Selamat Datang

Jumaat, 1 Februari 2008

Dr. Mustafa Said Khin telah kembali ke Rahmatullah

Semalam, ketika umat Islam berduyun-duyun berkunjung ke masjid-masjid di Syria untuk solat jumaat - Umat terkejut dengan pengumuman khatib-khatib.

Syeikh Dr. Mustafa Said Khin telah kembali ke Rahmatullah ketika sedang di dalam masjid untuk solat Jumaat.

Syeikh yang mempunyai bilangan murid yang ramai di seluruh dunia itu merupakan amid pertama Kuliah Syariah di Universiti Damascus serta mempunyai karangan yang banyak dalam kepelbagaian bidang ilmu agama. Beliau merupakan salah seorang pakar Usul Fiqh di Syria.

Seorang tokoh ulama kontemporari yang luas karya karangannya terutama dalam ilmu usul fiqh dan ilmu fiqh..

Seorang lagi bintang duniaIslam telah kembali kepada Kekasihnya......

Al-Fatihah !

2 ulasan:

azidul awfa berkata...

jasadnya dalam bumi,hidup beliau masih segar di bumi...
semoga beliau bersama para aulia..amin

faridmw berkata...

alfatihah buat beliau...