Selamat Datang

Ahad, 31 Ogos 2008

Naik Bas....

Setelah 5 tahun, sabtu lalu adalah hari pertama bayu naik semula bas lokal. Bayu naik dari Alor Star ke Sungai Petani dengan seorang rakan..
huhu, rasa macam kembali ke zaman sekolah pun ada bila melihat karenah dan kehegeh-hegehan budak2 sekolah usik-mengusik dan meriuhkan suasana stesen bas. Bukan itu sahaja, kebetulan bas yang bayu naik juga penuh dengan budak2 asrama yang baru mahu pulang ke rumah agaknya.
Malangnya, bayu terpaksa berdiri dari Alor Star ke Sungai Petani yang kurang lebihnya memakan masa 1 jam setengah. Keadaan bas sangat sesak dengan budak2 sekolah itu, lelaki dan perempuan.. hampir keadaannya bertemu buku lali dengan buku lali penumpang yang lain (termasuk saya...). Keadaan yang sesak itu juga menampakkan suasana bergeseran antara penumpang lelaki dan perempuan tidak dipedulikan lagi.. kita yang hanya melihat ini pun sudah naik 'karan', entah bagaimanalah agaknya mereka yang bergeser-geser itu sendiri...huhu

Saya mungkin tidak berpeluang atau bercadang untuk naik bas. Tetapi semua ini berlaku bila saya hanya menumpang orang datang ke program di Alor Star. Orang yang saya tumpang rupanya tidak mengikuti program sampai habis, dan bayu pula tidak diizinkan untuk meninggalkan majlis. Akhirnya saya dan seorang rakan lagi terpaksa kembali ke Sungai Petani dengan bas. lebih malang, terpaksa berdiri dalam keadaan sesak selama lebih kurang 1 jam setengah...
Kalau tahu semua ini bakal terjadi terjadi, lebih baik bayu pergi dengan kenderaan sendiri... huhu, ingatkan boleh jimat minyak :) Fikirlah bahana bila menumpang orang.. huhu

pengalaman lampau dirasa kembali....

Tiada ulasan: