Selamat Datang

Ahad, 24 Februari 2008

PAKLAH BADAWI AL-TIDURI AL-HADHARI : Tidak ada can nak jadi Ketua Pembangkang

Saya tertarik dengan berita Harakahdaily hari ini. "Jadikan Abdullah (badawi) sebagai ketua pembangkang"

Apa yang lebih tepat sebenarnya ialah "Pilihanrya 12 akan menamatkan karier politik Paklah di Parlimen" sebab kita melihat arus dan gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak dan mengajar Perdana Menteri yang suka dan banyak tidur itu. Kita percaya rakyat Kepala Batas tidak lagi akan mengizinkan paklah al-tiduri untuk menganggotai parlimen kepala batas selepas 8 mac 2008 ini. Kita percaya dengan rakyat bahawa kali ini suara rakyat akan memutuskan supaya paklah al-tiduri al-hadhari bukan lagi Perdana Menteri slepas 8 mac 2008 ini malah bukan juga Ketua pembangkang kerana rakyat akan menolak dan menyerahkan kerusi Parlimen Kepala Batas kepada orang yang boleh berjaga dan berbahas di Parlimen membawa suara rakyat. Rakyat akan mengembalikan Paklah supaya boleh tidur di rumahnya sahaja. Rakyat Kepala Batas semakin bijak untuk tidak lagi memilih wakil rakyat yang hanya makan gaji berjuta-juta dengan kerja tidur semata-mata !!!

Awas calon bebas !!

AWAS dengan semua calon Bebas !!

Mengamati percaturan politik pilihanraa kali ini, kita mendapati hampir kesemua DUN / Parlimen yang mengandungi jumlah pengundi yang ramai dari kalangan kaum cina dan india disertai oleh calon bebas. Ini, boleh dilihat di banyak kawasan di seluruh negara. Maklumat yang kita dapat, inilah strategi Barisab Nasional pada pilihanraya kali ke 12 ini, bagi menghadapi arus kebangkitan kaum cina dan india yang semakin bergelombang mencetus azam menggulingkan Barisan Nasional.

Kita menasihati kaum india dan cina agar sama sekali tidak tertipu dengan taktik ini. Anda harus jelas mengundi calon yang telah di letakkan oleh Parti keAdilan Rakyat dan Barisan Alternatif untuk menjamin suara anda dapat didengan di Dewan sekali gus dapat mengajar kebiadaban Barisan Nasional.

Bukti jelas taktik ini telah digunakan, anda boleh melihat semua kawasan yang mempunyai majirti seimbang antara semua kaum. Jika melihat kawasan yang mempunyai Majoriti orang melayu, penyertaan calon bebas seperti tidak ada langsung pada kali ini. Oleh itu, hasrat Barisan Nasional sekurang-kurangnya penyertaan calon bebas di kawasan-kawasan campuran yang seimbang antara semua kaum ini dapat memecah undi Kaum india dan cina yang semakin marah kepada Barisan Nasional. Jika kaum cina, india dan melayu tidak membulatkan undian anda hanya kepada calon BA (pas dan keadilan), kita khuatir, Barisan Nasional akan mendapat keuntungan dengan taktik politik jahat ini. Kita juga bimbang hasrat kita untuk mengajar Barisan Nasional pada kali ini tidak kesampaian.

Contoh yang paling baik untuk dikaji, kenapa Barisan Nasional sanggup menaja penyertaan calon Bebas di Parlimen Lembah Pantai?!!
jawapan yang paling tepat ialah, Shahrizat yang merupakan vateran lapok Barisan Nasional itu sudah rasa tergugat dengan aura anak muda ( Nurul Izzah Dato Seri Anwar Ibrahim -keadilan) yang lebih bijak, muda, cantik dan berkeupayaan mentadbir Lembah Pantai berbanding shahrizat sendiri yang hanya sekadar berlagak cantik (tetapi sebenarnya tidak......) dan hanya mencari keuntungan peribadi dan kroni di Tanah Lembah pantai. Pastinya kehadiran calon bebas hanya demi memecahkan undian protes rakyat kepada BN!!!

Khamis, 21 Februari 2008

Cadangan menyelesaikan undi pos

Pemilih awam : 10,701,054 orang
Pemilih pos : 221,085 orang



walaupun kita kecewa dengan pengundi hantu yang ramai masih tergolong dari 10,701,054 pemilih yang layak mengundi pada pilihanraya kali ini, kita juga menyatakan ketidakpercayaan kita kepada undi pos.

