Selamat Datang
Rabu, 30 Januari 2008
Kembalinya Pejuang ke pangkuan Kekasihnya - Takziah buat keluarga SS Dato Ishak Baharom
Ramai manusia menangisi dan menyesali pemergian seseorang ulama' tetapi sedikit manusia yang menghargai kewujudannya semasa hidup.
Sahibus Samahah Dato' Seri Utama DiRaja Dato' Haji Ishak bin Haji Baharom Tahun yang pernah berkhidmat sebagai Mufti Negeri Selangor 1985 - 1997 merupakan tokoh agamawan tersohor di Tanah Melayu khususnya. Ketegasan dalam kelembutan pribadi beliau menggentarkan musuh-musuhnya. Pandangan dan nasihatnya yang jarang sekali menyrang mana-mana individu selain tidak pernah menggunakan kata-kata kesat dan kasar menjadikan beliau ulama negara yang disegani dan dihormati oleh semua pihak. Sikap lemah lembutnya amat memukau. Tutur bicaranya yang penuh sopan dan tertib itu acap kali menyentuh hati-hati yang mendengarnya. Tidak hairanlah kenapa majlis beliau yang walaupun tidak berapi itu mampu bertahan dengan jumlah pendengar yang selalu ramai.
Semoga Allah tempatkan beliau bersama para solihin dan pejuang-pejuangnya yang dimudahkan urusan hisab diakhirat kelak.
Pelajar-pelajar Maahad Tarbiah Islamiah Derang (PMTIS) akan menganjurkan solat jenazah ghaib ke atas almarhum Sohibus Samahah pada hari Khamis 31/1/2008 jam 8 malam di rumah pentadbiran PPMS. Semua pelajar Malaysia dijemput hadir !
* Dimaklumkan kepada bayu, Dato Syeikh Azmi bin Hj Ahmad ( Bekas Mufti dan Ketua Hakim Mahkamah Syariah Pulau Pinang ) sedang tenat. Sama-samalah kita doakan semoga beliau sihat dan ummat masih sempat mengambil manfaat darinya.
sedikit biodata Sohibus Samahah Dato' Ishak Baharom (sumber : Harakahdaily)
Almarhum Dato' Ishak Baharom dilahirkan pada 1 Januari 1928 di Kampung Batu 22, Kanchong Darat, Banting, Selangor. Ayahnya Haji Baharom bin Jabar, berasal dari Banjarmasin, Sumatra. Manakala ibunya Hajah Fatimah bt Haji Junid berasal dari Melaka. Beliau mempunyai 5 orang adik-beradik. Allahyarham meninggalkan balu, Datin Khalijah Abdullah serta tiga orang anak.
-->
Almarhum mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kanchong Darat dari 1935 - 1941. Semasa pemerintahan Jepun, beliau tidak dapat meneruskan persekolahan selama 2 tahun. Pada tahun 1945, Almarhum menyambung pelajaran di di Sekolah Menengah Arab Madrasah Bukit Mertajam, Seberang Perai, Pulau Pinang. Seterusnya melanjutkan pelajaran di Darul Ulum, India.
Jawatan terakhir Almarhum sebelum dilantik menjadi Mufti Negeri Selangor pada 1985 ialah sebagai Mudir Sekolah Menengah Agama Batu 38, Sabak Bernam. Bagaimanapun pada 1997, ekoran fatwa yang dikeluarkannya yang menegaskan pertandingan ratu cantik adalah haram, beliau telah dipecat daripada jawatan mufti walaupun perkhidmatannya baru sahaja di sambung.
Selepas pemecatan tersebut, Almarhum meneruskan perjuangannya dengan turun ke padang sebagai penceramah dan pendakwah bebas. Almarhum bergiat serius dalam PAS bermula pada 2003 setelah dilantik menjadi Ahli Majlis Syura Ulama' PAS sehingga 2007
Sabtu, 26 Januari 2008
Perkhidmatan Kargo Syria ke Malaysia
Perkhidmatan Kargo dari Syria ke Malaysia yang lebih menjimatkan Anda!!!
Antara tawaran kami untuk anda;
* Wakil Syarikat akan datang mengambil kiriman anda di hadapan rumah anda.
* Bayaran boleh dibuat secara tunai di Syria ataupun di Malaysia.
* Perkhidmatan dengan harga yang paling berpatutan !!
* Bagi pelajar Syria, Walaupun hanya sekotak kitab sahaja kiriman anda, Kami tetap akan hantar sampai ke alamat yang anda berikan !!
* InsyaAllah semua kiriman anda akan sampai dengan selamat dan terus ke alamat yang anda berikan.
Sila hubungi,
sdr. Azfar Abdullah : 9633966-769303 (imanis_muzaffar@yahoo.com)
sdr. Halim Abu Hasan : 9633966-829943
Jumaat, 18 Januari 2008
Parti Mahasiswa Negara - Boleh pakai ka?!
Kalau PMN ditubuhkan untuk menentang kezaliman BN, kenapa tidak sahaja menyertai PAS sebagai sebuah Parti Islam. Kalu tidak pun sertai la KeAdilan sebagai sebuah parti Nasional yang menghimpun pelbagai agama dan bangsa. Atau pun mungknkah Barisan Alternatif ini juga tidak telus dan bersesuaian dengan kebenaran? Bila dah sertai pilihanraya nanti, dengan siapa mereka akan berlawan dan dengan siapa pula mereka akan bersama? Kenapa harus berani sangat berhadapan dengan Auku sedangkan masih banyak parti alternatif lain yang bermati-matian menentang kebobrokan BN?
Apa yang masih tetap membingungkan kita, dari mana PMN ini mendapat dana. Bukan sedikit dana yang diperlukan oleh Parti politik untuk menyertai pilihanraya ataupun menyara hidup perjuangan dalam kancah politik.
Walaupun PMN tetap mengatakan dananya tiada masalah....
Lagi, apa yang lebih dicurigakan berlaku klik-klik seumpama diprotes dalam usaha penubuhannya. Parti-parti pembangkang yang lain juga didaftarkan tetapi tidak lah seperti apa yang berlaku kepada PMN. Atau mungkinkah klik-klik tersebut diwujudkan oleh pihak tertentu yang sememangnya berpengaruh untuk cuba mengalih pandangan rakyat kepada parti yang masih kerdil pengaruhnya itu? Mungkinkah pihak tersebut merupakan pihak yang mampu menguasai media dan jentera kerajaan yang lain (termasuk pegawai keselamatan)?!
Oleh sebab itu, BA harus berhati-hati dengan PMN. Cuba jelaskan siapa sasaran politik sebenar PMN. Siapa musuh politik PMN itu harus jelas. Kerana pertandingan di pentas politik akan membingungkan rakyat. BA harus jelaskan hubungannya dengan PMN samada musuh politik mereka atau sebaliknya. Ahli dan Penyokong Pas, KeAdilan dan termasuk juga DAP masih bingung dengan PMN.
Mungkinkah dengan alasan rakyat cerdik memilih calon akan menjadi sebab calon PMN bakal bertanding di kawasan-kawasan BN berisiko kalah yang akhirnya usaha BN memecah undi rakyat dan pembangkang berjaya....??!!
Apa yang bayu dapat simpulkan ialah pilihanraya memang sudah dekat!!!
Satu lagi, Cerita pasal paklah pulak....
Apa la yang YAB Pak Lah suka sangat buat main teka-teki dengan tarikh pilihanraya ni.. Tak ada yang seronok pun. Kalau di banyak negara luar, Tarikh Pilihanraya awal-awal lagi sudah diberitahu. Maka masing-masing mencari pengaruh berdasarkan tarikh ketetapan pilihanraya tersebut. Baru adil dan jantan berlawan macam tu. Sedangkan di Malaysia, tarikhnya dijadikan bahan teka-teki yang sehingga sekurang-kurangnya PM boleh ikut suka hatinya mengumumkan akan ada pilihanraya bila melihat kedudukannya agak selamat dan boleh suka hati juga menangguh andaikata kedudukannya dan partinya masih tidak selamat...
Jumaat, 11 Januari 2008
Bukan isu roti canai...
