Selamat Datang

Jumaat, 30 November 2007

Filem kita Kurang Ajar

Terhina rasanya syiar Islam dengan kebiadaban artis kita. Isu sering berlaku bagai tak pernah diambil kisah oleh para artis terhadap sensitifiti umat Islam.

Semalam, bayu amat terasa dihina dengan dialog "astaghfirullah al azim" dan "assalamualaikum" dalam filem Haru Biru. Apa yang biadapnya ialah lafaz astagfirullah al azim itu disebut dengan nada selamba sambil berpeluk dengan lagak watak tengah merendek (macam nak memulakan zina). assalamualaikum pula di ucapkan selepas bercium lalu si perempuan tesebut keluar dari kereta. Apa yang untung dan motifnya dialog tersebut diletakkan dalam suasana tersebut kita pun tak tahu. Kemungkinan yang paling kuat mempengaruhi minda ini buat masa ini hanyalah mengatakan motifnya cuma satu iaitu menyindir dan menghina Islam serta Syiarnya.

Sudahlah pembawaan cerita langsung tidak bermesej. Cuma tidak lebih menunjukkan hiburan masyarakat dan suasana hidup rakyat kita yang bebas dan liar semata-mata. Di hujung cerita pula, langsung tidak ada pedoman dan pengajaran yang mahu ditonjolkan.

Apa sudah jadi dengan filem-filem melayu kita. Aksinya semakin melampau. Sekarang aksi-aksi berahi semakin banyak dalam filem negara. Tonjolan artis simbol seks juga semakin mendapat tempat dalam filem-filem terbaru. Sensitifiti terhadap agama semakan tidak dipedulikan. Aliran liberal beragama semakin diketengahkan. Sedangkan masyarakat kita memang sudah jauh tersasar dari panduan hidup yang sebenar. Bayu yakin, filem-filem melayu kini tidak langsung bertujuan merawat masyarakat. Yang jelasnya, masyarakat semakin parah dengan pengaruh filem sendiri.

Mungkin lembaga penapisan filem kita sudah tidak berguna. Atau petugas-petugasnya tidak bertugas (makan gaji buta). Atau memang petugas-petugasnya sendiri terlalu berminat filem-filem malaysia harus dibawa menjadi seperti filem barat yang tak perlu lagi ditapis. Atau juga, lembaga penapisan filem cuma sebagai satu sandiwara memelihara filem-filem tidak bermoral ini.

Kita juga yakin, pengarah dan penulis skrip filem-filem seumpama ini memang sudah jauh karat otaknya dipengaruhi elimen biru dan budaya kuning yang melampau. Jelas, mereka terlalu bernafsu membawa filem-filem Malaysia ke satu tapak lagi.. harus Berani dan Berahi !!!

Tiada ulasan: