pulak?

Apakah penggantungan Ahmad Ismail yang jelas didapati bersalah hanya sebagai sandiwara untuk menipu kaum cina, sedangkan yang membuat laporan akhbar pula yang dikenakan tahanan ISA, sedang belum didapati bersalah. Apakah Umno dan Pemimpin tertinggi mereka yang sengaja mendalangi serangan terhadap kaum cina di Malaysia....

Yang buat salah ialah Ahmad Ismail, yang melaporkan kesalahan pula yang dikenakan tindakan...
Kesian kat polis kita. Undang2 akan jadi berkecuali kalau yang bersalah adalah pemimpin Umno!!

Macamana orang kita nak hormat dekat polis yang jadi alat Umno ni?!

Benarkah Peralihan Kuasa bakal berlaku 16 september ini?

Sebenarnya bukan suatu perkara mudah untuk memikat lebih 30 orang MP Barisan Nasional menyertai Pakatan Rakyat lalu menubuhkan Kerajaan Rakyat. Bilangan yang seramai itu sebenarnya agak menggugat kepercayaan akan berlaku peralihan kuasa dalam masa terdekat ini.
Namun, respon yang terlalu gabra ditunjukkan oleh Barisan Nasional seakan memberi semula keyakinan akan berlaku perubahan tersebut. Lawatan sambil belajar yang sangat tergesa-gesa dengan melibatkan bilangan MP BN yang cukup ramai di dalam bulan Ramadhan itu semestinya menjadi klu utama kepada teka-teki yang dicipta Anwar Ibrahim.
Apa pun tidak ada harapan yang terlalu menggunung kerana bimbang cakap-cakap besar politik ini hanya akan melemahkan petugas dan penyokong untuk terus memperjuangkan perjuangan rakyat ini.
Semua umat islam harus berdoa agar kekalutan yang berlaku berubah kepada keadaan yang lebih baik, bukan kepada yang lebih buruk dari sedia ada. Apa yang lebih penting semoga kedaulatan Islam semakin terbela dan mendaulat di tanah Melayu ini...

Selasa, 9 September 2008

ke arah peralihan kuasa 16 september...

Dalam kekalutan BN berhadapan dengan gertakan peralihan kerajaan 16 september ini, krisis dalaman Barisan Nasional terus bergelora. Krisis antara puak, bangsa dan sesama komponen terus berterusan seakan tidak menunjukkan akan reda. Malah suara tidak percaya kepada Pak Lah dan Najib semakin besar gelombangnya dalam Barisan Nasional sendiri.

Kali ini kemampuan Pak Lah dan Najib tercabar lagi dengan tindakan Datuk Ahmad Ismail, Ketua bahagian Umno Bukit Bendera yang disokog penuh oleh semua bahagian Umno Pulau Pinang termasuk bahagian Pak Lah sendiri di Kepala Batas. Apakah Pak Lah dan Najib akan membela kedaulatan bangsa melayu dan sejarah sebenar kedudukan orang melayu di Tanah Melayu ini atau cuba mengumpan kembali bangsa cina dan mengabaikan kedaulatan bangsa melayu serta merekakan sejarah kedatangan penduduk cina ke Malaysia untuk mengubat parah yang menyebabkan semakin ramai kaum cina, india dan melayu sendiri sudah hilang kepercayaan kepada Barisan Nasional untuk menjaga kedaulatan negara.

episod yang semakin mendebarkan ini, akan sama-sama kita lihat.. apakah Pak Lah dan Najib akan terus kehilangan keyakinan di kalangan ahli di dalam Barisan Nasional dan terus dilihat bodoh oleh rakyat malaysia?
sama-sama kita nantikan babak-babak menarik ini.... huhu

ps\: Bagi kita yang sudah menerima rakyat berbilang bangsa, perkara sensitif ini tidak perlu dibangkitkan dengan perasaan mengapi-apikan perpaduan antara kaum. Namun, inilah bahana bila perjuangan hanya berlatar-belakangkan perkauman macam umno, mic dan mca yang akhirnya hanya akan mewujudkan perpecahan dan pergaduhan serta menghancurkan perpaduan antara kaum..
Umno dan Barisan nasionallah yang harus bertanggungjawab terhadap pertelingkahan antara kaum yang sangat sensitif ini...

Papan Iklan : Bayu hanya bimbang rancangan mengapikan pergaduhan antara kaum ini dirancang oleh pihak yang terdesak dengan kebangkitan rakyat untuk ke arah peralihan kuasa yang semakin hampir. Andai benar pergaduhan ala 13 mei bakal berlaku semula, maka yang paling untung adalah mereka yang sangat terdesak untuk mempertahankan kuasa yang sudah di tangan.....
huhu, macam-macam betoi!