Selamat Datang

Rabu, 13 Mac 2013

PUISI : KAU INI BAGAIMANA - KH MUSTAFA BISRI


# Kau Ini Bagaimana adalah sebuah puisi oleh KH Mustafa Bisri yang telah dicatat pada tahun 1987. Puisi ini sangat keras mengkritik cara kemunafikan politik sang pemerintah. Saya kira ini jugalah suara hati rakyat kerdil di Malaysia buat sang Penguasa Politik di Putrajaya
 
KAU INI BAGAIMANA

Kau ini bagaimana atau aku harus bagaimana….

Kau ini bagaimana…
Kau bilang aku merdeka
Tapi kau memilihkan untukku segalanya

Kau ini bagaimana…
Kau suruh aku berfkir
Aku berfikir kau tuduh aku kafir
Aku harus bagaimana…
Kau suruh aku bergerak
Aku bergerak kau waspadai

Kau bilang jangan banyak tingkah
Aku diam saja kau tuduh aku apatis

Kau ini bagaimana…
Kau suruh aku memegang prinsip
Aku memegang prinsip
Kau tuduh aku kaku

Kau ini bagaimana…
Kau suruh aku toleran
Aku toleran kau tuduh aku plin-plan

Aku harus bagaimana…
Kau suruh aku bekerja
Aku bekerja kau ganggu aku

Kau ini bagaimana
Kau suruh aku taqwa
Tapi khotbah keagamaanmu membuatku sakit jiwa

Kau suruh aku mengikutimu
Langkahmu tak jelas arahnya

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh menghormati hukum
Kebijaksanaanmu menyepelekannya

Aku kau suruh berdisiplin
Kau mencontohkan yang lain

Kau bilang Tuhan sangat dekat
Kau sendiri memanggil-manggilnya dengan pengeras suara setiap saat

Kau bilang kau suka damai
Kau ajak aku setiap hari bertikai

Aku harus bagaimana
Aku kau suruh membangun
Aku membangun kau merusakkannya

Aku kau suruh menabung
Aku menabung kau menghabiskannya

Kau suruh aku menggarap sawah
Sawahku kau tanami rumah-rumah

Kau bilang aku harus punya rumah
Aku punya rumah kau meratakannya dengan tanah

Aku harus bagaimana
Aku kau larang berjudi
permainan spekulasimu menjadi-jadi

Aku kau suruh bertanggungjawab
kau sendiri terus berucap Wallahu A’lam Bis Showab

Kau ini bagaimana..
Aku kau suruh jujur
Aku jujur kau tipu aku

Kau suruh aku sabar
Aku sabar kau injak tengkukku

Aku kau suruh memilihmu sebagai wakilku
Sudah ku pilih kau bertindak sendiri semaumu

Kau bilang kau selalu memikirkanku
Aku sapa saja kau merasa terganggu

Kau ini bagaimana..
Kau bilang bicaralah
Aku bicara kau bilang aku ceriwis

Kau bilang kritiklah
Aku kritik kau marah

Kau bilang carikan alternatifnya
Aku kasih alternative kau bilang jangan mendikte saja

Kau ini bagaimana
Aku bilang terserah kau
Kau tak mau

Aku bilang terserah kita
Kau tak suka

Aku bilang terserah aku
Kau memakiku

Kau ini bagaimana
Atau aku harus bagaimana

1987
By Gus mus
( KH Mustafa Bisri)

 
lihat di sini : Deklamasi oleh KH Dato Dr. Siddiq Fadzil Presiden WADAH / Mantan Presiden Abim

