Selamat Datang

Khamis, 3 Julai 2008

Lagi Kisah sedih mangsa ISA..

sebak hati ini bila membaca kisah perpisahan duniawi seorang bapa yang ditahan zalim oleh ISA dengan anak sulungnya. Beliau yang ditahan 7 tahun di tahanan kemunting tanpa sebab, tiba2 dimaklumkan dan dibenarkan menziarahi jasad anaknya yang sudah tidak bernyawa. Hati bapa mana yang tidak hiba bila melihat anak yang semuda usia 17 tahun itu lebih dahulu pergi meninggalkan dunia. Hampir setengah dari umurnya yang seusia itu, dihabiskan tanpa merasai luahan kasih seorang bapa. Jalinan anak-abah ini sengaja dipisahkan oleh menteri-menteri dalam negeri yang sengaja mungkin gembira melihat kisah-kisah sedih rakyat seperti ini. Mereka sengaja memisahkan anak-abah lebih dulu dari pemisahan yang bakal dibuat Tuhan kepada setiap insan. Mereka pisahkan seorang anak yang tidak bersalah dan berdosa dari kasih seorang ayahnya yang juga tidak bersalah juga. Mungkin salah mereka hanyalah mereka saling hidup bahagia. Mungkin salah mereka kerana mereka hidup dalam penuh kasih sayang sebagai sebuah keluarga mithali. Mungkin salah mereka, mereka tidak setuju dengan Kerajaan yang Zalim!!!!

Apakah tidak layak lagi akta seperti ini kita isytiharkan ZALIM?!

Kami ucapkan takziah kepada keluarga MANGSA ISA Shahrial Sirin dan marilah sama-sama kita hadiahkan al-fatihah buat ruh anak sulungnya, adik Aina Mardiah.. semoga ruhnya bersama sobirin, mukminin. (dalam semestinya tergolong dalam golongan mazlumin)
Kami doakan agar segera akta zalim ini, dimansukhkan..

2 ulasan:

blackpurple @ jowopinter berkata...

Memang sungguh zalim! Mansuhkan ISA!

Tawakkal berkata...

Assalamualaikum,

Haul Al Marhum Ustaz Niamat Diadakan pada 13 Rejab 1429/16 Julai 2008

untuk keterangan lanjut sila ke

http://abu-asma.blogspot.com/search/label/Mtiderang