Khamis, 10 Januari 2008
Kembalikan Fungsi Masjid dalam menghadapai dunia Akhir Zaman
Bayu tertarik dengan salah satu usul dari TERAS terhadap beberapa cadangan pengukuhan sosial masyarakat di negara ini untuk mengembalikan kualiti insan dikalangan rakyat sekaligus membenteras gejala jenayah :
"5. Setiap qariah masjid hendaklah mengujudkan badan pencegahan jenayah supaya pemantauan dan pencegahan dapat dilaksanakan dengan lebih rapi. Badan ini hendaklah berfungsi dengan berkesan melalui latihan dan kerja-kerja kaunseling dan dokumentasi supaya semua kes-kes jenayah yang berlaku dari bulan ke bulan dapat dinilai Pihak berkuasa perlu bekerjasama dan mengujudkan sistem perhubungan yang kemas agar laporan jenayah yang diadu oleh masyarakat dapat disampaikan dan diambil tindakan segera."
sila layari http://temanteras.wordpress.com/
Sebagai tambahan kepada usul tersebut, bayu berpandangan peranan masjid harus digerakkan semula. Badan Pencegahan seperti diusulkan TERAS itu seeloknya bukan ditaja dan digerak oleh qariah tetapi digerakkan oleh masjid di dalam qariah itu sendiri.
Dalam usaha menggerak badan pencegahan tersebut, Masjid adalah yang paling layak dan harus dijadikan tempat khidmat masyarakat. Semua fungsi hidup masyarakat seharusnya berpusat dari masjid. Peranan masjid harus dikembangkan semula seperti ajaran dari Sirah Nabi Muhammad s.a.w.
Masjid bukan sahaja mengumpul beberapa kerat manusia untuk bersolat jamaah, tetapi harus mengumpul umat islam dalam pelbagai acara kemanusiaan dan kemasyarakatan. Peranan Imam, pengerusi dan AJK masjid harus berpindah dari hanya sekadar menjaga tahi cicak kepada menjaga masyarakat setempat. Oleh itu, mereka sepatutnya bukan hanya setakat berperanan membuka pintu masjid untuk mengumpul beberapa orang mengisi saf yang tidak pernah cukup, tetapi lebih dari itu datang berjumpa setiap orang berkempen untuk bersama menghidupkan jemaah dan mengembalikan fungsi sebenar Masjid.
Masjid semestinya dikembangkan fungsinya dalam masyarakat sehingga boleh dijadikan pusat perkembangan ekonomi setempat, pusat kaunseling, kelas tambahan kepada pelajar, tempat lepak keluarga muslim, pusat bantuan bencana alam dan sebagainya. Selain itu, Seluruh ajk masjid harus mula bergerak dan mengambil inisiatif wakil rakyat dalam berkongsi masalah masyarakat. Mereka harus turun dan keluar dari kepompong kubah yang terbatas menemui setiap orang dalam komuniti mereka.
Oleh itu, pemilihan Imam, pengerusi dan ajk masjid perlu diberi perhatian berat. Jawatan tersebut bukan sekadar mengisi kotak-kotak kosong dalam carta jawatankuasa masjid tetapi pengisian tersebut harus diisi dengan tindakan-tindakan susulan demi memurnikan mayarakat muslim setempat sekurang-kurangnya. Bertitik tolak dari hal tersebut, bayu mencadangkan perlantikan jawatankuaa masjid harus diberikan kepada orang yang mempunyai tahap kelayakan yang baik seterusnya pihak berwajib pula harus menambahkan nilai wang saguhati kepada mereka atas khidmat pemulihan masyarakat tersebut. Menambah nilai saguhati tersebut sekurang-kurangnya dapat menarik ramai lagi sukarelawan muslim dalam bersama-sama mengembalikan fungi asal masjid dalam usaha memulihkan keadaan masyarakat yang terdesak dan tersasar jauh dari ajaran Agama.