Rabiul Akhir : Mengenang Pembunuhan As-Syahid Hassan Al-Banna


PEMBUNUHAN AS-SYAHID AS-SYEIKH HASAN AL-BANNA (PENGASAS JAMAAH IKHWAN MUSLIMIN) 14 RABIUL AKHIR 1368

Beliau bernama Hasan bin Ahmad bin Abdir Rahman Al-Banna, merupakan pengasas, perancang dan juga penggerak dakwah Jamaah Ikhwan Muslimin. Beliau dilahirkan di “Al-Mahmudiah” berhampiran Bandar Iskandariah, Mesir. Lepasan Darul Ulum Kaherah pada tahun 1346 hijrah / 1927 ini sibuk dengan urusan mengajar dan menjadikan sebuah sekolah di Bandar Ismailiah sebagai tempat permulaan usaha penyebaran dakwahnya. Dakwah beliau cemerlang melalui persembahan dan pendekatan dakwah yang sangat memukau. Beliau meletakkan awal batu asas penubuhan jamaah Ikhwanul Muslimin bersama enam orang saudara seislam yang lain pada bulan Syawal  tahun 1346 hijrah bersamaan bulan Mac 1928 masihi.

Kemudian Syeikh berpindah ke Kaherah pada tahun 1351 hijri bersamaan 1932 masihi dan menjadikan Markaz Pusat Ikhwanul Muslimin di Kaherah.

Beliau bergerak merata-rata dan melawat pelbagai kawasan menyampaikan dakwah sehingga ramai orang mula menerima dakwahnya. Beliau juga merupakan Khatib yang hebat yang dapat membangkitkan kesedaran dan menyuluh panduan di dalam khutbahnya. Ucapan beliau yang sentiasa basah dengan Al-quran tersusun baik dan terasa sangat tenang. Dalam usia yang muda, Hassan al-Banna dikagumi kerana penyampaiannya yang jelas dan terang apabila menyampaikan khutbah di masjid. Beliau dapat meyakinkan para pendengar dengan kebenaran yang dibawa, matlamat dan keikhlasannya. Beliau mampu meyakinkan golongan intelektual dan orang biasa.

Berdasarkan kepimpinannya, Hassan al Banna adalah pemimpin yang bijak mengatur organisasi. Ikhwan Muslimin disusun dalam tiga peringkat iaitu memperkenalkan Ikhwan dan menyebarkan dakwah asas melalui ceramah serta kegiatan kebajikan. Kemudian membentuk keperibadian anggota agar bersedia menjalani jihad, seterusnya melaksanakan cita cita perjuangan dengan tegas.

Ikhwan Muslimin berjaya menjadi sebuah gerakan yang menggegarkan Mesir terutama selepas Perang Dunia Kedua apabila pertubuhan ini turut bertanding dalam perebutan kuasa politik. Para penentangnya menyifatkan Ikhwan Muslimin sebagai negara di dalam negara. Sehingga tahun 1934, Ikhwan telah menubuhkan lebih 50 cawangannya di Mesir. Pertubuhan ini telah menubuhkan beberapa buah sekolah, masjid dan kilang. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Ikhwan mempunyai lebih setengah juta pekerja yang aktif dan setengah juta penyokong (sesetengah sumber menyebut sekitar 3 juta). Lebih 3000 cawangan kesernuanya telah wujud di Mesir dan 50 di Sudan hasil kerja Ikhwan yang melangkaui batas negara.

Dalam satu jawapan yang diberikan oleh wartawan barat terhadap dirinya yang bertanyakan siapakah dia, Hassan Al Banna menjawab, saya adalah pelancong yang mencari kebenaran, dan insan yang mencari erti kemanusiaan di kalangan manusia, dan warganegara yang inginkan kemuliaan, kebebasan, kestabilan, hidup yang baik untuk negara dan berjuang untuk menaikkan Islam.

Sebelum As-Syahid Syeikh Hasan dibunuh, berlaku konflik antara kerajaan Mesir dengan Ikhwanul Muslimin ketika itu yang telah menyebabkan 2 bandar besar Kaherah dan Iskandariah tidak dapat dikuasai oleh kerajaan lagi. Maka Perdana Menteri Mesir ketika itu Mahmud Fahmi An- Noqrashi Pasha dari Parti al-Safdi membuat keptusan menutup kumpulan Ikhwanul Muslimin dan mengharamkannya. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan. Sekiranya masih beroperasi, mereka akan dikira sebagai pertubuhan haram, pelampau dan pengganas. Unit-unit tentera Mesir dan tentera Ikhwan Muslimin yang berjuang di Palestine dipanggil balik. Berbagai-bagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Ikhwan Muslimin. Pemburuan kepada anggota Ikhwanul muslimin berlaku secara besar-besaran sehingga ramai dari pimpinan Ikhwan dan ahlinya tertangkap dan terbunuh

Tidak lama kemudian Perdana Menteri Mesir telah dibunuh di hadapan pengawal dan tenteranya sendiri dan Gerakan Ikhwan telah dipersalahkan atas kejadian itu. Pada bulan yang berikutnya harta benda dan aset Ikhwanul Muslimin telah dirampas dan beribu ribu penyokong beliau telah disumbatkan ke dalam penjara.

Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwan Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding di Pejabat Jam'iyyah al-Syubban al Muslimin. Sebenarnya jernputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Setelah Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan tidak kunjung tiba, syeikh keluar dari Bangunan tersebut untuk pulang. Beliau ditembak sejurus keluar dari bangunan tersebut. Selepas  ditembak, beliau bangun meminta bantuan ambulans. Setibanya di hospital Qasral 'Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Syeikh Hasan al Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak. Peristiwa hitam ini berlaku pada 14 Rabiul Akhir 1368 bersamaan 12 Februari 1949.

Selasa, 31 Januari 2012

HIKMAH DALAM BERDAKWAH

Oleh:
Mohd Rumaizuddin Ghazali

PDFPrintE-mail
Sering kali kita mendengar orang mengatakan hendaklah berdakwah dengan cara berhikmah. Mereka berdalilkan firman Allah yang bermaksud : “ Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalanNya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (al-Nahl, ayat 125).

Ayat ini mengandungi petunjuk bagi para rasul dan pendakwah bagaimana cara menyampaikan dakwah kepada manusia yang bermacam-macam jenis itu. Para pendakwah akan menghadapi pelbagai golongan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, ilmu dan perangai.

Kepelbagaian jenis ini harus dihadapi dengan cara yang sesuai dengan tahap kecerdasan, sepadan dengan iklim budaya fikirnya dan tabiat masing-masing. Ini merupakan dasar-dasar dakwah yang telah digariskan oleh ajaran Islam iaitu mengajak manusia meniti jalan kebenaran yang diperintahkan oleh Allah dengan jalan dakwah terbaik yang sesuai dengan kondisi manusia. Ajaklah kaum cendekiawan yang memiliki pengetahuan tinggi untuk berdialog dengan kata-kata bijak sesuai dengan tingkat kepandaian mereka. Terhadap orang awam, ajaklah mereka dengan memberi nasihat dan perumpamaan yang sesuai dengan taraf mereka sehingga mereka sampai kepada kebenaran.

Debatlah dengan ahli kitab yang menganut agama-agama terdahulu dengan logika dan retorika yang halus, melalui pendekatan yang baik, lepas dari kekerasan agar mereka merasai puas dan menerima dengan lapang dada. Itulah metode berdakwah yang benar kepada agama Allah sesuai dengan kecenderungan setiap manusia.

Syeikh Muhammad Abduh menyimpulkan dari ayat di atas bahawa seorang pendakwah akan menghadapi tiga jenis manusia iaitu golongan cendekiawan yang dapat berfikir secara kritis dan mendalam, cepat dapat menangkap sesuatu persoalan. Mereka ini harus didakwah dengan berhikmah, iaitu dengan alasan, dalil dan hujah yang dapat diterima oleh kekuatan akal mereka. Kedua adalah golongan orang awam yang kebanyakkannya belum dapat berfikir secara kritis, belum dapat menangkap pengertian yang tinggi-tinggi. Mereka hendaklah didakwah dengan nasihat dan pengajaran yang baik iaitu melalui pendidikan yang baik dan mudah difahami. Ketiga adalah golongan yang tingkat kecerdasannya diantara yang tersebut diatas. Mereka ini hendaklah didakwah dengan bertukar-tukar pandangan dan fikiran yang boleh mendorong untuk berfikir secara sihat dalam mencari kebenaran. Oleh itu, dakwah yang berkesan adalah mengikut kondisi orang yang didakwahnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “ Berbicaralah kepada manusia menurut kadar kemampuan akal mereka masing-masing” (riwayat Muslim)

Walaupun begitu Mohd. Natsir dalam bukunya Fiqhud-dakwah menyebutkan bahawa hikmah itu lebih dari semata-mata ilmu. Ia adalah ilmu yang sihat, yang sudah dicernakan; ilmu yang padu dengan rasa-periksa, sehingga menjadi daya penggerak melakukan sesuatu yang bermanfaat lagi berguna. Kalau dibawa kepada bidang dakwah ia bermaksud melakukan sesuatu tindakan yang berguna dan efektif. Inilah yang lebih benar kepada memahamkan maksud hikmah dalam erti kata yang lebih luas daripada membatasi erti hikmah kepada alat atau cara menyampaikan dakwah kepada golongan cendekiawan.

Oleh itu, hikmah dalam bidang dakwah diperlukan dalam semua golongan, baik golongan cendekiawan, orang awam atau golongan yang suka bersoal jawab dan berdebat. Perkara ini membawa erti bahawa hikmah itu meliputi cara atau taktik berdakwah yang diperlukan dalam menghadapi golongan tersebut. Dalam bahasa Melayu hikmah membawa erti kepandaian dan kebijaksanaan.

Di dalam al-Quran hikmah disifatkan sebagai anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“Dia (Allah) mengurniakan hikmah kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Dan barang siapa diberi hikmah, maka sesungguhnya dia telah memperoleh kebaikan yang amat besar. ” (al-Baqarah, ayat 269)

Menurut al-Quran lagi semua nabi telah diajar hikmah oleh Allah. Keistimewaan hikmah yang dimiliki oleh para nabi inilah yang menyebabkan mereka yang paling istimewa dan yang paling berilmu. Hadis nabi juga menyebutkan bahawa hikmah merupakan barang mukmin yang hilang. Ertinya manusia yang betul-betul layak untuik memiliki hikmah adalah dari kalangan orang yang beriman. Nabi juga menasihatkan orang mukmin supaya mengambil hikmah di mana-mana sahaja hikmah itu ditemui kerana hikmah itu adalah barang mukmin yang hilang.

Dalam konteks dakwah, Allah telah menjelaskan hikmah dalam beberapa makna mengikut kondisi keadaan yang berlaku. Antaranya hikmah dalam erti kemampuan memilih saat bila harus berbicara dan bila harus diam. Para pendakwah seharus mengetahui saat ia harus berbicara dalam menyampaikan dakwah supaya dakwahnya mudah diterima. Hikmah dalam erti memilih dan menyusun kata-kata. Seorang pendakwah perlu menggunakan bahasa yang baik, tepat dan padat. Firman Allah yang bermaksud :

“Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan berkatakanlah dengan kata-kata yang tepat.” (al-Ahzab, ayat 70)

Para ulamak menyebutkan qaulan sadida dengan kata –kata yang lurus, kata yang benar dan kata yang tepat iaitu berbicara dengan penuh kejujuran kerana di situlah terletak unsur segala kebahagiaan dan pangkal dari segala kesempurnaan kerana yang demikian itu berasal dari kemurniaan hati.

Islam menyarankan supaya pendakwah berhikmah dalam cara perpisahan supaya perpisahan itu benar-benar memberi kesan dalam hatinya atau menjauhi mereka dengan cara terbaik. Dalam hal demikian, Allah berfirman yang bermaksud :

“ dan bersabarlah terhadap apa yang mereka ucapkan dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (al-Muzammil, ayat 10)

Ayat ini menjelaskan bahawa pendakwah tidak perlu bersusah hati dan sesak nafas dengan tingkah laku yang bengis dan ucapan-ucapan mereka yang kasar. Berpisahlah dengan mereka dengan tingkah laku yang memperlihatkan budi pekerti yang tinggi dan akhlak yang mulia. Apabila berlakunya sesuatu perdebatan dan diskusi hendaklah berakhir dengan cara terbaik supaya hubungan dakwah tetap terjalin jangan ditutup salurannya untuk menyambung pada suatu saat yang lebih sesuai. Firman Allah yang bermaksud :

“ Mereka itu adalah orang-orang yang Allah mengetahui apa yang ada di dalam hati mereka. Kerana itu berpalinglah kamu dari mereka dan berikanlah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berkesan kepada jiwa mereka.” (al-Nisa’ , ayat 63)

Allah telah merakamkan kisah nabi Musa berdialog dengan kaumnya yang menyembah Firaun. Firman Allah yang bermaksud :

“ Wahai kaumku, bagaimanakah kamu, aku menyeru kamu kepada keselamatan tetapi kamu menyeru aku ke neraka. Kamu menyeru aku supaya kafir kepada Allah dan mempersekutukanNya dengan apa yang tidak aku ketahui padahal aku menyeru kamu beriman kepada Yang Maha Perkasa lagi Maha pengampun. Sudah pasti bahawa apa yang kamu seru supaya aku beriman kepadanya tidak dapat memperkenankan seruan apa-apapun baik di dunia maupun di akhirat. Dan sesungguhnya kita kembali kepada Allah dan sesungguhnya orang-orang yang melampaui batas, mereka itulah penghuni neraka. Kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepada kamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hambaNya.”
(al-Mukmin, ayat 41-44)

Ini merupakan dialog antara nabi Musa yang menyeru ke arah kebaikan dan keselamatan sementara kaum Firaun menyeru ke arah syirik kepada Allah. Akhirnya nabi Musa mengingatkan mereka bahawa pasti mereka akan mengetahui kebenaran apa yang ia perkatakan dan berlakunya perpisahan dengan kaumnya dengan cara terbaik. Ini juga termasuk dalam berhikmah dalam berdakwah. Hikmah dalam berdakwah juga bermaksud dakwah harus mengikut keutamaan dari segi kerja-kerja yang akan dilakukan.Perlu memfokuskan kepada sesuatu isu dan aktiviti yang dapat memberi sumbangan kepada umat Islam sehingga dakwah dapat tampil di tengah masyarakat dengan kehadiran yang dinanti-nantikan. Misalnya keutamaan mendidik umat adalah satu keutamaan kepada gerakan dakwah.

Keutamaan lainnya adalah melihat isu semasa dan mencari jalan keluar yang dapat mengembangkan pengaruh di tengah masyarakat misalnya kerja dakwah dalam mengatasi kemiskinan, hak-hak asasi manusia dan agenda penyatuan ummah. Hikmah dalam berdakwah juga bererti dakwah harus sesuai dengan realiti setempat. Dakwah mesti membumi di tempat mana ia berpijak, bukan melangit sehingga tidak dapat diamalkan di dalam kehidupan manusia.

kredit untuk mindamadani

Selasa, 29 November 2011

Tokoh Maal Hijrah: Dr. Abdul Aziz Hanafi - Tokoh Ulama Yang Bersungguh Menentang Syiah Di Malaysia


Dekan Kulliyah Syariah Kolej Universiti Insaniah, Prof Madya Dr Abd Aziz Hanafi dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah 1433H/2011 Peringkat Negeri Kedah.

Beliau yang dilahirkan pada 28 Julai 1948 mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kodiang, Kedah dan Sekolah Menengah Agama Alawiah, Kangar, Perlis.

Panggilan ilmu telah membawa beliau untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Beliau menyambungkan pelajaran ke Kolej Islam Malaysia dan memperoleh Diploma Pendidikan.

Kemudiannya menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah sekitar tahun 1972 hingga 1984. Beliau adalah kelulusan Ph.D Perundangan Islam (Ekonomi Islam (Al-Azhar), M.A Syariah & Undang-undang (Al-Azhar), B.A (Sijil Tinggi Kolej Islam Malaya)

Beliau turut terlibat dalam menyampaikan kuliah di radio, mengajar kitab di masjid-masjid dan juga menyertai seminar di peringkat negeri dan kebangsaan dalam usaha mengembangkan syiar Islam.

Beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah Universiti di Brunei Darussalam dalam tempoh yang panjang sebelum pulang ke Malaysia dan diberi amanah memimpin Kolej Islam Darul Ulum Pokok Sena Kedah sehingga 2008.

