Selamat Datang

Isnin, 7 April 2008

Bila 2 orang jahat bertuduhan "sapa lebih jahat?"

Apabila 2 orang yang jahat saling tuduh menuduh sapa lebih jahat, maka jelaslah kedua-duanya memang jahat. Sah!!!

bayu bawa sedikit keratan akhbar Utusan Malaysia 7 April 2008 di bawah Tajuk " Dr. Mahathir bantu rosakkan UMNO - PM"

Abdullah turut mempersoalkan kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa kebebasan media kini disekat.
''Apakah pada masa dulu tidak ada sekatan-sekatan seperti itu?'' soalnya.
Menurut Abdullah, Dr. Mahathir sendiri menghalang media membuat liputan tentang Tun Hussein Onn sejak mengambil alih jawatan daripada Perdana Menteri ketiga itu.
''Saya tahu pemberita semua dipanggil apabila Tun Mahathir mengambil alih (jawatan) Perdana Menteri, jangan (buat) berita, jangan tunjuk gambar (bekas Perdana Menteri ketiga) Tun Hussein (Onn), jangan beri berita kepada dia.
''Operasi Lalang siapa yang bertanggungjawab, saya tahu, bukan saya tak tahu. Orang tertentu jangan diberi liputan oleh akhbar. Ini adalah arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa yang saya tahu,'' katanya.


Apa yang jelas, kedua-dua orang ini tak pernah langsung menafikan mereka menyekat kebebasan media. Jelas sekali PM sekarang terus mengamalkan kejahatan dan prinsip menyekat kebebasan media yang dituduhnya terhadap Dr. Mahathir.

bayu melihat, peperangan 'singa tua' dan 'harimau lena' sudah mula berputik dalam UMNO. semestinya yang akan rugi ialah anak2 buah yang tuli di dalam UMNO nanti..
Justeru, bayu mengajak ahli UMNO yang tidak tuli agar terus ambil tindakan keluar atau protes pemimpin yang tak berguna seperti mereka berdua...

Papan Iklan : Peperangan semakin menarik untuk ditonton.. Jangan Lepaskan peluang !!!

2 ulasan:

Tawakkal berkata...

Assalamualaikum, salam tuan rumah, ana nak baut penguman sikit... siapa yang ingin mengetahui perkembangan Maahad derang.. anda boleh masuk ke web blog ana. syukran

izinni berkata...

tapi jika dibiarkan .. umat Islam juga yang rugi. orang cina pun dah tak peduli politik asalkan boleh bantu bangsa depa. kalau tak .. takan lee kah choon gerakan sanggup terima kerajaan negeri penang ...