Selamat Datang

Ahad, 10 Disember 2006

Buat Mama dan Baba

Selamat segala selamat saya doakan untuk mama dan baba yang telah pun bermusafir pagi tadi (8.00 pg waktu Malaysia) memenuhi Lambaian Kaabah demi menyempurnakan rukun Islam pada tahun ini. Saya doakan mereka selamat dalam perjalanan dan selamat sepanjang berada di sana serta didoakan semoga mereka diselamatkan dari segala keburukan dunia dan akhirat di sepanjang umur yang masih Allah bakikan kepada mereka.
Semalam dan dua hari sebelumnya saya telefon ke Malaysia dan sempat juga ber'chat' dengan mama dan baba. 3 hari ini saya hanya mahu mendengar suara orang tua saya yang tercinta ini. Entah kenapa saya tak pasti, jiwa yang lemah di kala ini terlalu merindui baba dan mama. Perasaan inilah yang saya rasai semenjak seminggu dua kebelakangan ini.
Mama akan menyambut hari lahir yang ke 55 di Mekah esok (11 hb Disember).. "Selamat menyambut hari lahir mama.. semoga mama akan bahagia di dunia dan Akhirat".
Naluri seorang ibu sangat hebat. Sebenarnya saya terasa menyesal ketika ini kerana tidak sengaja membuatkan mama mungkin terasa gundah.. 3 hari lepas saya menelefon Mama dan Baba.. saya bersembang, rupanya dari suara saya bercakap mama tahu yang saya sedang susah hati. Mama tak suarakan pada masa tu, tapi esoknya semasa kami chat.. mama tanya "Bayu(bukan panggilan sebegini mama panggil saya, hanya sekadar diisi di ruang ini) ada masalah ka? mama dengar suara semalam tak ceria pun. Mama harap bayu buat la elok2. ada apa2 selesaikan dengan baik" saya tidak menafikan malah tidak juga mengiyakan.. hanya diam saja.
Rupanya, bukan setakat itu naluri mama, semalam hari terakhir mama sebelum berlepas ke Mekah hari ni, mama bercakap lagi dengan saya dan mama nak bersembang juga dengan seorang insan yang mama tahu kerana dia hidup saya sebegini.. tapi malang insan tersebut, agak sibuk dengan urusan lain, lalu tidak berkesempatan bersama mama. Mama cakap saja dengan saja dan suatu motivasi sangat bermakna untuk hidup ini di kala ini.. baba jugak rupanya mengerti perasaan ku sekarang.. Baba tak banyak bercakap, cuma baba kata " bayu, memang manusia ni macam tu diuji, selagi tiada apa2 ikatan manusia akan seronok sahaja, tapi bila sudah dibuat ikatan..dugaaan sangat banyak dan terlalu mencabar. Siapa yang dapat menghadapi dan berjaya dengan ujian ini..itulah kemenangan dan kebahagiaan hidup kita.". baba cakap lagi.. "jaga lah insan ini elok2, baba dan mama dah suka"

Saya sebenarnya terlalu mengkagumi naluri seorang ibu dan seorang ayah.. terlalu hebat perasaan mereka terhadap anak2 ini. Saya yang berada beribu batu jauh dari mereka juga masih terikat dengan suatu perasaan yang Allah sahaja yang maha mengetahui. tidak diberitahu keadaan diri ini, mereka juga seperti dapat suatu mesej dengan naluri mereka keadaan anak anak mereka.. hebat kan?

