Selamat Datang

Ahad, 25 November 2007

tindakan PAS kurang wajar

Tindakan pas dalam memberi respon dalam isu perhimpunan golongan hindu yang dipimpin oleh Hindraf dilihat amat tidak wajar. Dalam pertembungan yang terlalu dahsat atara islam dan dakyah agama-agama lain termasuk hindu (antara yang paling aktif) semakin kritikal, respon yang diberikan seakan menyokong suatu lanjutan yang bakal diterima dari keadaan tersebut. Tindakan mendiamkan diri dari memberi respon kepada isu tersebut dirasakan lebih baik walaupun berkemungkinan sentimen ini boleh menyatakan pas menjuarai suara demokrasi. Kerana isunya bukan hanya harus dilihat kepada isu kebebasan dan hak asasi manusia tetapi lebih dari itu isu lanjutan menuntut hak sama rata antara agama. Sentimen tersebut jangan hanya dinilai dari kepentingan politik semata-mata tetapi harus memikirkan kesan dari kelangsungannya terhadap negara dan bangsa.

Kita menyedari pertempuran antara Islam dan agama2 lain di Malaysia dalam keadaan yang sangat kritikal. Hindu merupakan antara agama yang paling aktif dan berpengaruh mencabar Islam di Malaysia. Gerakannya sangat kuat.

Kita juga menyedari, antara gagasan yang diresolusikan oleh pertubuhan2 hindu Malaysia antara lain cuba mengembalikan kuasa dan hak penduduk asal kepada mereka sepertimana dakwaan mereka yang mengatakan hindu dan masyarakat hindu merupakan penduduk asal tanah melayu dengan pertemuan dan bacaan sejarah selain dikuatkan oleh pertemuan candi-candi sebagai contoh. Agenda dari tuntutan hindraf itu membayangkan betapa gerakan dari resolusi tersebut sudah dilancarkan. Hal ini harus dinilai sebagai satu cabaran baru kepada gerakan Islam.

Kita juga amat bimbang tindakan ini merupakan lanjutan dari isu tuntutan hak sama rata antara agama dan isu pertikaian terhadap hak dan kepentingan islam yang masih berbaki sedikit dijaga oleh perlembagaan negara. Isu ini bukan isu perpaduan antara bangsa di malaysia tetapi isu yang bakal melahirkan pertentangan dan cabaran terhadap Islam.

Kita faham, pas tidak menyuarakan sokongan terhadap apa yang dituntut oleh Hindraf tersebut. Tetapi respon menyokong perhimpunan tersebut sebenarnya amat bahaya kepada gerakan Islam andai kata tuntutan mereka berjaya. kesan dan Lanjutan dari isu saman, bakal menjadi cabaran baru yang amat besar kepada dakwah Islam di Malaysia.

Bagi media-media dan penggerak dakwah Islam harus bijak menggunakan isu tindakan liar yang diambil oleh peserta perhimpunan tersebut (jika benar seperti dilaporkan oleh akhbar-akhbar nasional) dalam menafikan keganasan yang sering dikaitkan dengan kumpulan Islam. seharusnya jika keganasan dari perhimpunan hindu tersebut memang tercetus dari pihak mereka, hindu juga sepatutnya dikaitkan dengan keganasan dan ancaman kepada keselamatan negara.

7 ulasan:

tintaHati berkata...

hurmmm sebenarnya saya juga agak bersetuju dalam hal ni....tindakan berdiam diri lebih baik...tapi apa kan daya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...???

apa pon mgkin ini boleh dijadikan pedoman di masa akan datang agar kita tidak cepat membuat sebarang kenyataan atau spekulasi sebelum memikirkan baik buruk tindakan tersebut...

BaYu SenJa berkata...

tinta,
betul betul betul..
terlajak kata...
kena tanggung padahnya..

Ismi : Arjuna berkata...

salam..
Bayu, ini kenyataan terbaru PAS berkenaan dgn HINDRAF..
Saja, berkongsi maklumat.

Tindakan liar – Pas (utusan malaysia)
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pas menyelar tindakan liar dan keterlaluan mereka yang menyertai perhimpunan Hindraf semalam, tetapi menyokong hak rakyat untuk mengadakan perhimpunan secara aman.

Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berkata, masalah yang ditimbulkan pada kali ini berbeza dengan perhimpunan diadakan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lalu yang didapati lebih teratur dan selamat.

Justeru, beliau meminta anggota penguat kuasa memainkan peranan masing-masing dengan menjaga keselamatan orang ramai yang mengadakan perhimpunan, sebaliknya bukan membuat provokasi dengan memukul dan menyembur gas pemedih mata.

‘‘Hak rakyat untuk berhimpun perlu dihormati dalam sistem pentadbiran negara, malah dalam kes ini, aktivis Hindraf hanya mahu menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Pas Pusat, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

tintaHati berkata...

Ok lega sket dengan kenyataan terbaru dari PAS.

Mekasih arjuna kerana berkongsi maklumat ini. :)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Isu perkauman dan agama jangan sesekali dimainkan di Malaya ini. Nanti buruk padahnya.

BaYu SenJa berkata...

arjuna,
bayu dah baca pun..
kita memang tidak menghalang kebebasan mereka bersuara,
tetapi respon itu dirasakan tidak tepat pada waktunya..
itu sahaja..

jika pas mengambil pendekatan tidak langsung terlibat dengan sebarang respon dalam isu hindraf tersebut rasanya lebih aslam (lebih selamat)

terimakasih arjuna :)

tinta,
sikit lega la..

blackpurple,
satu lagi harus sedar,
fitnah terhadap islam terlalu besar sekarang ini...lebih buruk padahnya :)

equaliser berkata...

"Kita menyedari pertempuran antara Islam dan agama2 lain di Malaysia dalam keadaan yang sangat kritikal. Hindu merupakan antara agama yang paling aktif dan berpengaruh mencabar Islam di Malaysia. Gerakannya sangat kuat.'

Hoi baruah bodoh, kau in hisap ganja ke? Komen semacam inilah yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Jenis engkau inilah yang patut disembur gas pemedih mata dan ditembak air kima di buntut kau.