Selamat Datang

Khamis, 27 Disember 2007

Jumaat, 14 Disember 2007

ISA bukan jalan penyelesaian

Kes Hindraf memang terlalu mencabar keselamatan negara. Namun tindakan kerajaan menggunakan ISA sebagai jalan penyelesaian adalah suatu yang sangat keji.
Akta Keselamatan Dalam Negeri itu bukanlah seperti tuntutan Umat. Kita menyedari hindraf amat bahaya. Namun, kesalahan tersebut mesti didakwa dan dibuktikan di mahkamah. Menggunakan akta menahan tanpa bicara sesuatu yang sangat tidak bertamadun dalam perjalanan undang-undang di dalam sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Lebih dari itu, akta tersebut juga tidak langsung mempunyai nilai keadilan dalam lunas perundangan. Selain itu ia menafi hak pesalah membela diri. Islam sangat menentang sikap menghukum manusia tanpa penghakiman. Mana munkin pesalah akan berubah atau bertaubat dengan keinsafan dirinya sendiri melalui hukuman yang tidak berprikemanusiaan seperti itu.
Kita menuntut supaya pimpinan Hindraf yang sudah ditangkap agar dihadapkan di mahkamah dan selongkar setiap kesalahan mereka. londehkanlah fakta-fakta yang mengaitkan mereka dengan pengganas. Dan jika benar dan terbukti mereka bersalah maka hukumlah dengan hukuman yang sepatutnya. Andai mereka pemberontak sekali pun, Islam tidak pernah mengajar supaya menghukum mereka sesuka hati. Perbicaraan merupakan asas utama kepada keadilan. Apa yang amat dibimbangi adalah akta tersebut lebih digunakan untuk menjaga kepentingan pihak pemerintah.. tidak lebih dari itu.
Apa pun salah yang dilakukan oleh rakyat, akta ISA adalah tidak sepatutnya dikenakan. ISA juga harus dimansuhkan dari perundangan negara. Tuntutan rakyat supaya ISA dimansuhkan adalah amat tepat dengan nilai kemanusiaan dan keadilan sejagat.
Selain itu, kita juga memohon dengan penuh rendah diri agar pihak kerajaan memikirkan dan membuat pertimbangan dengan sifat dan naluri kemanusiaan yang masih ada dalam jiwa mereka supaya dibebaskan semua tahanan ISA. Fikirkan perasaan anak bini tahanan. Fikirkanlah juga betapa tidak sesuainya ISA untuk diterima oleh akal manusia yang waras.
Pertempuran politik tidak harus dicemari dengan senjata sebusuk ISA !!
Kita harus menyokong dan menyertai GMI mengadakan himpunan aman meuntut ISA dimansuhkan sekiranya pendirian kerajaan terhadap ISA masih sama...

Sabtu, 8 Disember 2007

Harapan dan Tahniah buat skuad negara ke Sukan Sea

Tahniah buat semua atlit Malaysia yang sedang berjuang di Korat. Walaupun prestasi kontijen negara seperti laporan amat tidak stabil, tetapi Rakyat Malaysia masih meletakkan setinggi harapan di bahu kalian. Kerana kalian adalah yang terpilih ke sana.

Tahniah secara khusus untuk Skuad kuartet 4X400 meter lelaki negara yang merangkul emas semalam.

Walaupun, sukan negara terus tercemar dengan kegagalan skuad bola sepak, tetapi kita masih ada peluang dengan skuad hoki.

Acara kolam, Acara-acara dewan, Acara-acara di litar Olahraga dan acara padang lain masih menunggu kilauan sinar kuning untuk dibawa pulang ke Kuala Lumpur.

Rakyat Malaysia mengharapkan Skuad Kuning dapat
Mengibarkan jalur gemilang dalam setiap acara !!

Malaysia Boleh !!
Berjuanglah sungguh-sungguh..
Berjuang sampai selesai..

Haramkan Hindraf!!!!

Bayu sekali lagi terpanggil menyentuh isu Hindraf..

Umat Islam dan rakyat Malaysia harus menyatakan sokongan terhadap desakan Pembela untuk mengharamkan Hindraf. Bayu memuji sikap yang diambil kerajaan untuk menilai semula tututan Pembela terhadap isu hindraf. Jika benar seperti apa yang telah didakwa, maka Hindraf harus diharamkan selain tindakan undang-undang harus dikenakan kepada pimpinan serta mereka yang terlibat dengan aktiviti hindarf.