Bayu menggesa seluruh rakyat dan parti yang bertanding mengesyorkan kepada SPR agar menyatakan secara terperinci jumlah undian pos yang diperolehi pada pilihanraya yang akan datang pada 8 mac depan.

Kita selalu mendengar, undi pos merupakan senjata paling ampuh SPR untuk memenangkan BN. Jadi saranan bayu sebagai rakyat Malaysia, nyatakan statistik dan perincian undi pos dengan jelas dan nyata.

Daripada 221,085 pemilih pos berapa undi yang BN dan lawan BN dapat.
Daripada 221,085 pemilih pos tersebut, berapa orang yang keluar mengundi dan berapa pula yang tidak mengundi.
Jangan pula dalam 221,085 pemilih tersebut terdapat juga hantu yang mengundi pos.
Kita juga cadangkan supaya proses undi pos diikuti oleh wakil spr dan wakil setiap parti yang bertanding.

jika perincian ini dibuat, SPR sekurang-kurangnya dapat menafikan tohmahan rakyat dan ketikdakpuasan rakyat yang mendakwa undi pos dimonopoli dengan undian kepada BN semata-mata. Jika perincian itu dibuat, dan kita dapati satatistik undian pos seimbang antara semua parti, maka sudah pasti tuduhan kepada undi pos akan ditamatkan. Tetapi jika benar seperti dakwaan bahawa undi pos semata-mata mengundi BN, Undi pos kesemuanya berpihak mengundi BN, sudah pasti hal ini meragukan.
Najib yang menang dengan majoriti 200 lebih kurang pada 1999 tiba-tiba menang besar pada tahun 2004 bila undi pos ditambah ke Parlimen yang beliau bertanding... hal seumpama ini pasti benar menimbulkan syak dan keraguan!


Kita doakan semoga pilihanraya kali ini berjalan dengan baik dan tidak berlaku sebarang penipuan.
Semoga ALLAH menunjukkan kepada kita semua tipu helah Musuh-musuhnya dalam SPR kali ini.
Semoga ALLAH membongkarkan kerja jahat UMNO dan semua komponen Barisan Nasional seterusnya menyedarkan rakyat dan membawa rakyat tidak lagi mengundi BN malah menyokong dan mengundi calon-calon Pas- Barisan Alternatif.
Semoga Allah membalas kerja jahat mereka dengan balasan yang setimpalnya di dunia dan akhirat !!!!

Berterbang ke Malaysia sekejap :)

20 hb telefon keluarga di Malaysia.
21 hb buat urusan cari tiket dan khuruj wa audah.
22 hb insyaALLAH bakal berlepas dari Syria.
23 hb insyaALLAH bakal sampai di Malaysia.
24 Bakal sertai Pernamaan Calon di Sungai Petani.

InsyaAllah, bayu akan bersama rakyat Kedah menyaksikan Sejarah Besar Malaysia - peralihan kuasa / kerajaan negeri kepada kerajaan baru... insyaAllah.
Semua pendokong agama seluruh dunia diminta berdoa banyak-banyak dan tolong iringi perjuangan rakyat malaysia dengan Solat, doa dan munajat yang penuh khusyuk dan ikhlas kepada Allah s.w.t.

doakan bayu, semoga semua urusan dipermudahkan...

Rabu, 13 Februari 2008

Pembubaran Parlimen- menjelaskan sikap sebenar Paklah

Parlimen telah dibubarkan hari ini. Pembubaran Parlimen pada hari ini menunjukkan beberapa sikap dan menjadi simbolik kepada bebarapa keperibadian Perdana Menteri yang dulu, Pak Lah:

1. Pak Lah seorang PENAKUT dan pemimpin yang PENGECUT : Tidak pernah berani mengumum awal bila pilihanraya bakal diadakan di negara Malaysia. Walaupun semalam beliau sempat juga ditemurmah oleh pemberita.

2. Pak Lah TIDAK MENGHORMATI agama dan bangsa lain : Beliau sanggup mengumumkan pilihanraya ini dalam tempoh kaum tionghua masih di dalam mood menyambut tahun baru cina.. Pak Lah ialah pemimpin yang paling tidak mengambil kisah perasaan masyarakat berbilang bangsa. Tidak pernah memikirkan sensitiviti rakyat. pemimpin begini amat bahaya. pemimpin yang tak pandai menjaga sensitiviti rakyat bakal dikejutkan dengan kehuru-haraan.