Dr. Abdul Aziz Hanafi yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah (bermula 2009) pernah menerima anugerah Darjah Kebesaran Setia Diraja Kedah (SDK) sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman yang ke-83 pada 20 Januari 2010.

Beliau juga pernah dinobatkan sebagai Tokoh Pendakwah sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah Februari awal tahun ini yang juga disampaikan oleh KDYMM Sultan Kedah.

Berperwatakan sangat sederhana, zuhud dan wara', tokoh ulama ini sangat mudah didekati oleh masyarakat. Beliau dihormati oleh semua pihak di kalangan masyarakat. mungkin cuma syiah yang membencinya. Hubungan beliau juga sangat baik dengan Sultan Kedah.

Apa yang lebih besar dan penting, jasanya dalam memerangi syiah di Malaysia sangat luar biasa. Dalam keadaan umur yang agak lanjut dan jasad tidak lagi terlalu kuat itu, Dr. Abdul Aziz masih kuat berhadapan dengan kejahatan dan provokasi Syiah yang semakin melampau. Kita doakan kesejahteraan beliau dan kita menyokong penuh perjuangan beliau menegakkan syariat Islam.

Alhamdulillah, KDYMM Tuanku Sultan Kedah telah berbesar hati merasmikan Seminar Fahaman Syiah yang mengupas isu-isu aqidah yang bersangkut dengan syiah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kedah dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Kedah Oktober lalu. Dr. Abdul Aziz Hanafi antara yang sangat berjasa dalam penganjuran siri-siri penjelasan terhadap bahaya syiah khususnya di negeri Kedah.

Antara Nasihatnya yang saya ambil, "maaf cakap.. dalam Pas pun banyak syiah"

Rabu, 9 November 2011

Seksualiti Merdeka : Bersih perlu cari Ketua Baru

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mendesak kerajaan mengambil tindakan terhadap penganjur Seksualiti Merdeka 2011 untuk golongan lesbian, gay biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, tindakan penganjur itu bercanggah dengan nilai moral dan ajaran agama Islam malah semua agama mengharamkan hubungan sejenis.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri seharusnya bertindak lebih serius dalam pemantauan dan pencegahan terhadap aktiviti yang tidak bermoral itu".

"Abim berpendapat sekiranya kebebasan asasi ini diangkat dan diiktiraf ia boleh menimbulkan implikasi perundangan sehingga berlakunya perkahwinan sesama jantina dan pertukaran jantina", katanya.

Mohamad Raimi berkata, institusi keluarga akan musnah sekiranya ia diamalkan di negara ini.

"Saya suka ingatkan agar pihak yang memperjuangkan hak asasi golongan LGBT ini menghormati undang-undang negara demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan rakyat", katanya. - Sinar Harian 10 November 2011.

Kenyataan rasmi Abim berhubung isu ini boleh di lihat di;

Ulasan Saya :

semua pihak perlu berusaha sekadar mampu menyekat aktiviti liar ini. Jangan beri sebarang kredit untuk gerakan yang akan memusnahkan tamadun, nilai dan akhlak anak-anak Malaysia seperti ini. Bagi ahli politik, tidak perlu pun bermain politik dalam isu ini. Lebih baik berdiam dari bersuara yang kononnya pihak-pihak sekian amat bersifat terbuka dengan konsep demokrasi dan kebebasan berfikir dan bersuara yang tulen. Amat malu politikus muslim memberi harapan kepada golongan ini, sedangkan ahli-ahli politik bukan islam masih berdiam diri.

Saya juga syorkan agar PR dan lain-lain gerakan islam dan kemanusiaan agar mencari nama baru yang lebih bersifat Malaysia untuk ditonjolkan dalam BERSIH berbanding Ambiga.. Hal ini pernah disebut sebelum berlakunya lagi Bersih 2.0.. Betul kita menyokong dalam bersih tidak sokong dalam isu seksualiti merdeka ini, tetapi Nama itu sangat busuk untuk di tonjolkan dalam perjuangan hak-hak yang benar-benar mewakili sanubari rakyat Malaysia.