Selain dari mengembalikan masyarakat kepada Masjid digerakkan di kalangan muslim, setiap agama lain juga sepatutnya menarik semula pengikut-pengikutmereka kembali kepada peranan dan pengaruh tempat-tempat ibadat mereka. Aliran sekular dalam semua agama harus dinyahkan. Pemisahan agama dari peranan hidup di luar tempat ibadat banyak mengundang kerosakan di muka bumi. Kristian sebagai contoh terlalu jauh terlari dari ajaran kitab mereka apabila usaha memisahkan peranan gereja dari pemerintahan telah berjaya. Bayu percaya, setiap manusia yang berpegang teguh dengan ajaran kitab mereka yang tulen serta jiwa mereka dekat dengan peranan tempat-tempat penyembahan, iu-isu sosial dapat diseleaikan. Bayu juga percaya semua bangsa dan agama dapat hidup dengan harmoni jika masing-masing tidak terasar dari ajaran agama mereka yang asal.
Rabu, 9 Januari 2008
Selamat Ulang Tahun TERAS
Bayu Senja mengucapkan TAHNIAH kepada Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) di atas istiqamahnya memperjuangkan agama dan bangsa selama 10 Tahun ini.
bayu juga akan terus doakan Tn Hj Azmi Abd Hamid, semua staf Teras serta pembantu-pembantu gerakerja dakwah teras akan terus bertahan dan istiqamah dalam perjuangan mereka.
Sepertimana 1 muharam setiap tahun Teras akan menganjurkan Perhimpunan Penggerak Melayu Kebangsaan. Justeru, bayu amat harapkan semua pembentangan dan resolusi dari perhimpunan dapat dimanfaatkan bersama oleh semua pencinta Agama.
Harapan, kami yang tak dapat ikuti perhimpunan tersebut juga berpeluang ikuti siri pembentangan dan agenda lain dalam perhimpunan tersebut !
kalau tak ada video live pun cukup lah siarkan kertas2 kerja, atau apa2 keputusan yang dicapai dalam laman teras ... k!
Isnin, 7 Januari 2008
Ustazah.... ustazah....
sekadar gambar hiasan
Jumaat, 4 Januari 2008
Pemurnian Ummat – Keseragaman dakwah dan pendisiplinan Jamaah
Dunia islam tidak dapat menafikan bahawa imprealisme barat masih kuat mendominasi dunia islam keseluruhannya walaupun dunia islam sudah diisytihar merdeka kebanyakannya. Secara keseluruhan, Umat islam seantero dunia bagai terasing dari penghayatan islam dalam dunia Islam sendiri. Dalam waktu yang sama pula Negara-negara minoriti umat islam semakin hebat mendiskriminasi dan mencengkam umat. Namun, kita masih boleh mengakui keadaan islam di Malaysia masih boleh dianggap baik jika dibandingkan Negara-negara Islam yang lain. Namun apa yang amat dibimbangi, keadaan tersebut semakin tercabar. Symptom2 pencabulan kemuliaan ummat mula menggejala dalam banyak ruang di Negara kita.
Dalam kegawatan umat yang hebat berlaku, aktivis sering pula pantas memberi alasan ketidakupayaan memperbaiki keadaan. Tidak cukup petugas sepenuh masa, tidak mempunyai sumber dan kemudahan yang sempurna dan anggota-anggota organisasi yang hanya bekerja secara sukarela adalah alasan yang kerap didengari. Namun begitu dalam masa yang sama, mereka jugalah yang bercakap soal iltizam, komitmen dan pengorbanan. Mereka jugalah yang terus menyatakan gerakan Islam perlu ditingkatkan kecekapan dan keberkesanannya.
Secara hakikatnya, organisasi Islamlah yang masih ketara menunjukkan ketidakcekapan dan kelembapan dalam bertindak. Sementara dunia bergerak pantas, isu kemanusiaan semakin kompleks dan rumit, gerakan Islam masih ketinggalan dalam menampilkan pengurusan yang amat asasi untuk mengenengahkan kewibawaannya sebagai badan yang boleh membawa impak melalui penyataan mahupun tindakan.
Seringkali didapati anggota-anggota terputus hubungan dari maklumat dan perkembangan semasa sehingga ramai pula yang ‘menganggur’ ketika berada dalam organisasi. Ekoran dari itu anggota yang sebegitu ramai bukan lagi menjadi asset tetapi menjadi liabiliti kepada organisasi. Ketidakseragaman fahaman dan perspektif dalam menanggapi sesuatu isu kerana tidak dilengkapkan dengan maklumat yang kemaskini menyebabkan anggota-anggota terus bersimpang siur dalam berfikir dan bertindak.
Setiap pertubuhan Islam perlu membuat analisis yang mendalam untuk mengukur pencapaian masing-masing dalam menangani masalah umat jika ia benar-benar mahu mewakili perjuangan umat.
Retorik mengenai Islam semata tidak akan dapat menangani dan memenangi sokongan masyarakat. Sesebuah gerakan Islam perlu siap mendepani pelbagai masalah umat bukan sahaja dengan ungkapan dan pernyataan tetapi dengan aksi dan penyelesaian alternatif.
Gerakan Islam perlu membuat anjakan yang cukup berani dan bijak. Anjakan yang diperlukan ialah merubah orientasi, konsep dan perspektif operasi dari sekadar berlegar-legar di sekitar pernyataan-pernyataan yang besar dan terlalu abstrak kepada gerakerja serius yang menterjemah konsep kepada amal. Harus ada kejujuran untuk turun mendatangi masyarakat marhain bukan sekadar untuk melakukan kerja-kerja kebajikan tetapi untuk melancarkan pembebasan. Pembebasan yang dimaksudkan ialah golongan terlantar dibantu, kalangan yang tertindas dibela, pihak yang terpinggir diangkat dan ditempatkan ke posisi yang bermaruah. Gerakan Islam sebarusnya turun ke lapangan memberi suara kepada mereka yang dirampas hak untuk bersuara, memberi keberanian kepada mereka yang diperkerdilkan, memperkasa mereka yang lemah, mengesat air mata golongan yang menderita, mempertahankan hak mereka yang dinafi, menuntut keadilan bagi mereka yang dizalimi, memulihkan golongan terlanjur, memurnikan golongan belia yang tersasar, mencerdaskan umat dengan kepekaan sekeliling, memperkasa mahasiswa, menyemarakkan aliran agama dalam masyarakat dan mengeluarkan masyarakat dari kekeliruan agama dan politik.
Sudah sampai waktunya gerakan-gerakan yang wujud meminimakan perselisihan antara gerakan. Semua gerakan harus mula memahami dan meraikan perbezaan. Semua gerakan Islam harus mencari titik temu untuk bersama dalam dakwah dan usaha pembaikpulihan di samping menjauhi sikap menyerang sesama gerakan. Sepatutnya, kita mengambil dan menerima peluang prebezaan lapangan yang pelbagai sebagai suatu keistimewaan dakwah. Sudah tiba waktunya kita menyedari hakikat di lapangan lebih mendambakan waktu dan tenaga yang banyak dari setiap aktivis. Kita amat bimbang perselisihan yang berlaku membudayakan permusuhan sesama gerakan sedangkan dalam waktu yang sama umat semakin jauh dari landasan. Apa yang penting kita perlu menolak fikrah sempit yang mengecilkan konsep wahdatul fikr kepada satu jemaah dan satu kepimpinan yang hanya membuahkan perbalahan antara gerakan dakwah.
Selain itu, gerakan Islam juga harus kembali membina jaringan dengan umat massa yang terbanyak jika ía tidak mahu menjadi terpisah, terasing dan tercabut dan missi nubuwwah yang ingin dilanjutkannya. Keinginan kita melihat negara yang berakyatkan “khaira ummah” hanya akan menjadi mimpi jika para aktivis dan gerakan tidak mendisiplilkan semula gagasan dakwah mereka.
Panduan:
Kertas kerja Tn. Haji Azmi bin Abd. Hamid, Presiden Teras;
1) Disiplin Keorgabisasian Gerakan Islam Perlu Pembaikan Segera.