3. Pak Lah PEMBOHONG : Semalam semasa ditemuramah oleh pemberita, beliau mengatakan tidak akan ada pembubaran parlimen pada hari ini. di sini saya bawa artikel pembohongan Paklah dalam laporan utusan semalam.

PM ulas desas-desus pembubaran Parlimen hari ini
Oleh Nazrullah Rosli dan Saifulizam Mohamad


BANGI 12 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan desas-desus yang semakin hangat bahawa beliau akan mengumumkan pembubaran Parlimen, esok. ‘‘Tidak... tidak lagi, pandailah you,’’ kata Perdana Menteri sambil tersenyum lebar ketika pemberita mengajukan soalan mengenai khabar angin kemungkinan beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Abdullah juga menolak saranan pemberita bahawa mesyuarat Kabinet esok adalah yang terakhir yang akan dipengerusikan oleh beliau sebelum pilihan raya umum. Secara bersahaja beliau berkata: ‘‘Khabar angin, itu yang seronok dengar, siapa cakap? Mesyuarat Kabinet ada lagi, ada lagi, dalam penggal ini ada lagi mesyuarat Kabinet.’’

Kalau bukan Pak Lah yang menipu.. Maka Utusanlah yang menipu..

Awas wahai rakyat Malaysia..
Anda tidak boleh pakai cakap Pak Lah kerana beliau memang pembohong. begitu juga tak boleh pakai dengan utusan,Berita Harian, RTM, TV3 dan semua media yang dimilki oleh kerajaan yang lain.. semuanya bakal menipu dan terus menipu sempena Pilihanraya ini.

Ahad, 10 Februari 2008

Langkawi - Mahathir, Mukhriz dan BN.... huhuhu

Kenapa angin yang bertiup seakan menyebut-nyebut nama Mukhriz Mhathir bakal bertanding di Langkawi. Apakah kuasa dan aura bekas Perdana Menteri masih kuat mencengkan politik Pak Lah?! atau Pak Lah tiada pilihan lain dek kekerdilannya berhadapan pengaruh Mahathir yang lebih kuat di dalam Barisan Nasional? atau ada apa dengan kisah mereka berdua?!!

Apa yang kita dengar sebelum ini, bagaimana Mahathir terlalu berminat dengan pulau Langkawi. Jadi apakah beliau masih menaruh cita-cita itu. Tidak hairan kenapa di zamannya, langkawi terlalu megah dan pesat dibangunkan.

Apa yang pasti, Langkawi adalah tanah yang amat menguntungkan dan boleh dijadikan bekal kepentingan diri yang mewah buat jangka masa yang lama. selain itu kedudukan politik di Langkawi seakan tidak terkesan pengaruh ' gelombang kuning' dari tanah besar... Langkawi selamat buat BN?!
Jika Mukhriz dan BN berjaya di Langkawi, mungkin usaha menghidupkan cita-cita Mahathir yang lama akan dilancarkan semula ...

Prihatinlah wahai rakyat Langkawi....

bercuti sementara..

Sehabis sahaja selesai peperiksaan, kami diberi cuti sebulan. Alhamdulillah.
Tetapi hari-hari awal cuti bayu agak disibukkan dengan beberapa urusan bisnes.
InsyaAllah, bayu akan kembali segera bergelumang dan menyemarakkan kehangatan pilihanraya yang semakin DEKAT...

Selamat Berjuang buat Rakyat Malaysia...

Jumaat, 1 Februari 2008

Dr. Mustafa Said Khin telah kembali ke Rahmatullah

Semalam, ketika umat Islam berduyun-duyun berkunjung ke masjid-masjid di Syria untuk solat jumaat - Umat terkejut dengan pengumuman khatib-khatib.

Syeikh Dr. Mustafa Said Khin telah kembali ke Rahmatullah ketika sedang di dalam masjid untuk solat Jumaat.

Syeikh yang mempunyai bilangan murid yang ramai di seluruh dunia itu merupakan amid pertama Kuliah Syariah di Universiti Damascus serta mempunyai karangan yang banyak dalam kepelbagaian bidang ilmu agama. Beliau merupakan salah seorang pakar Usul Fiqh di Syria.

Seorang tokoh ulama kontemporari yang luas karya karangannya terutama dalam ilmu usul fiqh dan ilmu fiqh..

Seorang lagi bintang duniaIslam telah kembali kepada Kekasihnya......

Al-Fatihah !