Selamat Datang

Rabu, 23 April 2008

PPMS (01)

Bila Pemimpin bersuara.. "ingat kami dapat gaji ka?!"

apa la yang patut kita harapkan lagi. Suara ini didengari dari mulut pemimpin yang anda pilih sendiri.

Dulu, pemimpin2 dulu juga tidak bergaji. Tapi kerja tetap jalan. Urusan dimudahkan. Apa makna kita sengaja susah2kan urusan. Kerja yang boleh siap 7-8 minit kenapa kita paksa orang tunggu sampai tiga hari. kita maki arab berjela-jela sebab birokrasi yang menyusahkan, tiba2 kita pun ikut sama tiru perangai tersebut. Sebenarnya sikap menyusahkan urusan ini merupakan lambang level otak manusia mundur. Dengan urusan yang susah, mereka bangga kerana urusan mereka seolah-olah bersistematik..
alahai.. kesiannya !

kita dah maklum, menjadi petugas dan pemimpin dalam PPMS tidak digaji. Malah dituntut berkerja tanpa gaji. Bia dicalonkan dulu, beria-ria kita terima. Bila sudah dipilih, sekarang mula merungut itu dan ini.. akhirnya timbul sekrang kelompok baru dalam PPMS yang agak mendominasi kerusi2 penting dalam jawatan tertinggi. Mereka cuma hidup dalam dunia sendiri... Bangga dengan cerita-cerita sendiri..

Bayu kurang berminat sudah mahu bercerita tentang PPMS. Bayu seakan sudah bersama banyak pihak yang tidak berminat lagi mengikuti perkembangan PPMS. Namun, bila selalu disebut dan diceritakan kepada bayu.. bayu letih.. biar saja beyu menulis di dalam 'nota terbuka' bayu ini untuk perhatian semua pihak.

masih ada episod yang bakal bayu sebut di dalam 'nota' ini....

Isnin, 7 April 2008

Bila 2 orang jahat bertuduhan "sapa lebih jahat?"

Apabila 2 orang yang jahat saling tuduh menuduh sapa lebih jahat, maka jelaslah kedua-duanya memang jahat. Sah!!!

bayu bawa sedikit keratan akhbar Utusan Malaysia 7 April 2008 di bawah Tajuk " Dr. Mahathir bantu rosakkan UMNO - PM"

Abdullah turut mempersoalkan kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa kebebasan media kini disekat.
''Apakah pada masa dulu tidak ada sekatan-sekatan seperti itu?'' soalnya.
Menurut Abdullah, Dr. Mahathir sendiri menghalang media membuat liputan tentang Tun Hussein Onn sejak mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri ketiga itu.
''Saya tahu pemberita semua dipanggil apabila Tun Mahathir mengambil alih (jawatan) Perdana Menteri, jangan (buat) berita, jangan tunjuk gambar (bekas Perdana Menteri ketiga) Tun Hussein (Onn), jangan beri berita kepada dia.
''Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab, saya tahu, bukan saya tak tahu. Orang tertentu jangan diberi liputan oleh akhbar. Ini adalah arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang saya tahu,'' katanya.


Apa yang jelas, kedua-dua orang ini tak pernah langsung menafikan mereka menyekat kebebasan media. Jelas sekali PM sekarang terus mengamalkan kejahatan dan prinsip menyekat kebebasan media yang dituduhnya terhadap Dr. Mahathir.

bayu melihat, peperangan 'singa tua' dan 'harimau lena' sudah mula berputik dalam UMNO. semestinya yang akan rugi ialah anak2 buah yang tuli di dalam UMNO nanti..
Justeru, bayu mengajak ahli UMNO yang tidak tuli agar terus ambil tindakan keluar atau protes pemimpin yang tak berguna seperti mereka berdua...

Papan Iklan : Peperangan semakin menarik untuk ditonton.. Jangan Lepaskan peluang !!!

Jumaat, 4 April 2008

Bila Peguam Negara jadi Agen Umno- Barisan Nasional.

Kita tunggu tindakan Sultan terhadap Gani patail yang Biadap.

Kita seru semua rakyat Malaysia yang menghormati Sultan-sultan Melayu agar menggesa tindakan terhadap Gani diambil. Tidal layak bagi seorang yang menghina Sultan dan merendahkan tugas dan martabat sultan di negara kita terus digelar sebagai Peguam Negara.

sampai hari ini, kalau tak salah saya (kalau salah tolong betulkan).. Gani masih belum pernah pohon maaf di atas kebiadaban beliau kepada Sultan dan institusi Istana.. khususnya di Terengganu..