Selamat Datang

Sabtu, 21 Jun 2008

Kembali....

Hmm..

Bismillahi Ar-Rahmani Ar-Rahiim.

Sudah terlalu lama bayu tinggalkan tanah ini gersang tanpa siraman.. mujur lah Alhamdulillah, umurnya masih panjang.. Tanah ini akan kembali disiram dengan rapuan, leteran, mungkin cadangan, 'hantaman', kritikan dan macam2 lagi yang Ikut Suka Aku (ISA) nak tulis... Bayu akan terus berpegang dengan prinsip diktator dalam penulisan bayu.. hehe.. InsyaAllah, diktator yang diizinkan..huhu

Pelbagai isu hangat tanahair mutakhir ini bayu tidak sempat berkongsi pandangan di tanah ini. Walaupun sebenarnya, suara bayu bukanlah apa-apa sangat dan saura ini langsung tidak memberi kesan kepada iklim dan cuaca politik dan sosial negara, namun sekurang-kurangnya bayu berasa terubat bila suara hati ini dapat diluahkan di tanah ini.

Rugi rasanya bila isu pergolakan dan krisis kepimpinan dalam BN, isu Minyak dan macam2 isu besar di negara kita, bayu ketinggalam untuk bersama-sama mewarnai ulasan2 yang pelbagai. Namun, insyaAllah, Sesudah selesai imtihan minggu depan, bayu berharap Allh berikan kekuatan untuk blog ini terus boleh bertahan...

Sudah ramai kawan2 blogger ambil pencen awal dari dunia blog ini.. Bayu masih menaruh harapan supaya blog ini akan terus hidup..Blog ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk menjadi diari kepada isi hati..

Tiada ulasan: