Selamat Datang

Sabtu, 25 Ogos 2007

17 jam Menunggu kecewa

sebelum jam 10 pagi, bayu dah terpacak menunggu di balai ketibaan Airport Antarabangsa Damascus. Beberapa orang teman turut serta. Shabab (lelaki) dan juga Akhawat (perempuan). Masing-masing berwajah ceria menanti kedatangan rombongn 'adik-adik' baru ke Syria yang dipimpin oleh Ustaz kami dulu. 9.20pagi tadi lagi, penerbangan Emirate telah mendarat dan menurunkan rombongan tersebut.

Semua pelajar yang datang menyambut kedatangan ustaz dan kawan-kawan tersebut sangat berseri. Yang tak pernah pernah pakai lebai pun nampaknya ada lebai di kepala. Ramai pulak yang berbaju melayu.. butangnya, nah sampai habis ke tengkok dia pakai. yang perempuan pulak, masing-masing segak dengan purdah dan tudung labuh yang memang sudah menjadi kebiasaan pelajar sini. tapi hari ini, semakin segak.. hehe

Penumpang penerbangan yang tiba tadi semua dah keluar habis. rombongn yang kami tunggu masih di dalam. 10.15 ada lagi penerbangan yang mendarat. semua penumpang dah keluar habis. Rombongan yang kami nantikan masih di dalam. Begitulah sampai ke petang. Kami dirikan solat jumaat mengikut mazhab hanafi di masjid Airport. Kami dapat sms dari ustaz yang memimpin rombongan mengtakan mereka disoal siasat. Mereka mungkin ditahan sebentar lagi untuk menunggu keputusan dari Kementerian dalam negeri di sini samada diizinkan masuk atau sebaliknya.

Kami memebeli makanan tengahari untuk dihantar kepada mereka di dalam. tetapi pegawai airport tidak mengizinkan. malah mereka juga tidak mahu menolong. jadi, roti-roti itu menjadi rezeki tengahari kami yang menunggu di luar. Sesudah makan tengahari, siswi yang menunggu disyorkan pulang dulu. Tinggallah 6-7 shabab yang masih kuat menunggu.

pukul 2 pagi esoknya (seteah 16 jam kami menunggu di Airport), kami menerima sms bahawa rombongan tidak diizinkan masuk. Tak ada sesiapa yang mengetahui sebab ketidakizinan tersebut. setelah beberapa ketika, setelah kering bibir memaki dan mengumpat arab.. kami ambil keputusan balik dulu. 3 pagi kami ambi bas dan pulang ke kota Damascus.

hari ni, mereka masih di dalam. Ditahan lagi. Keputusan dikeluarkan, mereka mesti balik Malaysia. Mungkin esok pagi, mereka akan berlepas pulang.

bayangkan 2hari 2 malam dalam tahanan di Airport. Jangan sangkakan seperti tahanan Airport di negara barat atau negara maju. Tahanan di sini amat menyedihkan dan memilukan. Tempat yang tiada apa2. Harapan yang menggunung untuk menimba ilmu di sini dan Semangat yang berkobar merentasi hidup di bumi perantauan tiba-tiba hampir lebur disebabkan birokrasi yang entah apa-apa.

Mereka yang pernh hidup dalam masyarakat arab pasti dapat mengerti betapa celakanya kita dipermainkan oleh birokrasi mereka.