Sekarang saya akan menghadapi hari hari saya tanpa lagi berita dan ungkapan ungkapan kata bermakna dari mama dan baba.. hampir dua bulan mendatang sesuatu yang agak sukar juga kalau difikirkan, sebab saya akan keseorang dalam tempoh yang mencabar ini.. teman yang saya perlukan sedang ber"cuti" agaknya..
dalam tempoh ini, saya akan hadapi exam dan sesungguhnya saya tak pernah hadapi sebarang peperiksaan kecuali saya akan mendengar suara mama terlebih dahulu. dalam tempoh ini juga, Raya aidilAdha akan datang.. dan dalam tempoh ini saya akan ditinggal lagi oleh kawan2 yang lain sebab semua akan sibuk juga menghadapi peperiksaan..

apa pun..
Selamat hari lahir buat mama..
dan Selamat segala selamat sya doakan buat mama dan baba..
memang betul, mama dan baba fikirkan.. mereka tahu saya sedang kesunyian dengan sebab seorang insan.

9 ulasan:

Pakteh berkata...

Saya suka baca catatan bayu. Isunya simple, cuma penyampaiannya yang boleh menyentuh perasaan.

Iman Mawaddah berkata...

Salam Bayu,
Saya memahami perasaan bayu kerana saya pun pernah mengalaminya.Ibu bapa saya pergi haji dan saya tidak datang mengiringi mereka kerana tanggungjawab sebagai pelajar. Rindunya Allah sahaja yang maha mengetahui.Apa2 pun tabahkan hati.Bertemu dan berpisah adalah resam kehidupan.Tanpanya kedua2nya kita tidak akan kenal erti rindu.

p/s: Ada kemelut dengan buah hati ya :) Hati2 dengan penyakit ini..jangan sampai merosakkan jiwa.Ok,Semoga berjaya dalam peperiksaan.

BaYu SenJa berkata...

Terimakasih pak teh,
Pertama sekali nak ucap selamat datang.. ahlan wa sahlan :)
No Komen tentang penyampaian, sebab tak berapa pandai. Semoga medan ini menjadi suatu didikan.

iman mawaddah,
memang betul, saya terlalu merindui kedua ibu bapa saya sekarang. walaupun dah hampir 3 tahun saya tinggalkan mereka, tapi tak tau kenapa di kala ini.. hati terlalu membara rindu pada mereka.
Tentang teman tu, memang itu yang diharapkan. Doa la bagi cepat 'jadi'..hal ni,orang tua dah letak 'batu asas', cuma tunggu hari nak rasmi:)

Tanpa Nama berkata...

rindu kepada kedua ibubapa dikala berjauhan, saya pun pernah alami perasaan yang sama...

semoga kedua ibubapa bayu sihat sentiasa dan selamat kembali ke tanah air nanti..

BaYu SenJa berkata...

amin ya robb..
terimaksih indah sakura,sudi sudilah selalu doakan ibu bapa saya

AKMA berkata...

Ingat lagi ketika manusia Agung itu kehilangan teman hidupnya? Ingat lagi ketika dia ditimpa-timpa duka? Ingat lagi Tahun Dukacita?

Mesti Baginda sedih dan pedihkan...

Kenapa ya Tuhan biarkan dia lalui sedih?

Senyum kay...

INDERA KENCANA berkata...

Selamat Hari Lahir buat mama Bayu,

Bayu, saya kira hentakan kaki mama dan baba Bayu yang semakin menghampiri ke tanah sana yang membuatkan hati Bayu tidak keruan. Dekat tetapi tidak berupaya untuk bersua muka. Banyakkan bersabar dan teruskan usaha untuk menghadapi peperiksaan dengan tenang.

Soal dia itu, serahkan sahaja di bawah urusan Azza wajalla..

andalusia berkata...

Selamat hari lahir buat mama...

saya memahami perasaan Bayu Senja kerana saya juga sedang mengalaminya....
ya Allah hanya Engkau yg mengetahui perasaan aku di saat ini...

rasa2nyakan Bayu Senja dpt mengenali saya tak?sbb saya adalah antara org2 yg dikenali oleh Bayu Senja....

BaYu SenJa berkata...

akma, indera kencana, dan andalusia serta semua yang memberi respon.. anda semua seolah memang memahami saya.
tolongla teruskan membakar daya juang saya :) beri saya kesedaran berpanjangan..