2) Gerakan Islam Perlu Berganjak Dari Sindrom Retorik
Rabu, 2 Januari 2008
Chua Soi Lek - lambang keruntuhan moral pimpinan BN
Akhbar negara harus mengutuk keterlibatan menteri seumpama ini dalam skandal seks. Apa yang menyedihkan akhbar-akhbar arus perdana ini seolah cuba membersihkan penglibatan beliau dalam skandal seks tersebut. Apa pula ulasan pimpinan tertinggi Barisan Nasional yang lain dalam kes skandal ini?! Apa Perdana menteri nak cakap pasal skandal seks yang dilakukan oleh pimpinan negara Islam Hadhari ini?!
kita mendesak semua pimpinan kerajaan Barisan Nasional lain yang benar terlibat supaya membuat pengakuan terhadap semua dakwaan skandal seks dan skandal rasuah serta lain-lain isu yang dikemukakan oleh rakyat sebagai meniru langkah baik menteri ini. Rakyat semakin cerdik. Semakin tidak boleh ditipu. Rakyat mahu Barisan Nasional yang penuh dengan pemimpin tidak bermoral ini mengundurkan diri seketika supaya diberi peluang pula kepada kerajaan yang lain menerajui negara. Pulihkan dahulu akhlak pemimpin2 Barisan Nasional. Barisan Nasional harus mendidik dan membangunkan semula Barisan Nasional yang tercemar dengan pemimpin-pemimpin berakal singkat dan tidak bermaruah. Selagi masih ramai pemimpin seperti ini dalm BN, kita yakin, gejala sosial dan jenayah yang semakin menjadi-jadi dalam negara Islam Hadhari ini tidak dapat dihapuskan.
rentetan itu, kita harus melihat sejenak peralihan tahun yang berlaku pada tahun ini.
2007 menyaksikan negara ditutup dengan insiden-insiden berikut:-
1. Rakyat ditembak dengan peluru hidup
2. Rakyat disembur kerana mahu bertemu dengan Yang Di-Pertuan Agung. sedangkan ratusan ribu rakyat yang berdisiplin tidak pula melakukan rusuhan.
3. Ketua SPR yang berat sebelah dilanjutkan perkhidmatan
4. Majlis tari menari sempena Merdeka di kediaman rasmi perdana menteri yang menelan belanja ratusan ribu ringgit duit rakyat termasuk rakyat termiskin.
5. Harga barang keperluan naik mendadak.
6. Hindraf - tiada pakatan dari MIC
7. Pemimpin BN - Nozula bertindak kurang ajar bergusti dalam dewan undangan negeri
8. Pita rakaman mendedahkan perlantikan ketua hakim negara di atur oleh Linggam dan dipengaruhi oleh kuasa politik BN.
dan banyak lagi insiden dan isu bodoh yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara di bawah BARISAN NASIONAL..
2008 pula kita dibuka dengan isu,
1. Rakyat tertipu bahawa penghapusan yuran pengajian di sekolah yang diisytihar dalam bajet PM baru-baru ini adalah semata-mata menipu rakyat. Yuran dihapuskan hanya pada nama tetapi ditukar dengan istilah baru 'bayaran tambahan' yang sebenarnya lebih mencekik darah rakyat. Bayaran Tambahan lebig mahal dari yuran.
2. Kes morak dan keruntuhan akhlak yang semakin menjadi-jadi terutama dalam perayaan sambutan Tahun Baru anjuran kerajaan Barisan Nasional.
3. Pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandaraya yang hanya akan menindas rakyat miskin Kuala Terengganu.
4. Kes Menteri dan pemimpin tertinggi Barisan Nasional mengaku terlibat dengan Skandal seks.. (lihat orangnya pada gambar di atas)
baru 3 hari negara dibuka tahun baru, sudah banyak penipuan dan ketidaktelusan pemimpin negara terdedah. Nasib negara pada tahun 2008 semakin mencemaskan...
Bagaimana Barisan Nasional dapat membangunkan negara sedangkan pimpinannya penuh dengan masalah. Rakyat akan semakin terpinggir andai terus memilih Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Negara akan terus digadai untuk kekayaan pemimpin-pemimpin Barisan Nasional. Hak melayu akan semakin diniagakan untuk kroni-kroni pimpinan Barisan Nasional. Agama Islam semakin ditutup ruang. Kepentimgam Islam semakin dijijak jika terus bersama konsep Islam Hadhari ini....
Katakan TAK NAK kepada pemimpin rendah akhlak!!