Selamat Datang

Khamis, 15 November 2007

Pilihanraya budak Syria..

Salam buat semua..

Bayu agak kecewa dengan keputusan pilihanraya Pesatuan Pelaja Malaysia Syria. Keputusan yang memang sudah dijangka awal itu tetap berlaku melambangkan betapa mentaliti Majoriti pelajar Malaysia di Syria terlalu rendah menilai kepimpinan bedasarkan fikrah, kemampuan dan potensi kecemerlangan tugas yang pernah ditunjukkan oleh beberapa calon yang tewas. Wajah kepimpinan di Syria dilihat terarah dengan telunjuk asobiah dan mungkin sedikit terselit kepentingan politik pihak tertentu. Namun, mereka yang menang sudah pun menang. Cuma kekecewaan masih dirasai.

Menilai suasana pilihanraya mahasiswa Malaysia di Syria baru-baru ini, bayu beranggapan selain kempen yang sangat bersungguh-sungguh atas dasar asobiah memenangkan beberapa individu yang sememangnya tidak layak memimpin, pihak yang cuba meneutralkan keadaan serta mempunyai calon yang sangat baik pula ternyata terlalu lemah dalam bekerja memenangkan calon mereka. Apa yang lebih mengecewakan, para penyokong calon-calon terbaik ini mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Mungkin satu tindakan menyatakan ketidakpuasan hati terhadap suasana dan pengendalian pilihanraya tahun ini. Dalam kegamatan suasana tesebut, suasana pilihanraya juga seakan-akan tercemar dengan keadan seperti disabotaj oleh pihak jawatankuasa pemilihan.

entah la..

Apa yang penting buat pimpinan baru, kembalikan keyakinan ahli kepada persatuan. Carilah sebab... kenapa telalu ramai ahli yang pernah aktif berkhidmat kepada persatuan telah berkeputusan jauhi dari sebarang agenda persatuan?! Jaga hati semua pihak. selain tu, Teruskanlah perjalanan persatuan tanpa sebarang campur tangan politik mana-mana pihak. BERSIHkan persatuan dari sebarang masalah perpaduan. BERSIHkan pesatuan dari imej Politik !!

"Keadaan kita berbeza dengan banyak pesatuan lain !! Teruskan keharmonian yang telah disemai oleh orang terdahulu. Sambunglah langkah toleransi dan hubungan yang erat dengan semua pihak tanpa mengira mana-mana fahaman. Kita merupakan pelajar yang bijak menilai. Apa yang baik kita ambil. Apa yang tidak baik kita kitar-semulakan supaya menjadi baik dan boleh diamalkan..."

- luahan ikhlas dari jiwa seorang mantan exco PPMS..

pesanan penaja : Dah habis sebulan syawal, bayu senja baru dapat baju baru !!
hehe :)

6 ulasan:

Pa'chik berkata...

kenapa tak dibuat sistem syura?

BaYu SenJa berkata...

entah la..
buat sistem syura juga suatu yang bahaya.. orang-orang lama yang berpengaruh masing-masing ada agenda tersendiri :)

Ismi : Arjuna berkata...

Assalamualaikum..
Bayu.. Ya ker?.. Achiksufi bertanding tak?..Menang? camne utu ana tau keputusan pilihanraya? Anta tercalon tak? rindu kat syam..

tintaHati berkata...

Aih kat sana pun main sabotaj juga ka? Mana gelombang kuning kat sana...kena buat BERSIH gak la gayanya...

apa pun harap yg menang akan menjalankan amanah dengan baik....berat tu kalo disoal kelak!

K, selamat belajar ya bayu..

Tanpa Nama berkata...

huhu...
tsukuning menyerang!!

kalo x puas ati...
bukan bleh watper pun..-sudah suratan takdir-
pe2 pun..
kalo nak rase x puas ati pun..
tengok juger..
mase sblm jadi mantan tu...
wat keje x?ke wat mulut jer...
" gune prinsip cermin muke, bukan cermin mate"
8-)

BaYu SenJa berkata...

arjuna,
ya laa.. ramai jugak yang rindu kat anta :)

tinta,
hehe.. mungkin jugak kot :)

enth sesapa,
ya laa..
kita sendiri tengok cermin memang la baik :)
orang tengok mana nak tau..
hehe