Bayu juga mendesak seluruh rakyat Malaysia,blogger-blogger, penulis-penulis, pemikir-pemikir, ahli-ahli akademik, institusi-institusi masyarakat, badan-badan bukan kerajaan (Ngo's) serta badan-badan politik lain yang menyayangi keharmonian serta kestabilan perpaduan antara kaum dan agama untuk sama-sama menyatakan pendirian yang jelas menolak tuntutan Hindraf. Kita juga harus jelas mendesak Hindraf supaya tidak lagi membangkitkan isu-isu seperti ini. Bagi umat Islam dan melayu Malaysia, tuntutan dan ugutan hindarf harus dilihat sebagai satu cabaran kepada agama dan bangsa kita. Dakwaan Pembela jelas berasas.

sebelum ini kita (selain kerajaan) tidak pernah menafikan hak mereka untuk berkumpul dan berhimpun demi menyuarakan tuntutan mereka (walaupun bayu tidak berapa bersetuju dengan respon awal beberapa badan dan pertubuhan berkenaan hak mereka berhimpun), tetapi sekarang kita harus membantah tuntutan dan dakwaan mereka. Kita amat perlu mendesak supaya Hindraf diharamkan jika benar seperti apa yang telah didakwa oleh Pembela. Gerakan Islam keseluruhannya harus jelas dengan isu ini. Pendirian tegas menentang tuntutan melampau Hindraf harus disuarakan.



di sini bayu memetik kenyataan media Teras Pengupayaan melayu sebagai renungan,

http://temanteras.wordpress.com/

http://temanteras.wordpress.com/2007/12/04/meniti-rasa-perkauman-yang-merbahaya/#more-68

MENITI RASA PERKAUMAN YANG MERBAHAYA

1 Disember 2007

TERAS mengambil pendirian bahawa tuntutan Hindraf yang mengguna tuduhan kaum India menghadapi “etnik cleansing” , “pemusnahan ribuan Kuil” di Negara ini adalah tuduhan yang melulu dan tidak bertanggungjawab.

Dalam memorandum Hindraf terkandung tuntutan untuk hak istemewa kaum bumiputera perlu dimansuhkan dan mendakwa “golongan ekstrim Islam yang didokong oleh kerajaan sedang menindas kaum India” berbaur perkauman yang tajam dan sempit dan membakar rasa benci kaum India kepada orang Melayu Islam.

Kami terpaksa bertegas bahawa jika hal ini yang menjadi alasan Hindraf untuk menuntut ganti ringgit bertrilion ringgit dari kerajaan British , bukan sahaja ia suatu tempelakan kepada bangsa Melayu yang seolah-olah menafikan hak orang India malah menuduh mereka diperlakukan dengan zalim dalam kontrak sosial yang dipersepakati dalam Perlembagaan Persekutuan. Sudah tentu ini suatu tuduhan yang sangat berat dan berunsur menghasut untuk mempertembungkan bangsa India dengan orang Melayu. Padahal tuntutan untuk mendapat ganti rugi itu dikaitkan dengan tafsiran bahawa kaum India didatangkan sebagai buruh upahan dari India yang didakwa tidak mendapat haknya sebagaimana sepatutnya selepas merdeka .

Soalanya jika benar ini menjadi alasan untuk Hindraf bertindak membawa isu ini kepada peringkat antarabangsa dan memberi gambaran wujudnya penindasan ke atas kaum India, kenapa ia tidak membandingkan dan mendedahkan pendapatan per kapita bangsa India adalah lebih tinggi dari orang Melayu di Negara ini? Kenapa sejumlah orang India yang kaya raya dalam industri komunikasi dan penguasaan dalam bidang professional seperti peguam dan perubatan tidak juga disebut sebagai sebuah pencapaian yang mengatasi bangsa Melayu? Kenapa nasib orang Melayu diperingkat bahawan jauh lebih buruk dari kaum India tidak ditimbulkan.? Kenapa kemunduran orang Melayu yang masih terus menjadi wajah yang lebih ketara di luar Bandar tidak menjadi perkara yang diungkitkan oleh Hindraf ?

Jika ada ruang untuk kaum Melayu juga menuntut ganti rugi kepada kerajaan British , kaum Melayu juga sepatutnya mendesak pampasan bertrilion-trilion ringgit kerana selepas 50 tahun merdeka sistem pentadbiran British telah menyebabkan orang Melayu hilang hak dan kuasa ekonomi yang dipindahkan kepada bangsa lain yang didatangkan dari luar.

Untuk menuding bahawa kaum India ditindas oleh bangsa lain padahal mereka mempunyai ruang untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran di Negara dengan jauh lebih baik berbanding dengan Negara-negara disekitar Malaysia adalah sangat tidak bertangungjawab. Golongan ini yang beragenda perkauman sempit yang dikaitkan pula dengan agama jelas cuba menggunakan alasan undang-undang untuk mendramatik tuntutan mereka seolah-olah ia suatu yang menasabah. Dan boleh menjadi suatu tuntutan bersejarah dalam sistem mahkamah yang sedia ada. Pada akhirnya sudah tentu tuntutan itu tidak mungkin dapat dilayan oleh kerajaan British akan tetapi tujuan asas mereka ialah supaya diberi gambaran seolah-olah mereka sedang mengalami “genocide etnik” yang paling zalim.

TERAS ingin mengingatkan bahawa selama 50 tahun merdeka bangsa Melayu sudah mengadai dan memberi ruang yang sangat luas kepada kaum lain untuk menikmati kemakmuran di Negara ini. Dari pemilikan tanah kepada mendirikan dan mendapat peluang belajar di institusi pengajian tinggi , membina puluhan ribu kuil , mengujudkan sekolah jenis kebangsaan, membenarkan penggunaan bahasa ibunda sendiri dan mendapat jawatan dalam sektor awam dan swasta. Orang Melayu menunjukkan keupayaannya untuk menghargai kehadhiran bangsa lain bersama di Negara ini.

Polisi Jus Soli yang membenarkan kerakyatan automatic telah melicinkan proses perwarganegaraan bangsa lain untuk terus hidup secara sah di Negara ini. Kenapakah Hindraf mengungkitkan penafian hak dan penindasan seperti yang cuba digambarkan yang sebenarnya tidak wujud seperti yang didakwa . Jika memang dakwaan dalam memerondum Hindraf itu palsu dan mengandungi unsur untuk melaga-lagakan antara kaum , maka TERAS merasa berkewajipan untuk memberi reaksi balas yang tegas.

TERAS sememangnya mahu keharmonian di Negara ini tidak digugat oleh unsur dan tindakan melampau yang mencetuskan kebencian antara kaum. Jangan hendaknya Hindraf cuba merosakkan keamanan antara agama dan bangsa yang telah cuba dipupuk sekian lama.

Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS
Merbok, Kedah

Jumaat, 7 Disember 2007

Pengerusi SPR perlu ditukar !!

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dengan tindakannya yang melampau harus diambil tindakan. Dalam riuh BERSIH mendesak pilihanraya yang bersih dan sistem pilihanraya yang adil, tiba-tiba pengerusi SPR berkenyataan sebegitu.. pecah tembelang !!

Pengerusi SPR tidak layak lagi mengurus proses Pilihanraya dengan kenyataannya sebegitu. Selain tidak menghormati parti-parti pembangkang, tindakannya juga menunjukkan betapa beliau tidak matang menjadi seorang yang profesional dan bersikap bebas serta tidak menyebelahi mana-mana pihak atau menghentam mana-mana pihak yang menyertai proses pilihanraya. Sebagai sebuah suruhanjaya yang bebas dan dipertanggungjawabkan mengadili urusan pilihanraya, tindakan dan kenyataan beliau jelas bercanggah dari gagasan asal SPR diwujudkan.

Kerajaan jika masih telus mengamalkan demokrasi yang tidak berat sebelah harus menerima pandangan dan suara BERSIH supaya tidak dilanjutkan tempoh perkhidmatan Tan Sri Abdul Rashid yang jelas tidak bersikap adil terhadap pembangkang terutama Pas ( secara khusus kepada Prsidennya).

Tuntutan ini jika dilaksanakan, sekurangnya menjamin pendirian kerajaan mendokong demokrasi yang adil untuk rakyat Malaysia. Jika tuntutan supaya menamatkan perkhidmatan Tan Sri Abd Rashid ini tidak dipedulikan, apa yang lebih jelas kepada rakyat Malaysia sekarang hanya lah..
memang benar Kerajaan dan amalan demokrasi negara seperti apa yang telah didakwa oleh BERSIH!!

Haramkan Hindraf – Pembela

dipetik dari Utusn Malaysia.

KUALA LUMPUR 6 Dis. – Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mengesa kerajaan mengharamkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) serta mengambil tindakan tegas terhadap para pemimpin pergerakan itu sebelum sentimen agama dan perkauman menjadi tidak terkawal di negara ini.

Jurucakap Pembela, Zainur Zakaria berkata, para pemimpin pertubuhan itu adalah pengkhianat negara dan kerajaan tidak wajar melayan sebarang tuntutan Hindraf melalui perbincangan atau perjumpaan.

“Tuduhan-tuduhan terhadap kerajaan dan masyarakat Islam bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga membakar emosi dan menggugat keharmonian antara kaum dan agama di kalangan rakyat Malaysia.

“Malah, pergerakan ini berani mengugut bahawa kaum India di Malaysia akan bertindak ganas sebagaimana yang berlaku di Sri Lanka jika kerajaan tidak melayan tuntutan mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Pembela adalah pertubuhan yang dianggotai oleh 80 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Peguam Syarie.
Zainur yang merupakan seorang peguam terkenal berkata, perbuatan khianat pergerakan itu jelas melalui surat yang dihantar penasihat Undang-undang Hindraf, P. Uthayakumar kepada Perdana Menteri Britain, Gordon Brown bertarikh 15 November lalu.
Begitu juga dengan tuduhan-tuduhan yang dibuat dalam saman yang difailkan oleh seorang lagi pemimpin pergerakan itu, P. Waythamoorthy di Mahkamah Tinggi England pada 30 Ogos lalu.
Malah, Waythamoorthy kini menggunakan tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas itu untuk meraih sokongan dari luar negara khususnya dari India.

“Hindraf menuduh kerajaan Malaysia dan masyarakat Islam melakukan kekejaman terhadap kaum India dan merayu kerajaan Britain membangkitkan usul di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengecam Malaysia.

“Pertubuhan itu juga merayu agar Malaysia diheret ke Mahkamah Dunia dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas kesalahan melakukan pembersihan etnik terhadap kaum India,” jelasnya.

Menurut Zainur, kegagalan membendung masalah ini dibimbangi akan menimbulkan kekacauan kerana tindakan Hindraf sekarang hampir sama dengan tindakan-tindakan yang membawa kepada tragedi 13 Mei 1969.

p/s: Bahaya isu Hindraf hanya dapat dilihat dan dianalisa oleh manusia yang cerdik...
Bayu Senja bersama pendirian PEMBELA !!

Sabtu, 1 Disember 2007

Sokong Perdana Menteri... Hindraf Melampau !!

Bayu Senja menyokong Perdana Menteri YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengutuk tindakan Hindraf.

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tindakan Hindu Rights Action Force (Hindraf) yang mendakwa kerajaan Malaysia melakukan penghapusan etnik adalah tindakan yang melampau.

Dakwaan yang dibuat juga sangat biadap dan tidak meraikan toleransi antara kaum yang ada di Malaysia. Tindakan Hindraf membuat aduan mengenai kaum India di Malaysia kepada kerajaan United Kingdom, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pihak antarabangsa lain, adalah semata-mata untuk menimbulkan keadaan yang tidak tenteram dan perbalahan antara kaum.

Kita menyedari bahawa kemahuan kaum India jarang sekali tidak dipedulikan oleh kerajaan. Kita melihat dakwaan Hindraf ini lebih kepada suasana dan dakwaan yang sama yang telah ditimbulkan oleh Lee Kuan Yew terhadap masyarakat Cina di Malaysia. Seharusnya mereka (kaum India dan China) melihat betapa sebenarnya bangsa melayu sendiri yang terpinggir dalam pembangunan negara dan hak keistimewaannya sendiri.

Wakil terbesar kaum India dalam kerjaan Harus menyatakan pendirian dan maklum balas segera dalam isu ini. Sampai sekarang, sudah seminggu, kita sentiasa menantikan MIC, PPP dan sebagainya memberikan kenyataan dan pendirian yang menyelesaikan dan memuaskan dalam isu yang sangat sensitif ini. Apa untungnya mereka berada dalam kelompok kerajaan sedangkan isu yang melibatkan kaum mereka sendiri terpaksa dijawab oleh kaum lain. Kalau mereka masih bersikap bisu, jelaslah, kedudukan mereka dalam kelompok pemerintah tidak lebih untuk mencari dan mencedok sebanyaknya keuntungan untuk diri sendiri.

Tetapi, apa pun, kita harus memuji tindakan dan semangat yang ditunjukkan oleh Hindraf berhubung perjuangan mendaulatkan kaum india Hindu dan menuntut hak serta keistimewaan kepada kaum India. Kita seharusnya kesal dan malu dengan bangsa melayu sendiri yang masih lena bermimpi indah dengan keadaan kaum melayu yang semakin naif, daif dan jauh ketinggalan.

Bangsa Melayu bila lagi mahu bangkit menuntut kembali hak kita yang sudah lama dicabul !!!